Sunday, April 8, 2012

Fragile sungguh

Hohoho...title apakah tu??fragile bukan bermakna barang mudah pecah aje tp sikap sy yg fragile ini..hehe..apalah nak melalut ni..emmm...sy ni mmg mudah mengalirkan air mata atau gelaran lain oleh kakak2 ku.."ratu ari mata"..haha..mmg lah betul sbb apa2 hal pun yang berkaitan dgn emosi mesti sy akan menangis sesungguh hati..kadang2 tu org lain yang sedih, sy lak yang menangis..seakan2 boleh mendalami isi hati org tu..aduhh..nak buat camna kan..bukan tak lawan tp dah cuba dan tetap tak boleh nak control smp skang..ingat dah kawen, hilang tp tak juge...

Teringat masa kakak kawin dulu dan abu berpesan pada kakak itu ini tentang tanggungjawab sebagai isteri etc, tup tup aku yang 'fragile' smp kakak kata "sapa yang kawin ni?"..hahha..hampesss...pelik sungguh aku..bila dlm halaqah keluarga yang abu selalu buat suatu ketika dulu, if pesanan dari abu kepada adik2 atau kakak pesan pada org lain, aku yang tak berkaitan ni mmg kena siapkan tisu kat sebelah awal2 sbb dah tau akan 'fragile' ngalahkan org lain..hehee...

Ingat lagi masa mengandung haziq dulu bila ada terasa hati dengan Mr Z dan selalu jugak la 'fragile' ni smp dia pun pelik..kenapa benda kecik pun nak menangis??dia kata jgn asyik menangis, kesian anak dlm perut tu..emmm so try control tp kalau dah 'fragile' tu nak buat camnakann..bila lahir je haziq ke dunia, dan bila dia menangis hingga mengalir air mata tu, Mr Z akan kata, haa ni nangis smp kuar air mata ni tiru sapa??sambil mata dok tgk saya..hahha..perli nampak...ok haziq dah tiru mama..kuikuii

Tengok ni makan sambil menangis..mengamuk apa ntah..


Jumaat lepas, sy, ummi, abu dan haziq hantarkan Mr Z yang nak terbang ke bumi Denmark selama 10 hari.kalau ikutkan 10 hari tu sekejap je kan tp terasa lama sbb jarak yang jauh dan konfirm dah mesti tak leh contact direct dan hanya berhubung dgn alam maya..kalau nak buat roaming mesti charge mahal dan sy rasa baik guna duit tu utk berbelanja di sana..hehe..so suruh dia kontek thru fb and email je la..sy suggestkan suh dia bawa laptop..tp dia yang bukan kategori IT savvy ni awal2 lg tolak kata susah itu ini..kalau sy, itu yg masuk dlm list dl..hehe..

Masa nak antar tu mmg cool lg walaupun terasa dah nak fragile..aku kuatkan hati dan bgtau diri jangan nak 'fragile' dpn2 org ramai ni..tp masa nak balik tu, salam dan peluk je dia, terus bergenang air mata dan apa lagi, kolam dah pecah..haha..malu seh..dia gelak je dan kata.."laaa, nangis buat apa, 10 hari je bukan lama"..haha..malu mak tau..mesti org lain ushar..belasah je la..ampa tak tau apa aku rasa..haha

Aku pun tak tahu sampai bila akn jadi mcm ni dan menjadikan ia satu kelemahan la jugak..bila emosi je, nangis..dah cuba selama ini tp tak berjaya jugak so biarlah kann..jd trademark utk diri..org kata kalau mudah mengalir air mata ni, rezeki murahh..wahhh kalau mcm tu nak amik cepat2..hehe...

Tuesday, April 3, 2012

Saya masih enjoy "breastfeed" anak kecil saya...

Hye semua..wah dah lama tak menaip dlm ruangan ini..sibuk sgt ke kauthar??emm sibuk la jugak..haha..ada je masa free sikit2 sebelum ni tp mls nak menaip..masa nak mengadap ruangan ini hanya di ofis..bila balik rumah mana boleh nak memerap dlm bilik dgn lappy lama2 sbb ada si kecil yang akan dtg merengek2 nak naik duduk di kerusi nak buat mcm mana mama dia sedang buat (refer pada mengadap laptop ni)..kalau dia duduk diam di riba sambil sy bertenet ni takpe, tapi bila depan lappy ni tangan dia mesti nak tekan2 papan kunci ni..kadang2 tu dengan drastik menghempuk2 dgn suka hati..huhu...mahai tau lappy tu wan beli kat mama..jgn la hempuk kuat2..sian dia..so kena la batalkan niat bertenet bila anak berjaga..huhu ...hendak di layan 101% dengan dia..layankan aje kan..siang dah tinggalkan 8 jam..malam hanya ada berapa jam sgt nak main dgn dia...kul 8-9pm dah tidur...

emmm anak ini mmg unik perangainya..kdg2 buat kita happy bila tgk keletahnya..kdg2 nak marah akan reda dgn sendiri bila tgk dia buat lawak or do sumthing yg tak masuk akal..lg 11 hari umurnya akan naik ke angkat 1 tahun..takde lagi bulan2 tu..huhu..masa sungguh cepat berjalan..sedar tak sedar dah 11 bulan saya breastfeed dia..saya bangga dgn status bf mama itu..walaupun tak 100% sbb sudah dicampur dgn susu formula..(susu sudah semakin kurang sbb rezeki saya 2012 ni) tp sy tak salahkan takdir..sy masih bangga sbb walaupun kandungan sudah 18 minggu tp susu masih ada dah sy teruskan mengepam di opis..sy tak kisah org nak kata bawa berbeg2 naik tangga nak usung semua perkakas bf ni..pump 1 beg, storage bag 1 beg, laptop 1 bag..haaaa ngusung la setiap hari..tp sy tak kisah pun berat semua tu sbb sy nak hasilkan yg terbak utk anak kecil saya ini..biar dia membesar dgn sihat dan hasil dr ibunya sendiri..sy lg suka nak susukan anak dr hasil sy sndiri dr bg susu lembu pada anak saya tp apakan daya..tak byk rezeki nak bg kasi dia smp 2 tahun..

doktor dah pesan suruh putuskan susu bila kandungan 7 bulan sbb nanti dia akan berebut2 nak df dgn adik dia..sy tgh confuse mcm mana nak stopkan bf ni..sedih pun ada..tp walaupun sy stop tp ttp nak bg stok ebm pada dia..Insyaallah..dah berjanji pada diri, if ada adik pun sy nak teruskan bg dia stok ebm ni..nasib dia nak minum jgk dlm botol..kalau tak, jenuh sy memikirkan camna la keadaan dia tanpa nutrient dr susu..hehe

Masa disahkan mengandung tu mmg nmpk hasil ebm ni makin kurang..ingat sbb stress dan cara pemakanan yang kurang betul tp bila tnya kakak dia kata mmg la mengandung, susu akan kurang so nak tak nak mmg kena campur formula jugak sbb stok ebm dah makin susut..so setiap hari bila di rumah mak mertua (haziq stay dgn maktoknya) mmg sy bekalkan susu formula dan waktu malamnya dan juga weekend mmg dia df je dgn saya..tp sejak dia meronta2 dan menjerit2 mcm tak puas hati tu walaupun dah df, baru sy mula perasan susu sy dah makin krg pada waktu malamnya..so nak tak nak sy kena gantikan dgn susu formula semasa di rumah..emmm lg sedih time tu..semasa 1st time nak bancuh tu terasa juga sedihnya sbb sy sanggup nak bg susu lembu ni pd anak sy sndiri..sy tak mampu nak bekalkan dia dgn susu ibu yng byk khasiatnya tp mcm sy kata td apakan daya, anak dlm perut ni juga perlukan nutrient dr sy ..sy pun fikir secara positive dan nak sedapkan hati kata sy kata dlm hati..emm takpe lah susu formula pun janji anak sy kenyang dan dpt nutrient jugak..so belasah je la susu formula ni..huhu..

sy rindukan hasil yang penuh mcm ni...tunggu next baby ye en freezer...hihi

so bermulalah hidup sy malam2 bila dia tak mau df, sy kena bgn malam dan bancuh susu utknya..sebelum ni sng je hidup..menangis je kasi df..tp hidup sudah berubah..huhu..nak g jalan pun kena bawa bekal bagai..1 beg baju..1 beg susu etc..haha..so lg kalut la bila nak kuar berjalan tu..dgn bekal air panas etc..huhu..haziq skang bila nak susu je mesti akan menangis2 smp menyebut AYIIEEE merujuk kepada susu la kot..mana mai ntah perkataan tu, sy pun tak tau..nak sebut AIR kot tp jd AYIEEE..hahaa...terharu hati sy bila dia nak ayiiee, sy bancuhkan sebotol susu tu tp dia menangis2 tak mau jgak..sy dah tak keruan..bila diberi df baru dia hisap dgn happynya smp tertidur..emm nak ayiee df rupanya..so sy tau dia masih nak bergantung pada df ni walaupun susu tak berapa ada pun..tak selaju dl memancut2..huhu..

sy teringin nak tgk freezer sy full dgn stok ebm tu..skang ni bila nak buka freezer pun rasa tak mau je sbb freezer kosong dan penuh dgn benda lain..hahaa...sy masih enjoy mengepam walaupun hasilnya amatlah sedikit setiap kali pam..tp ttp sy happy..sedikit2 lama2 jadi la bukit..betul takk???