Monday, June 11, 2012

Happy birthday to My Hero and me..

Sepatutnya entry ini perlu dimasukkan 2 bulan lpas..hehe..sbb today dah 11 Jun bersamaan dgn 2nd Anniversary kami..

2 bulan lps mmg ada niat nak tulis pasal hero saya seorang tu tapi masa tu sangatlah bizi sbb student nak exam etc so haruslah postpone day by day..penat penat smp memori yang berlaku 2 bulan lps kena refresh balik..nak jgk tulis sbb nnt anak dah besar, suh dia baca blog ni apa yang berlaku masa 1st birthday dia..hehe..mak zaman IT kan..tak perlu diari bagai nak tulis..tekan je keyboard ni dan save..huhu senang bangat..

Setahun dilahirkan mmg nampak perkembangan Haziq sangat baik..aku mmg fully breastfeed haziq selama 6 bulan secara esklusif..mmg saya sangat support breastfeeding ni..tak payah nak usung botol, susu dan air panas ke merata tempat..anak lapar je boleh minum terus..haziq start minum susu formula bila umurnya 11 bulan..plan mmg nak proceed lama tp disebabkan stock EBM dah kurang dah Alhamdulillah rezeki 2012 utk kami, so kena lah slow2 bagi dia susu formula..mama terpaksa sayang..insyaallah plan lps adik lahir ni mama nak campur balik haziq minum susu yang berkhasiat ni..hope Allah permudahkan urusan itu nanti..

Ok nak cerita apa yang berlaku masa 12.4.2012..aku plan mcm2 nak buat utk sambut birthday haziq ni tp disebabkan Abahnya terpaksa berjauhan selama 2 minggu sejak 6.4.2012 so mcm tak nmpk nak proceed plan itu..sob sob..tak dapat nak potong kek tu suma, aku ubah plan dengan plan nak buat kenduri di Surau taman Rakyat diikuti dengan bacaan Yassin selepas Maghrib..nmpk simple tapi harap keberkatannya diterima Allah..aku doakan haziq jadi anak yang soleh, sihat tubuh badan, pandai membaca Quran dan sentiasa dengar kata kami nanti..

Disebabkan kena tinggal oleh Mr Z yang kena terbang pergi ke Denmark dan London selama 2 minggu itu so terpaksalah aku buat plan dengan ummi..hehe siap plan cuti lama utk birthday saya jugak yang jatuh hanya 2 hari selepas Haziq..sangat bermakna setiap bulan April setiap tahun tauu..plan asal nak ajak Mr Z pegi vacation ke apa kan tp dah dia takde disisi so kena la vacation bersama abu umi..hehe..

Plan punya plan, kami decide nak bawak mak tok ke Cameron Highlands..yeaaa...dpt makan Strawbery fresh..tambah pulak org mengidam ni..nak je makan ape saja..hehe..Kenduri pada 12.4 dan saya minta Pak Mertua antar balik ke Bertam..masa smp tu Ummi bagi birthday present untuk kami berdua..yeaaa tq Ummi for the Gift..ummi mmg suka bg gift pada anak-anak..so saya sekrang pun terikut2 nak buat mcm tu..pg mana2 mesti ingat nak bagi apa kat sapa2..huhu..

Kami bertolak ke Cameron Highlands pada Hari lahir saya.. 14.4.2012..kat sana takde la nak makan kek ke apa tp special sikit sbb dpt makan Aiskrim Strawberry, Strawberry with chocolate, Strawberry with vanilla ice cream..ohh semuanya sgt sedaappp...mana nak cr kat Kedah sana nu..

Haziq pada umurnya satu tahun dah boleh macam2..3 bulan dia dah boleh meniarap, 5 bulan dah merangkak tanpa melalui proses menyulur, 8 bulan dah bangun berdiri, 9 bulan dah mula menapak tapi jatuh bangun gitu dan akhirnya 10 bulan dah boleh berjalan tanpa jatuh2..aksinya yang pelbagai buat hati ini sentiasa rindukan gelagatnya..bila berjauhan mmg tak dapat nak kawal emosi..ohh sy mmg emosi orgnya..air mata ni lagi lah laju nak kuar..hehe..haziq jgk mcm tu..Mr Z kata ikut sapa ntah..hahaha..(oppsss ikut saya ke??)

Tapi je yang saya notice, haziq ni mulut nya lambat sikit nak boleh sebut perkataan..mungkin sy tak sabar nak dengar dia berceloteh kot..haha..bila sebut benda, dan sy expect dia ikut tp tak pun..perkataan biasanya ialahh OOO...EEE..Uwaaa...woowww..mcm tu je la yang kuar dr mulutnya..takpe org tua2 kata budak2 yang jln cepat, mulutnya lambat sikit dan vice versa..so sy sabarkan diri tunggu bila dia boleh bercakap..tak sabar sungguh..

Apa yang penting dia dapat menyebut Maamaa dan Babah dengan baik..dia kenal setiap benda yang kita sebut seperti bila ditunjuk bird, dia akan mendongak ke langit mencari burung yang terbang..bila disebut aeroplane, dia akan membuat bunyi dan tgk ke atas, sebut car sibuk nak ke pintu, nak ajak kuar cr car babah..so clever..dan lately dah pandai sebut Neneneenen bila laparkan susu..kadang tu tengah malam dia akan turun dari katil dan pergi ke bakul susu nak suh saya buat susu utknya..emm sgt tersentuh dengan semua perkembangan Haziq yang bagi saya luar biasa..Allah anugerahkan anak yang bijak kepada saya..saya sangat bersyukur..

dan paling terkini, semalam dia memakai kopiah Wan nya dan bila saya sebut Allahuakbar, dia dengan segera tunduk dan sujud ke lantai..saya terus pergi dan memeluknya..anak mama dah pandai sembahyang..dulu ada jgak menyebut begitu tp dia tak respon dan semalam tiba2 dah boleh ikut..mana tak bangga kan anak dah pandai mcm2..Saya mmg plan nak antar dia pergi kelas tahfiz Al-quran yang berdekatan dengan rumah mertua..biar hafal Quran dulu dan lps ni baru fokus pada ABC dan 123..bila kita dah hafal Al-Quran bg lah pelajaran apa pun, insyaallah semua boleh..sy nak Luthfil Haziq saya jd Hafiz satu hari nanti..itu buat bekalan dia dan doa utk kami bila kami dah takde kat dunia ni nanti..

jom kita layan gmbr sekitar 12.4.2012...


Dari sekecil ini..

Dah jadi sesihat ini..Alhamdulillah


Ini koleksi hadiah kami berdua..hehe..seronokkk

Kami di tengah-tengah Ladang teh

Sedang memilih kaktus mana nak bg hadiah kat abah

Gambar bertiga sebelum abah berangkat ke Denmark

Birthday mak tok jgak pada 17.4..kami sambut sekali

Kedua-dua insan ini buah hati saya...

 Hero saya, Luthfil Haziq