Monday, November 12, 2012

Baby baru..NUR AISYAH SAFIYYAH..


sambungan dr blog lepas..

tiba-tiba...tgh2 tidur, aku terasa sakit mcm contraction yang kuat..aku tgk jam pukul 12.30am..maknanya baru 3 jam tidur..mula2 nak ignore sbb agaknya sj kot sakit ni nak main-main..tapi sakit makin kerap..aku kejutkan suami, dia tak dgr dan mamai2 sbb letih beraya seharian..aku bangun dan kejut jgk smp dia jaga..terus dia kata nak ke hospital ke??aku tgk ke arah haziq..kesian pulak nak tinggal dia..mst tgh malam dia cari aku nnt..tp kalau dah adik nak keluar tak kan nak biar kan..hehe..aku suruh suami kejutkan umi..nasib abu umi masih di taman uda..tak la rasa lonely sgt..

umi suruh aku makan dan bersiap..aku masih terasa kekenyangan sbb makan banyak time raya tu..aku pg mandi dan siapkan barang..mmg sakit makin terasa sakitnya..umi urut2kan tulang belakang aku..if contraction, urut tulang belakang supaya reda sakit..tp tak la reda mana sbb sakit makin kerap..mmg tak terkata sakitnya..air mata meleleh tu tak terkata la..aku tau ini mmg sakit nak bersalin..mmg takde turun tanda tp hanya contraction ja..aku pg amik buku yg umi hadiahkan dulu...'diari ibu Hamil'..aku tgk tanda2 kelahiran..ada 3..1:keluar darah  2: keluar air ketuban @ 3: contraction yg berpanjangan..so mmg sah ini tanda bersalin..

umi tak ikut ke hospital sbb nak tgglkan Haziq dgn umi..zaharan dah kol mak mertua bgtau km nak ke hospital..aku dah minta maaf pada suami supaya halalkan semua makan minum aku..if aku tak dpt diselamat or senang kata meninggal ke, jagalah anak-anak baik2..bg ilmu agama secukupnya utk anak2..mmg sedih dan pilu..mana nak tau kan masa depan apa nak jadi..

berkali-kali aku cium Haziq yg tgh tidur nyenyak..sayu jugak nak tglkan dia tidur sendirian sbb dia mungkin akan cari aku tgh malam..aku dah pesan pada umi mana susu dan botol dia..harap dia boleh sesuaikan diri aku takda nnt..aku bisik kat telinga kata "mama nak pg hospital dah ni..Haziq nak jadi Abg tak lama lagi..jaga diri baik2..mama sayang Haziq..jangan nakal2..nnt besar boleh jaga adik." sedih kooott time tu..

aku bergerak ke hospital jam 3am..smp di hospital mmg tak boleh nak berjalan dah..mcm haziq dl boleh gagahkan kaki nak jalan..kali ni sakit sangat2..aku tak heran dah org keliling nak tgk dan kata apa..suma tau kot aku nak bersalin..huhu..smp je wad tgkat 2 tu, tak ingat apa nm wad dia..PAC kot..lupa dah..terus dftr dan masuk dlm tu..tp tak leh nak check lg keadaan baby sbb kena tgu turn..tgh tunggu turn tu mmg sakit lagi teruk..kejap picit dahi..kejap urut belakang..bila dtg je contraction tu mcm nak menjerit je..sakiiiitttt..

malam tu doktor melayu ada sorg 2 ja..yg lain suma cina ja..sbb raya puasa kan..so suma cuti..aku mcm nak bgtau je kat misi tu kata sy sakit sgt2..tp tak terkeluar sbb sakit sgt...kat bawah ni rasa mcm baby nak terkeluar dah..mencucuk2..ntah2 kalau baring tu boleh terpush sendiri mcm haziq dl..tiba2 dgr namaku dipanggil..bila naik atas katil tu, nak gerak badan pun tak boleh..sakit teruk ni..bila doktor cek laluan, dia kata dah buka 8cm..Ya Allah cepatnya jalan buka..aku bersyukur sgt sbb saat kelahiran makin dekat..tak perlu nak tunggu lama..

terus doktor booking satu Labour room utk aku..aku suruh misi kol zaharan sbb tak tau dia kat mana..bila misi keluar cari dia takde..diorg kol nak suh bg brg aku etc..aku terus ditolak masuk ke LR..aku tgk jam around 4am..aku tertunggu2 jugak mana zaharan ni tak masuk pun..yg dtg bukan dia, tp air selusuh dan air bunga siti fatimah..agak hampa jugak sbb dia tak masuk jugak kali ni..aku dah tak heran sbb sakit sangat..

Midwife yang sambut aku kali ni melayu..aku tgk jam kul 4.20am dah start PUSH dan kul 4.40am aisyah selamat keluar..dia takde gunting kali ni mungkin sbb dah ada jalan utk baby keluar..rasa mcm nak bgtau zaharan kata dah bersalin..aku tak sabar nak tau gender baby sbb was2 lg sebelum tu boy ke girl..aku tanya midwife tu..dia kata "tunggu ya..nnt sy tunjuk"..haha nmpk sgt tak sabar..bila aku dgr je suara aisyah menangis tu, lg tak sabar nak tgk..muka mcm sapa kan..dah lega bersalin tu, midwife tu angkat aisyah dan tunjuk jantina dia..dia tanya anak sulung anak apa? aku jwb lelaki..dia kata ni anak apa? aku jwb girl..syukur Ya Allah..dia kata tahniah dah dpt sepasang..

Doa aku dimakbulkan..syukur sangat..tak sabar nak bgtau kat zaharan..mesti dia tak tau lg sbb diaorg selalu tak khabarkan pada family sbb busy sgt..katanyaaa...tgh aku menunggu dlm LR tu, aku dgr ada mak ni dok menjerit kesakitan..aku mcm nak kata je kat dia..sabar la skit..mmg sakit bersalin mcm tu..menjerit tu sungguh2..tak tau melayu ke tak..tp cara ckp tu mcm fasih je melayu..sabar la sikit..dia menjerit kuat2 kata "misiiii..tolong sayaa..sakit sangat ni..misiiiiii  tak nampak ke saya sakitt..tak kesian kat saya ke? tolonggg"...misi yang lalu jawab kat dia "kalau kami tak kesian, dah suruh kamu balik rumah? kena tunggu la..jalan tak buka lagi"..aku mcm nak marah je kat perempuan tu..tak malu ka..ish anak dok dgr dlm perut tu..emmm cuba la berzikir ke apa ka kan ..menjerit lg la sakit..nnt nak push takde tenaga..emm sabaq jaaa la..mcm2 perangai org..

Misi bagi Aisyah dok tepi aku..bg dia breastfeed..rasa syok sgt..kulitnya putih dr abangnya..ikut sapa ni??hehe..aku dok belai2 pipi dia..dan aku nmpk ada lesung pipit sebelah kiri..ehh comelnya ada lesung pipit..dalam la jugak..ikut mak mertua ni sbb mak ada 2-2 belah..hihi aku penah berdoa supaya anak ada lesung pipit..sekali lg doa dimakbulkan..tq Allah

Aku keluar dr LR dan ditolak ke wad jam 7am..emm lama tu dlm LR..just rehat je selepas berhempas pulas td..aku nmpk ayah, mak, dan seorg perempuan..aku tak nmpk pulak zaharan..mana dia ni...emm aku ingat yg perempuan tu Dr Filah..sbb mata rabun tak pakai spek..aku just angkat tangan dr jauh..masuk je wad rupanya Fahimah..(biras a.k.a 2 pupu aku)..tanya zaharan mana? mak kata p toilet..

Mak siapkan katil dan bantu apa yg patut..semua dok kerumun la tgk org baru..hehe..cucu perempuan pertama sebelah saya dan suami..happy sangat..tghari tu Filah datang melawat..kebetulan dia kerja aritu..

Tgahari ada doktor melawat kata if nak bg balik arini mau dak??ohh mesti la nakkkk..sy mls nak bermalam kat hospital..rumah lagi selesa..bila aisyah dah kencing dan berak mmg lg happy la sbb itu syarat nak keluar hospital..malam tu lps maghrib aku dibenarkan pulang..tak sabar nak tgk reaksi haziq tgk adiknya..tunggu saya di rumah naaaa... 

mari tengok gambar baby baru...

1st reaction Haziq bila bergelar abang...


cewaahhh..wan dgn cucu barunya..


 pelawat pertama..syed noor, nisa dan baby darwisya

 1st gaun yang aisyah dpt 

besar ni..bila aisyah boleh pakai ni..cantik sgt




 wajah yang menenangkann..

 haaa..kalau dah lapar, beginilah jadinya..

Lama kan tak update

Hai uols...mmg berbulan la nak boleh update news baru sbb anak 2 kan..ohh alasan semua tu Kauthar oii..bukan apa bila dah pantang 2 bulan dan tmbh cuti 9 hari lagi bt sy terkejan-kejan di rumah buat itu ini..nama ja cuti tp keja di rumah bertimbun..bangun seawal pagi dah siap mandi suma sbb bila en suami pi kerja, takda org nak tgkkan anak kecik berdua tu..dan masa yang ada diisi utk masak tghri, kemas rumah, mendobi dan etc..huhu..kdg2 tu terpostpone keje2 tu bila anak kecik dh jaga..

Ok kat sini mls nak cite lg pasai keje2 tu..sy nak stori dan kongsi kisah sy melahirkan baby Nur Aisyah Safiyyah yang comel tu..haha..pasan anak comel..mesti la puji anak sndiri..bangga dgn diri sendiri sbb dah lahirkan sepasang cahayamata..tak semua org dpt peluang seperti ini..syukur Ya Allah dgn kurniaan-Mu...ok stop melalut..nak fokus pada saat kelahiran Aisyah..jom layannnn...

Tarikh jangkaan kelahiran Aisyah sepatut jatuh pada Hari Raya Puasa pertama iaitu pada 19hb Ogos 2012..aku berdoa hari2 supaya dia keluar lambat skit sbb aku nak raya dulu..haha..kalau pantang awal, telan air liur je la tgk org makan ketupat etc..geram la kann...setiap detik nak abis bulan Ramadhan tu mmg suspen je..takut tiba2 sakit nak bersalin..barang dah packing awal tp tak complete mana pun sbb instinct mcm tau dia nak keluar lmbt.haha..baju raya pun aku cr dah 3 hari nak raya..tu pun puas pusing kat City Plaza etc nak cr jubah yg ada size dgn perut yg besar ni dan nak matching dgn baju tema kami tahun ni iaitu warna Pink Belacan..nasib jumpa gak baju jubah yg ikut apa yg aku nak..syukuur..
 Malam raya tu ramai2 berbuka puasa di rumah mak tok dan aku makan dgn sukanya sbb dpt lg berkumpul ramai2 dan aku makan tak hingat dunia sbb berbuka dgn Laksa Din..hhaha..terbaiklah..mkn puas la sbb lps ni setahun la jgk kena pantang mkn laksa tu..malam tu balik ke Taman Uda..tak jugak ada tanda2 nak bersalin..aku ckp kat baby jgn kuar lg tau..mama nak raya dulu..hehe..baby aisyah mmg dgr kata.esoknya 1 Syawal, tak jugak dia keluar..so boleh la mama raya..termakbul doa aku..tq Ya Allah


Esoknya seperti biasa beraya di Taman Rakyat dulu dan lepas bersalam raya dgn Mertua, kami bergerak ke Titi Gajah..lepas makan2 dan bergambar mcm biasa dan of cos la kena minta ampun minta maaf tu sbb hari raya kan, kami bergerak beraya ke rumah sedara di area Alor Setar ni..emm penat tak terkata sbb dgn perut yg besar ni, kaki yang lenguh bila jalan byk dan anak sulong, Haziq ni bt diri ni penat sungguh..pukul 9.30pm baru km smp di rumah..lepas mandi dan semayang terus aku tidur dgn Haziq..en suami pun tidur terus..penat berjalan..tiba-tiba.....jengx3....(smbung ke next blog)..

tema raya kami..pink belacan..

 ni je gmbr yg agak2 elok utk raya bertiga tahun ni..haziq tak mau dok diam..huhu


wah..ala2 model baju mengandung gitu..suma nak kerumun nk pegang baby aisyah..hahha