Sunday, November 13, 2011

Sekitar Majlis Akikah 12/11/2011


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya terlunas jugak hutang haziq untuk dirinya..dan selesai jugak tanggungjawab kami untuk melakukan Majlis Aqiqah untuk Luthfil Haziq..penat mmg tak yah cite..tp puas hati sbb ramai kawan2 dan tetamu dtg memeriahkan majlis ini..dimulakan dengan bacaan yassin dan tahlil..lepas tu makannnn..lauknya alhamdulillah semua ckp sedap dan kami mulanya agak frust sbb kami plan nak buat masak kurma utk kambing tp caterer tu hantar kambing masak merah..emm..mula tu macaaammm...aishh tak puas hati..dah kol tanya caterer, dia kata kami yg request masak merah..aik...kami pulak salah..tp takpe la..apa boleh buat..kita bedal ja..licin jugak akhirnya kambing itu..sungguh mendapat sambutan..

Yang paling kagum ialah haziq..selalunya siang hari dia tak mau lena langsung..nak main..tp masa majlis tu asyik lena ja smp org dtg mana anak, dok lena..huhu..dr pg lena dr 10am-12pm..org baca yassin tepi telinga pun tak jaga..dah puas main tu, tidoq lg kul 2pm-4pm..haha..kalau tak, puas jugak la nak paksa dia lena..


Mostly makanan yang terhidang semuanya dpt pujian..cream puff yang aku buat tak sempat nak makan puas..takpa niat nak jamu tetamu..itu pun habis cepat..tetamu yang lmbt mai dok tanya mana cream puff..hehe..habis sudah..pandan layer cake ummi bawak pun laku..ada kwn Mr Z yang pregnant dok pulon makan..smp tanya beli mana..dia nak p cari..haha..aku kata import dr penang..dia kata nak p cari, sbb kampung dia kat sana..haha..semangat..lepas ni boleh la order lg kat ummi memandangkan ramai yang suka..tepung talam yang ditempah dari Kak Ngah Tok teh pun mendapat sambutan..adik makan dia tanya.."kak beli mana?"..zaidi makan rasa melt dlm mulut..pergh sedap laa...haha..punyalah sedap smp tak tau nak kata mcm mana..bengkak gandum yang jiran bg pun sedap..roti jala pun sedap..mak tambah buat kuah durian..lg la org makan banyak..harith kata tak puas makan roti jala sbb dah habis..haha..kesiann..semua kuih habis awai..kami tak plan ambik bnyk sbb takut tak habis..tp kira ok lah tu..biar habis dr byk membazir..nnt kita buat lg...

Kami pilih tema warna hijau..nnt kita layan gambar naa..(gmbr tak banyak sbb bz layan tetamu)

deretan pemanis mulut yang sungguh laku

Main course pun semuanya mantap

Dimulakan dgn bacaan yassin


Luthfil haziq dan Syarifah Darwisya Al-Khasif

Budak ini banyak akai

Muka dah serabai mcm apa..penat..petang baru dpt bergambar bersama

Cinta hatiku..





Thursday, November 10, 2011

Majlis Wajib..12hb Nov 2011

Tengok tu bila dapat berdiri, mesti nak melompat

Lagi dua hari akan mengadakan Majlis Aqiqah anak kesayanganku itu..setelah lama mencari masa dan mengumpul duit, akhirnya sampai jugak hajat nak uruskan kedua-dua bahagian..buat kambing 1 ekor dan lembu 1 bahagian..senang buat sekali, lepas ni tak yah nak pikir bila nak buat..kebetulan 12hb ni bersamaan dgn umur Haziq 7 bulan..pejam celik pejam celik dah besar anak mama..macam2 perangai dan telatah yang ditunjukkannya..

Alhamdulillah segala plan dah disusun baik dengan mak..kami yang pompuan ni apa lagi, mesti la sibuk nak urus apa yg boleh dihidangkan sebagai menu tambahan..atau sng dipanggil..dessert..huhu..Mak teringin nak buat cream puff..aku akan take over bahagian cream puff..mak nak buat puding dan kuah durian utk roti jala..nasib masih ada durian dijual di tepi2 jalan..dpt la kita merasa roti jala cicah kuah durian..huhu..emm bahan2 cream puff mak dah beli ptg td..esok ramai la akan membantu sbb org Rawang dan penuntut Unisel dah pulang ke kg..meriah la esok di dapur mak..bukan senang nak berkumpul ramai2 mcm ni..tp bila balik ja org rawang, hati ini sayu melihat mereka bermain manja dgn Haziq..pasti mereka sgt rindukan anak kesayangan mereka yang baru dijemput Allah 3 bulan lepas..emm..memandangkan haziq pun tak jauh beza umur dgn anak mereka, mesti kerinduan tu sgt2 meruntun hati..

Untuk majlis ni kami dah sepakat nak pakai warna tema Hijau..sebab apa pilih hijau??emm..sbb Mr Z ni baju melayu nya tak byk kaler..asyik dok ulang baju sama ja..so warna hijau jarang dipakainya..so org lain pun kena ikut baju dia..hehe..haziq pun dah siap dibeli baju baru..baju budak mahai bukan main..kalah baju org tua..tp dah takdak pilihan, beli je la..ttp mata..emm..haziq pakai baju apa??tunggu ye sabtu ni..akan diupload di fb dan akan di stori mori di ruang ini kemudian..

cak...


emmm..start esok mesti bz nak prepare utk majlis ni..sabtu mesti dah penat smp ke malam..ahad plan nak cuti tp kerja sgt banyakkkk di ofis..tak tahu la nak cuti ke dak..adoiii..dan ahad jugak ada kenduri kawan Mr Z..kak yasmin..stewardess MAS..kena attend..baik dgn dia..Mr Z pun dah siap beli hadiah utk kwn dia..sebelum ni x penah tgk pun dia beli hadiah wedding utk kawan...itu adalah kerana telah dihasut oleh isterinya supaya beli hadiah utk pengantin baru..heehe..

Kawan-kawan dan sanak saudara dah dijemput..insyaallah dapatlah berjumpa kawan2 lama nnt..ada yang semangat nak mai sbb menunya kambing..maklumlah susah nak jumpa kat luar dan harganya mahal..if dtg kenduri, mesti makan free..lagi la org suka..hehe..satu tarikan jugak tu utk kwn2 mai kan..ohh sgt tak sabar nak tunggu hari sabtu..

Malam ni tenang saja sbb diluar mcm nak hujan..umah kayu ni bila hujan, sejuknya sungguh nyaman..itu kelebihan rumah ini..sgt suka..dah plan mcm2..bila dpt beli rumah ni, apa yang akan dibuat..hehe...idea mcm2 dlm kepala tp nak buat tak tahu bila..emm..sejak ada anak ni, masa sgt mencemburui saya..alasan la tuh kauthar oii..huhu..

ok nak stop sini dl..smbil type smbil tgk Transformer 3..si suami nak tgk tp dah berdengkur dulu..esok dia akan ulang lagi..so kena tgk byk kali cita ni..hahaha...ok bubye...Bumble Bee dah panggil tu..