Saturday, August 27, 2011

Mesra

Rasanya hampir 5 tahun tak berkumpul semua adik-beradik..nak tunggu semua balik, kena ada big event mcm ni..sbb nak raya dan kebetulan oran KOrea dan org UK tgh cuti Summer so dapat la depa balik memeriahkan Bertam Ketam..Kak ngah tiba di rumah lewat jam 2 pagi dan kakak yang jauh di KB tiba jam 10.30am..gembira hati ini dapat berjumpa semua..menu2 yang sudah lama diidamkan, dpt jugak merasa tadi..tak perlu menu yang best tapi hasil air tangan ibu yang didambakan selama ini..bak kata kakak tadi.."selalu berbuka makan nasi tak pernah tambah, tapi arini bertambah banyak pulak tu"..umi menyahut sambil ketawa "orang kata makanan yang sedap ialah makanan FREE"..mmg..setuju dengan ayat umi..mmg la sedap sbb tak kena keluar duit..sedap ke tak, makan je sbb FREE..haha..joke mcm ni yang mengeratkan kami semua..dalam hidup kena ada lawak, baru la tak stress..

zariff aktif beraksi, haziq jeles..

Dua sepupu ni berkongsi tahun kelahiran

Haziq sekarang dah byk berubah dari dulu..dah pandai bersembang dan senyum..hensem bila dia senyum..ceeyyy..puji anak sendiri..haha..sapa lagi nak puji kan kalau tak mama dia..serba sedikit haziq dapat menceriakan hati abu, umi dan adik2..kami menunggu ketibaan org dari KB..nak tgk telatah si abang long yang panjang akal dan adik yang murah dengan senyuman..tiba di Bertam, seperti biasa Zaffran akan cari spot tempat mainan dan motor merahnya disimpan..dah tau dah kat mana Tok Umi letak mainannya..rumah Abu dah bertukar jadi nurseri dengan sekelip mata..nak dimarah cucu menyepah tak guna sbb dia takkan faham..biarkan aje mcm tu..hehee...
Berkawan baik..comel

Zariff yang dah mula nak belajar taktih, asyik nak memanjat ja..jd vacuum cleaner tu mmg dah lama terserlah bakatnya..laju ja dia menjulur..letak sat ja..terus hilang..yang Haziq ni tgk je org buat itu ini sbb diri kecil ini hanya mampu meniarap..takpe tunggu 1-2 bulan boleh la mcm2..dia asyik kena landa dengan Zariff..tgn zariff dah robek msk hidung, telinga..tangan haziq pun zariff nak gigit...budak baru nak tumbuh gigi..semua benda nak digigitnya..apa lagi meraung la Haziq kena buli..hehe..comel sungguh telatah anak kecil ini..besar nnti mesti kawan baik..geng datang sekapal..sama jantina lgi mesti hobi lelaki tu akan sama..hehehe..kita tungguuu..

Lagi 2 hari ja nak sambut Syawal..terasa sekejap ja melalui Ramadhan Kareem..sibuk dengan itu ini, cepat masa berlalu..moga dapat bertemu dengan Ramdhan tahun hadapan..moga ibadah di bulan mulia ini akan istiqamah di bulan-bulan yang akan datng insyaallah..nnt kita lihat telatah anak-anak kecil di hari raya pulak..mesti lagi byk ragamnya..comel bergaya dengan baju baru..tak sabarr

Friday, August 26, 2011

Maroon uols raya ni...


Raya datang lagi..emm..tak nak komen kenapa tak post khabar sebelum ni..jawapannya takdak masa..alasan tak cari masa..ok FULLSTOP yang tu..nak cita pasal raya lak..

Tahun ni hepi sbb dapat beraya bertiga...wahhh teruja 100x..bukan takat kami ja..kakak pun mesti tak sabar nak beraya bersama anak barunya..tapi dikala perasaan gembira teringat pada arwah Irham Yusri yang pergi dijemput Allah pada 12 Ramadan yang lalu..tak sempat nak beraya bersama kami..dia dah pergi buat selamanya..rindu pada Irham...

sambung balik bab raya..tahun ni dah berpakat nak pakai tema maroon..yahuu...baju haziq pun dah siap dibeli awal sebelum puasa lagi..malas nak bersesak2 di shopping mall di kala puasa..serabut otak kott..so beli pun berperingkat..kena pandai bajet..dah la baju baby mahal..kalah baju org besar..ish tak pueh hati..so tunggu ye gmbr kami beraya bertiga tahun ni..


kami mmg tak balik beraya sbb mmg beraya di kedah sahaja...dan tak perlu la nak packing bagai..hehe..kena kemas rumah je la..emmm ada ke org nak dtg raya??tak yah la datang..ade ke ckp mcm tu..tak senonoh kan..haha...kan tetamu dtg, dosa kita akan dikurangkan bila tetamu pulang..kemas je rumah..if ada org dtg, layan je la..

duit raya dah order pada jiran yang keja bank so tunggu je duit tukar dari dia..if dia tak tukar duit, takde la duit utk sepupu n adik2 ye..dapat kat anak je la..hehe..sampul duit pun dah beli awal2 lg..disney lagi tau..sampai kena beli sbb takut tak dapat n malas nak minta..i kan pemalu..so tunggu nak masukkan duit je..oh tak sabar nak raya...makan ketupat pulut n rendang ayam mak tok..rinduuu..sedap kottt