Sunday, May 16, 2010

Terima Kasih, CIKGU!

bila tiba 16 MEI setiap tahun pasti semua tahu tarikh ini..tarikh inilah yang mengingatkan kita pada semua guru-guru yang telah mengajar kita apa itu alif ba ta..1,2,3..a,b,c dan sebagainya..segala perit jerih guru membentuk dan mengacuankan kita, maka lahirlah manusia-manusia hebat di dunia ini...

jika difikirkan balik bagaimana kenakalan dan kesilapan aku dulu membuatkan guru-guru memegang rotan, menjerkah, mencubit, mendenda itu dan ini, berdiri di atas kerusi, berlari keliling padang kerana tidak bawa baju sukan, dtg lambat ke kelas sehingga didenda menjunjung buku di luar kelas, didenda ke kelas2 lain kerana mendapat markah yang sedikit utk sesuatu subjek..betapa malu dan tebal muka ini bila didenda di hadapan kawan-kawan tetapi bila diingat kembali kesemua hukuman itu yang membuatkan aku berazam utk terus melonjakkan diri..dari satu anak tangga ke anak tangga yang tinggi setakat ini..ALHAMDULILLAH berkat semua tunjuk ajar guru, berjaya juga aku menggenggam segulung ijazah yang menjadi idaman setiap insan..


Selamat Hari Guru buat Abu dan Ummi (guru pertamaku di dunia ini)..juga kakak, kak ngah dan adik-adikku (kalian juga banyak mengajarku)..tak lupa juga ucapan Selamat Hari Guru pada Mak Lang Miskiyah (PK HEM yang digeruni pelajar tetapi cool dgn anak2 manakan)..Teh Khadijah (Pensyarah yang melahirkan bakal-bakal guru)..Pak Cik Bad (adik ayah yang menjadi ustaz bahasa arabku) serta sahabat-sahabat di luar sana yang telah menjadi guru..

Terima kasih kepada semua guru TADIKA AL-AZHAR, TAMAN CAHAYA...

Terima kasih pada guru-guru di SEK REN AL-AZHAR, PULAU NYIUR,JITRA KEDAH..Cikgu Herlina, Cikgu Zawiyah, Ustaz Borhan, Ustaz Bakar, Cikgu Sarilah dan lain..

Terima kadih buat ustaz yang mengajarku mengenal alif ba ta (dtg rumah naik motor), Mak cik Piah (jiran belakang rumah yang mengajarku pandai baca Kitab Suci Al-Quran..juga pada Tok Yam (guru Al-Quran yang garang tetapi sgt berkesan ilmunya, lebih kepada tajwid)

Terima kasih juga buat guru-guru di SEK KEB TAMAN UDA, ALOR STAR, KEDAH..Cikgu Syamsuriah, Cikgu Hasnah,Cikgu Noriah, Cikgu Zawiyah, Teacher Roslina, Cikgu Asma, Cikgu Zaiton, Cikgu Faridah dan lain-lain.

Terima kasih juga kepada semua warga pendidik di SEK MEN KEB SULTANAH BAHIYAH yang aku dpt beramah mesra selama 2 minggu..

Terima kasih tak terhingga kepada guru-guru di SEK MEN KEB AGAMA KEDAH..Ustazah Salmah, Ustazah Noliah, Ustazah Zainah, Cikgu Shobri, Cikgu Sufian, Cikgu Zainurdin, Cikgu Afidah, Teacher A.ruzita, Teacher Ridzuan, Miss Suzana, Cikgu Hendon, Cikgu Rozita, Cikgu Zakiroh, Cikgu Saadan, Ustaz Mahmud Zaim, Cikgu Azman, Cikgu Badariah dan cikgu-cikgu yang mengajarku di sana..5 tahun di SMKAK mmg banyak ilmu yang berguna untuk diriku..bukan sahaja duniawi malah yang betul-betul berharga itulah ilmu UKHRAWI..

Terima kasih pada semua warga pendidik di UiTM Pulau Pinang, En Amin, En Husin Khan, Miss Anida, Puan Rizalyani, Puan Balqis, En Joesri, En Johanudin, Puan Linda, En Kamarul Hasni, En Dahlan..ilmu yang diterapkan sgt berguna utk diri ini..

Terima kasih pada para pensyarah di UiTM Shah Alam En Abd Razak, Puan Raja Saidatul Hisan, Puan Azizah, Datin Azizan, En Zulhan, En Adzhar, En Ahmad Esa, En Ali, Dr Artinah, Puan Alina, Puan Roslina, Puan Shahariah, Dr Sallehudin..dgn segala perngorbanan dari kalian, aku berjaya menjadi manusia berguna sekarang...


Kepada guru-guruku yang telah dijemput oleh Allah swt, aku sedekahkan Al-fatihah buat kalian..Arwah Ustaz Fuad Helmi (meninggal akibat di patuk ular), Arwah Ustaz Hassan Don (meninggal kerana darah tinggi) dan Arwah Cikgu Shoib Man..sehingga sekarang aku masih teringat-ingat kalian mengajarku..

TERIMA KASIH SEMUA GURU-GURUKU..tanpa kalian siapalah aku..aku sangat menghargai segala ilmu, pengorbanan, tunjuk ajar serta doa yang telah kalian lakukan kepada diri ini dan anak-anak muridmu...terima kasih...


Sebagai penghargaan terimalah puisi dari Penyair Hebat Negara,Usman Awang yang
direka pada tahun 1979

Guru O Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.