Thursday, November 10, 2011

Majlis Wajib..12hb Nov 2011

Tengok tu bila dapat berdiri, mesti nak melompat

Lagi dua hari akan mengadakan Majlis Aqiqah anak kesayanganku itu..setelah lama mencari masa dan mengumpul duit, akhirnya sampai jugak hajat nak uruskan kedua-dua bahagian..buat kambing 1 ekor dan lembu 1 bahagian..senang buat sekali, lepas ni tak yah nak pikir bila nak buat..kebetulan 12hb ni bersamaan dgn umur Haziq 7 bulan..pejam celik pejam celik dah besar anak mama..macam2 perangai dan telatah yang ditunjukkannya..

Alhamdulillah segala plan dah disusun baik dengan mak..kami yang pompuan ni apa lagi, mesti la sibuk nak urus apa yg boleh dihidangkan sebagai menu tambahan..atau sng dipanggil..dessert..huhu..Mak teringin nak buat cream puff..aku akan take over bahagian cream puff..mak nak buat puding dan kuah durian utk roti jala..nasib masih ada durian dijual di tepi2 jalan..dpt la kita merasa roti jala cicah kuah durian..huhu..emm bahan2 cream puff mak dah beli ptg td..esok ramai la akan membantu sbb org Rawang dan penuntut Unisel dah pulang ke kg..meriah la esok di dapur mak..bukan senang nak berkumpul ramai2 mcm ni..tp bila balik ja org rawang, hati ini sayu melihat mereka bermain manja dgn Haziq..pasti mereka sgt rindukan anak kesayangan mereka yang baru dijemput Allah 3 bulan lepas..emm..memandangkan haziq pun tak jauh beza umur dgn anak mereka, mesti kerinduan tu sgt2 meruntun hati..

Untuk majlis ni kami dah sepakat nak pakai warna tema Hijau..sebab apa pilih hijau??emm..sbb Mr Z ni baju melayu nya tak byk kaler..asyik dok ulang baju sama ja..so warna hijau jarang dipakainya..so org lain pun kena ikut baju dia..hehe..haziq pun dah siap dibeli baju baru..baju budak mahai bukan main..kalah baju org tua..tp dah takdak pilihan, beli je la..ttp mata..emm..haziq pakai baju apa??tunggu ye sabtu ni..akan diupload di fb dan akan di stori mori di ruang ini kemudian..

cak...


emmm..start esok mesti bz nak prepare utk majlis ni..sabtu mesti dah penat smp ke malam..ahad plan nak cuti tp kerja sgt banyakkkk di ofis..tak tahu la nak cuti ke dak..adoiii..dan ahad jugak ada kenduri kawan Mr Z..kak yasmin..stewardess MAS..kena attend..baik dgn dia..Mr Z pun dah siap beli hadiah utk kwn dia..sebelum ni x penah tgk pun dia beli hadiah wedding utk kawan...itu adalah kerana telah dihasut oleh isterinya supaya beli hadiah utk pengantin baru..heehe..

Kawan-kawan dan sanak saudara dah dijemput..insyaallah dapatlah berjumpa kawan2 lama nnt..ada yang semangat nak mai sbb menunya kambing..maklumlah susah nak jumpa kat luar dan harganya mahal..if dtg kenduri, mesti makan free..lagi la org suka..hehe..satu tarikan jugak tu utk kwn2 mai kan..ohh sgt tak sabar nak tunggu hari sabtu..

Malam ni tenang saja sbb diluar mcm nak hujan..umah kayu ni bila hujan, sejuknya sungguh nyaman..itu kelebihan rumah ini..sgt suka..dah plan mcm2..bila dpt beli rumah ni, apa yang akan dibuat..hehe...idea mcm2 dlm kepala tp nak buat tak tahu bila..emm..sejak ada anak ni, masa sgt mencemburui saya..alasan la tuh kauthar oii..huhu..

ok nak stop sini dl..smbil type smbil tgk Transformer 3..si suami nak tgk tp dah berdengkur dulu..esok dia akan ulang lagi..so kena tgk byk kali cita ni..hahaha...ok bubye...Bumble Bee dah panggil tu..