Monday, December 26, 2011

Kita ber'jusco' dulu..

Awatnya tajuk serupa di atas??haha..al-kisahnya last weekend kami pulang ke Bertam Ketam..emm..ummi ada bgtau kat jusco ada Pameran Petrosains Dinotrek kat Jusco Seberang Perai..so apa lagi..kalau balik je bertam mesti nak p Jusco..sebab apanya cik kak oii...sebaaaabbb ana dah boring asyk dok ulang alik Pacific je (hanya itu yang best di kedah ni)..tiap kali nak balik bertam mesti ajak Mr Z p Jusco sampai dia naik heran apa yg syoknya Jusco tu..kdg2 takde apa nak beli pun..dan tiba2 terus kena create alasan yang munasabah kata nak beli barang..haha..brg apa tu??emm nak cari baju haziq..hahha..nak auntie's anne??mcm la kedah takde jual baju baby..ahha...alasan uols..

So khamis lepas kami bertolak balik selewat jam 9pm..hhaha..selalu balik petang..smp mak mer tanya nak blk jugak ke malam2 ni??dgn tenang anaknya menjawab.."la mak ni..bertam sejam ja"..huhu..blk malam2 ni syok jugak sbb haziq tak membuas dlm kereta..kalau tak, nak main, pusing2 merata..nak duduk kat bawah dan kutip semua benda yang dia nmpk menarik dan masuk mulut nak merasa..hahhaha...malam tu dia tidur sepanjang jalan..cayalah haziq, tenang je mama jaga kamu malam tu..

Esoknya bersemangat bangun awal sbb nak p Jusco..haha..haziq kena tidor seround sbb satgi kita nak p main..emm..mamanya bersemangat lebih entah2 anak tak tahu pun dia p tgk apa..ok..ni mama nak exposekan haziq pada binatang bernama dinosaur..nnt besaq takde la tanya dinosaur tu apa..huhu..

Kira tak rugilah p tgk pameran tu sbb tambahkan ilmu ni sikit..walaupun tak banyak mana dinosaurnya tapi cukuplah nak menghiburkan hati zaffran yang kena tinggal dek ibu dan abahnya yg p hanimun dan haziq yg tak tau apa2..tau nak makan pasir..hehe..tapi haziq agak kagum bila tgk dinosaur yg bunyi kuat dan besar dari dia tu..jom layan pics ni..

....................................





Tembak jangan tak tembak...

Makan budok ni??

Haziq nak jadi ahli kaji bumi tak??

emm...makan pasir tu lagi best dr cari tulang dinosaur

Affe control the dino



--------------------------



bila dah penat kami layan ni pulak..huhu..jgn jeles








Wednesday, December 7, 2011

Takdak keja...(alasan padahal ada je keja)

Jom layan gambar ni..saja suka-suka


haziq get ready nak p umah mak tok kinah


Sibuk nak masuk dlm bakul..happy gila dok dlm ni

Masa baby tak nak kena bedung..bila dah besar kena bedung smp tersengih-sengih


Saturday, December 3, 2011

Kena tinggal..

Kedua-dua Cinta hati saya

Ohh tajuk sudah dramatis..haha..apakah kisah disebaliknya??emm saya kena tinggal lagi buat kali yang ke berapa ya??sapa yang tinggal??of cos la suami tercinta..huhu..ohh tak terkira..sejak haziq dlm perut lagi dah kena tinggal bnyk kali..ke sabah seminggu, ke pahang 3 hari, ke langkawi 3 hari, ke KL lg lah banyak kali..perak, perlis..emm tak ingat dah tp kebanyakannya kena tinggaaallll...ooh tak suka..

Semua list di atas ok lagi sbb dlm Malaysia..kali ni ada org tu terbang ke negara jiran..Bandung..huhu..tempat yang aku teringin nak jejak sebaaaabbb...tempat shoppingg..haha..sebut je shopping semua jadi gilaan kaum wanita..kadang tu bukan nak beli apa pun tp if window shoping tu terasa cukup dah..haha..mmg gila kan kerja ni..emm..bila ke bandung ni takde lg dpt khabar berita dgr dr hubby..tak suggest buat roaming sbb nnt bilnya smp berganda2..kesian..baik guna duit tu utk shoping..haha..so haruslah bersabar seminggu ni..

Mr Z pergi ke Bandung sejak hari Selasa lepas, belum dpt any news pasal dia..melawat ke mana pun aku tak tau..mmg seminggu la hp diam tak berbunyi..huhu..malam ni insyaallah dia smp KLIA..hopefully selamat sampai dengan selamatnya..belum tau lg bila dia nak balik ke Kedah or penang..boleh je nak amik kat Airport penang esok..tak sabar nak tunggu kepulangannya..nak tgk telatah haziq bila jumpa abahnya..kenal atau tak??huhu..tungguuuu

Sunday, November 13, 2011

Sekitar Majlis Akikah 12/11/2011


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya terlunas jugak hutang haziq untuk dirinya..dan selesai jugak tanggungjawab kami untuk melakukan Majlis Aqiqah untuk Luthfil Haziq..penat mmg tak yah cite..tp puas hati sbb ramai kawan2 dan tetamu dtg memeriahkan majlis ini..dimulakan dengan bacaan yassin dan tahlil..lepas tu makannnn..lauknya alhamdulillah semua ckp sedap dan kami mulanya agak frust sbb kami plan nak buat masak kurma utk kambing tp caterer tu hantar kambing masak merah..emm..mula tu macaaammm...aishh tak puas hati..dah kol tanya caterer, dia kata kami yg request masak merah..aik...kami pulak salah..tp takpe la..apa boleh buat..kita bedal ja..licin jugak akhirnya kambing itu..sungguh mendapat sambutan..

Yang paling kagum ialah haziq..selalunya siang hari dia tak mau lena langsung..nak main..tp masa majlis tu asyik lena ja smp org dtg mana anak, dok lena..huhu..dr pg lena dr 10am-12pm..org baca yassin tepi telinga pun tak jaga..dah puas main tu, tidoq lg kul 2pm-4pm..haha..kalau tak, puas jugak la nak paksa dia lena..


Mostly makanan yang terhidang semuanya dpt pujian..cream puff yang aku buat tak sempat nak makan puas..takpa niat nak jamu tetamu..itu pun habis cepat..tetamu yang lmbt mai dok tanya mana cream puff..hehe..habis sudah..pandan layer cake ummi bawak pun laku..ada kwn Mr Z yang pregnant dok pulon makan..smp tanya beli mana..dia nak p cari..haha..aku kata import dr penang..dia kata nak p cari, sbb kampung dia kat sana..haha..semangat..lepas ni boleh la order lg kat ummi memandangkan ramai yang suka..tepung talam yang ditempah dari Kak Ngah Tok teh pun mendapat sambutan..adik makan dia tanya.."kak beli mana?"..zaidi makan rasa melt dlm mulut..pergh sedap laa...haha..punyalah sedap smp tak tau nak kata mcm mana..bengkak gandum yang jiran bg pun sedap..roti jala pun sedap..mak tambah buat kuah durian..lg la org makan banyak..harith kata tak puas makan roti jala sbb dah habis..haha..kesiann..semua kuih habis awai..kami tak plan ambik bnyk sbb takut tak habis..tp kira ok lah tu..biar habis dr byk membazir..nnt kita buat lg...

Kami pilih tema warna hijau..nnt kita layan gambar naa..(gmbr tak banyak sbb bz layan tetamu)

deretan pemanis mulut yang sungguh laku

Main course pun semuanya mantap

Dimulakan dgn bacaan yassin


Luthfil haziq dan Syarifah Darwisya Al-Khasif

Budak ini banyak akai

Muka dah serabai mcm apa..penat..petang baru dpt bergambar bersama

Cinta hatiku..





Thursday, November 10, 2011

Majlis Wajib..12hb Nov 2011

Tengok tu bila dapat berdiri, mesti nak melompat

Lagi dua hari akan mengadakan Majlis Aqiqah anak kesayanganku itu..setelah lama mencari masa dan mengumpul duit, akhirnya sampai jugak hajat nak uruskan kedua-dua bahagian..buat kambing 1 ekor dan lembu 1 bahagian..senang buat sekali, lepas ni tak yah nak pikir bila nak buat..kebetulan 12hb ni bersamaan dgn umur Haziq 7 bulan..pejam celik pejam celik dah besar anak mama..macam2 perangai dan telatah yang ditunjukkannya..

Alhamdulillah segala plan dah disusun baik dengan mak..kami yang pompuan ni apa lagi, mesti la sibuk nak urus apa yg boleh dihidangkan sebagai menu tambahan..atau sng dipanggil..dessert..huhu..Mak teringin nak buat cream puff..aku akan take over bahagian cream puff..mak nak buat puding dan kuah durian utk roti jala..nasib masih ada durian dijual di tepi2 jalan..dpt la kita merasa roti jala cicah kuah durian..huhu..emm bahan2 cream puff mak dah beli ptg td..esok ramai la akan membantu sbb org Rawang dan penuntut Unisel dah pulang ke kg..meriah la esok di dapur mak..bukan senang nak berkumpul ramai2 mcm ni..tp bila balik ja org rawang, hati ini sayu melihat mereka bermain manja dgn Haziq..pasti mereka sgt rindukan anak kesayangan mereka yang baru dijemput Allah 3 bulan lepas..emm..memandangkan haziq pun tak jauh beza umur dgn anak mereka, mesti kerinduan tu sgt2 meruntun hati..

Untuk majlis ni kami dah sepakat nak pakai warna tema Hijau..sebab apa pilih hijau??emm..sbb Mr Z ni baju melayu nya tak byk kaler..asyik dok ulang baju sama ja..so warna hijau jarang dipakainya..so org lain pun kena ikut baju dia..hehe..haziq pun dah siap dibeli baju baru..baju budak mahai bukan main..kalah baju org tua..tp dah takdak pilihan, beli je la..ttp mata..emm..haziq pakai baju apa??tunggu ye sabtu ni..akan diupload di fb dan akan di stori mori di ruang ini kemudian..

cak...


emmm..start esok mesti bz nak prepare utk majlis ni..sabtu mesti dah penat smp ke malam..ahad plan nak cuti tp kerja sgt banyakkkk di ofis..tak tahu la nak cuti ke dak..adoiii..dan ahad jugak ada kenduri kawan Mr Z..kak yasmin..stewardess MAS..kena attend..baik dgn dia..Mr Z pun dah siap beli hadiah utk kwn dia..sebelum ni x penah tgk pun dia beli hadiah wedding utk kawan...itu adalah kerana telah dihasut oleh isterinya supaya beli hadiah utk pengantin baru..heehe..

Kawan-kawan dan sanak saudara dah dijemput..insyaallah dapatlah berjumpa kawan2 lama nnt..ada yang semangat nak mai sbb menunya kambing..maklumlah susah nak jumpa kat luar dan harganya mahal..if dtg kenduri, mesti makan free..lagi la org suka..hehe..satu tarikan jugak tu utk kwn2 mai kan..ohh sgt tak sabar nak tunggu hari sabtu..

Malam ni tenang saja sbb diluar mcm nak hujan..umah kayu ni bila hujan, sejuknya sungguh nyaman..itu kelebihan rumah ini..sgt suka..dah plan mcm2..bila dpt beli rumah ni, apa yang akan dibuat..hehe...idea mcm2 dlm kepala tp nak buat tak tahu bila..emm..sejak ada anak ni, masa sgt mencemburui saya..alasan la tuh kauthar oii..huhu..

ok nak stop sini dl..smbil type smbil tgk Transformer 3..si suami nak tgk tp dah berdengkur dulu..esok dia akan ulang lagi..so kena tgk byk kali cita ni..hahaha...ok bubye...Bumble Bee dah panggil tu..

Saturday, October 22, 2011

Haziq permata hatiku..

Rasanya tak pernah lg aku cerita pasal my hero sorg ni..haziq pun dah membesar dgn sihat tp mama tak sempat nak stori mori ttg dia..emm..keje yang asyik ulang alik jauh tu buat aku tak sempat nak menatap lappy dgn lebih lama..perkembangan haziq pergi begitu saja..so mulai arini, aku try dan berjanji pada diri nak tulis ttg dia..smp perlu berjanji???haha..

Arini haziq dah 6 bulan ++..aku rasa perkembangan dia agak cepat..ye ke??mana kau tau??ni kan anak 1st..huhu..sbb..dia boleh meniarap seawal 3 m 8d..compare tu anak kawan2 disekeliling umur 4-5 bulan baru leh niarap..hey kauthar..anak org lain2 la..hehe..takpa la..saja ja nak puji anak sendiri..hehe..5 bulan haziq dah boleh bangun merangkak..tanpa melalui proses 'menyuloq' org kedah panggil..menjulur la kot bahasa melayu yang betul...tak sure..

1step merangkak di Umah Tok Njang Zubair di KL..

Happy bermain dengan Play Gym dia..dengan ulat tak leh tinggai..

Minggu depan haziq dah nak masuk 7 bulan..12hb Nov 2011..sabtu depan jugak nak buat akikah haziq..kami plan nak buat sekali terus..alang-alang nak buat, biar setelkan..nnt nak cari masa dah susah..haziq pun dah aktif..letak je atas lantai, pusing je dah hilang..merayap mana2 ntah..suma benda nak dikutip dan di'explore' nye..suka la dia boleh merayap rata..rumah yang banyak brg telah dialih supaya mudah dia nak bergerak..

Mamanya kena sentiasa ringankan tangan nak menyapu sbb nnt haziq akan kutip dan paling best..masuk ke mulut..emm..dah la taik cicak banyak..spot paling dia suka adalah jalan ke bilik air..sbb haziq sgt suka mandi..bila dgr je bunyi air terus gelak mengekek-ngekek..ketawa dia yang buat aku terasa nak balik cepat2 ke rumah..bila tgk je muka dia kat pc, lg terasa rindu..huhu..8 jam je keja..tp rasa 1 hari 24jam..

Belajar mengira dengan mama..

Bila dah jadi mama ni, nak makan kena cepat..nak mandi kena segera takut anak bangun..tp bila sorg2,kena tunggu anak tidoq baru leh buat keja..kalau tak, tak leh tinggai..merayap merata dan takut benda bahaya berlaku..anak kecik ni bukan tahu risiko bahaya..tau main je..

Paling tak tahan bila aku tgh makan, abahnya tgh dukung, dia akan menangis sekuat-kuatnya sambil mata memandang ke arah mamanya..so mama kena makan cepat2 dan lari basuh tangan..abah buat bg dia gelak pun tak mau..nak kat mama jugak..adoii..mama lapaq kena tahan dl la..anak comes first..menangis smbl mulut menyebut 'emmaa'..'eemmaa'..emm lg la tak tahan bila teresak-esak mcm tu..
Dah siap nak p raya..

Perkembangan haziq sgt cepat..smp ada benda yang termissing rasanya nak stori..nak stop smp sini dl..nnt nak cita lak pasal dia mandi, tidur, makan..emm..makan pun agak byk benda nak cita..haziq sgt suka makan..ok fullstop dl..see you later..

Muka baru bangun tidor...





Thursday, September 15, 2011

NAMA PUN KEZUTAN KANN...

Suami saya suka buat kejutan...dah nama kejutan mesti la terujakan??kejutan pertama masa saya balik pantang dari Bertam..dalam kepala sy terpikir, apa la jd dgn rumah sy ni sepanjang peninggalan sy selamaaa...emm tak hingat..sbb byk pengalaman org berpantang sebelum ni kata rumah berselerak etc..so sy pun pikir mcm tu gak..huhu..tp apa yg terjadi??jom kita layannn..

Masuk je dalam rumah (time tu dengan baby)..hehe..dia bw sy ke semua sudut rumah..ajak pg dapur..dia tunjuk sinki yang kosong tanpa pinggan yang ditinggalkan..ruang tamu dengan lantai yang bersih tanpa habuk..kemas tersusun barang..bilik air-bersih dicuci..wahh siap sental semua kotoran..dlm bilik tidur utama-katil kemas dgn quilt mcm sy selalu buat..bilik air pun sama..tenang je nak masuk...sy sgt happy..dan dia dok highlight suh tgk kat atas dressing table..dengan gaya mcm org tgh promote brg..kemas tersusun semua brg2 kecil di atas tu..dan tetiba sy ternampak satu kotak kecil berwarna hijau..jeng jeng jeng..apakah..dgn tertulisnya note pada kad kecil, For my lovely wife"...wahh sgt terharu..apakah isi dalamnya..hanya sy yang tahu..rahsia..nnt tgk gmbr ye..tapi rasanya mesti korang leh agak apa isi dlmnya kann..

inilah kezutan darinya..

Ini kejutan kedua pulak..bukan nak menunjuk tp nak kongsi..mesti suami masing-masing lain gayanya..hihi..

Suami kena berkerja di KL last Monday..malamnya saya antar ke Airport..esoknya dah pulang..yeaahh tak lama..bukan nak cite rindu ke hapa..nak cite kejutan ni..emm..malam tu plan nak tidur umah mertua..so dia bawak la luggage dia masuk ke bilik dan tetiba dia dtg dkt buka beg dan bg satu paper bag kecil..dia kata.."Ni hadiah dr abang"..wahh sweet tak??sy time tu agak tercengang dan sedang speechless seketika..bayangkan gaya2 org terkejut..

Dengan debarnya nmpk satu kotak merah..sy rasa tahu apa isi dalamnya..emm..perfume..warna kotak pun dah suka sbb merah warna kegemaran..hehe..so terus buka dalamnya dan tgk botolnya sangaat sangaatt2 lah comel...sy terus try spray dan baunya sgt flowery..jenis elizabeth aden, pretty hot..cuba search..

sy tau dia beli kat KLIA sbb duty free kan..murah la rm50 tp harganya dah tentu beratus gak..sy kata naper buang duit ni??sy tak perlu perfume mahal2..kalau sy tak beli dah sbb lg best if guna duit tu beli baju ke hapa ka..hehe..dia kata sebab kesian tgk sy asyik guna roll on dan perfume Body Shop tu pun nak habis dah..huhu..sy suka roll on tu sbb dia kecik dan mudah nak masuk dlm handbag..mmg byk roll on sy dan roll on murah harga..if sekali beli rm10..beli 20 kali dah jd rm200 kan tp its better dr terus beli sekali rm200..oh tak suka buang duit mcm tu..haha..

Suami sy penggemar perfume..dia ada 10 jenis perfume yang masih banyak isinya..byk kann??sy ni jenis guna satu perfume smp habis baru beli lain..dia tak..dia kata hari2 dia nak bau yang lain..emm betul jugak kan..takde la bau sama je setiap hari..so sy pun dah plan nak kumpul perfume byk2..haha..mampu ka??tekan ATM, check duit..haha..

Dalam Islam pun dilarang kaum Hawa memakai wangian sbb boleh buat lelaki tertarik..tp Islam kata bukan tak boleh pakai langsung..boleh tp dlm kuantiti yg sedikit..takde la pg keje bau tengik kan..haha..so sy pakai pun sikit2 je..dgn cuaca malaysia yang panas ni buat selalu peluh..dan bila peluh ada la bau asyemm sikit..so perfume ni penyelamat dr bau2 yg kurang enak tu..

Terima kasih abang sebab bagi kejutan yang tersangka ini..sangat menghargainya..nak pakai pun sayang sbb nnt abis..hahaha..ada patut???

amboii..panjangnya melalut..so sy tunggu kejutan apa yang akan diberi selepas ni..actually byk lg kejutan yang lain tapi nak cita yg 2 ni dulu..kalau rajin sy tulis lagii pasal tu....

ini dia hadiah baru darinya..cantikkan botol dia..sangat suka..terasa hari-hari HOT..haha





Monday, September 12, 2011

LAMPU RAYA...

Dah lama mengidam nak beli lampu bilik atau nama omputehnya org selalu panggil table lamp..ya ka??konon2 nak ala2 omputeh la ada lampu tepi katil..aku pun nak jugak..ok bukan utk ikut trend ka hapa tp bila lahirnya Haziq ke dunia mmg sgt2 memerlukan lampu yang sinarnya ala-ala romantik tu di dalam bilik..ye la..buat tengah2 malam dia lapar dan nangis2 minta perutnya diisi, inilah fungsinya lampu tersebut..risau tersalah sumbat masuk lak dlm hidung ke mata ke..so mmg sgt2 memerlukan mempunyai lampu ini..

Dulu kami dapat hadiah kawen lampu ni tp dia takde adjuster..terang bukan main..minta Mr Z belikan, dia kata guna yang ada ni..nnt rosak kita beli lain..so setiap hari saya doakan lampu tu rosak..haha.jahat tak??pompuan ni kalau tak dapat apa yng dia nak mesti dok kempunan dan sebut hari2..betui dak??so aku pun menyabarkan diri..kaum Adam mmg suka menyimpan duit..membazir katanya..hahaha..

Pada satu ketika yang org kata malang tak berbau, aku tolak Playpen haziq ter'ganas' dan terjatuh la lampu hadiah kawen yang sy kurang suka tu..walaupun tak suka tp dah byk berjasa ooo..tq lampu kawin..dan lampu tu jatuh dan pecah la sikit..emm..tp still menyala lampunya..nak beli baru, Mr Z kata, "tu boleh pakai lagi"..emm..sedih sekali lg..so masih menyabarkan diri..and tetiba satu malam tu,bulb lampu tu meletup dan bila di beli tukar mentol yang baru dah tak leh pakai...its mean..lampu tu sudah betul2 rosak...yeeaahh..happy berganda2..

Aku minta dibelikan segera sbb malam2 tersangatlah gelap..lampu jalan yang diharapkan dr luar tingkap tak membantu sgt..so sgt lah prob bila tgh2 malam nak menyusukan haziq dan nak tukar lampin bila dia poo poo..aduh..nak kena buka lampu besar tu agak sakitlah mata..so hari2 pujuk Mr Z..masuk gaji je tak gak beli..pujuk2 lagi..so malam2 kena la buka lampu toilet..nsb la dlm blk ada toilet..kalau tak, gelap gelita malamku..tp tak leh nak buka pintu toilet luas2 nnt nyamuk menyerang kami..kira walaupun ditutup pintunya tp ada la sedikit membantu..emm..still tak puas hati..

Tak pasti kenapa Mr Z tak nak beli..mungkin kekangan masa sbb ada gak tgk2 kat Tesco, Giant tp suma tak berkenan..plus pulak dgn nak raya so bajet dah lari..so dia kata nak pg kedai lampu..dah semangat nak pi beli terlupa pulak hari Jumaat, so kedai tu tutup..arrghh frust byk kali..so sabarkan diri..dia ajak pg Pacific Star Parade..dok byg kalau kat kedai lampu mesti cun2 kan..emm takpe lah..as long as ade cukup..nnt masuk umah baru kita beli chandelier ye..hahaha..verangannn...

Masuk Pacific terus pg bahagian barangan rumah..jumpa jugak lampu yang dicari..quite ok..design pun menarik..harga ok kot..tak tau benda ni kena mahal mcm mana..bwh dr rm100 kira murah la kot..huhu...diberi nama LAMPU RAYA sbb baru dibeli Jumaat yang lepas dan masih dalam mood raya..hehe..

Dapat je lampu ni tidurku semakin bermakna..sudah la kauthar..takde lampu ni, tidur sama je enaknya..haha..mood ciwi kan lampu baru..hehe..

silalah tengok di bawah..LAMPU RAYA kami..jeng jeng jeng...

Ini lampu kawin yang masih disimpan..sebagai penghargaan kawan
yang memberi di majlis kami dulu..IKEA mari...dah pecah dan berbahaya jika di guna lagi..


Ini dia LAMPU RAYA saya..cantik tak??seronok je nak tidur..haha..

Saturday, August 27, 2011

Mesra

Rasanya hampir 5 tahun tak berkumpul semua adik-beradik..nak tunggu semua balik, kena ada big event mcm ni..sbb nak raya dan kebetulan oran KOrea dan org UK tgh cuti Summer so dapat la depa balik memeriahkan Bertam Ketam..Kak ngah tiba di rumah lewat jam 2 pagi dan kakak yang jauh di KB tiba jam 10.30am..gembira hati ini dapat berjumpa semua..menu2 yang sudah lama diidamkan, dpt jugak merasa tadi..tak perlu menu yang best tapi hasil air tangan ibu yang didambakan selama ini..bak kata kakak tadi.."selalu berbuka makan nasi tak pernah tambah, tapi arini bertambah banyak pulak tu"..umi menyahut sambil ketawa "orang kata makanan yang sedap ialah makanan FREE"..mmg..setuju dengan ayat umi..mmg la sedap sbb tak kena keluar duit..sedap ke tak, makan je sbb FREE..haha..joke mcm ni yang mengeratkan kami semua..dalam hidup kena ada lawak, baru la tak stress..

zariff aktif beraksi, haziq jeles..

Dua sepupu ni berkongsi tahun kelahiran

Haziq sekarang dah byk berubah dari dulu..dah pandai bersembang dan senyum..hensem bila dia senyum..ceeyyy..puji anak sendiri..haha..sapa lagi nak puji kan kalau tak mama dia..serba sedikit haziq dapat menceriakan hati abu, umi dan adik2..kami menunggu ketibaan org dari KB..nak tgk telatah si abang long yang panjang akal dan adik yang murah dengan senyuman..tiba di Bertam, seperti biasa Zaffran akan cari spot tempat mainan dan motor merahnya disimpan..dah tau dah kat mana Tok Umi letak mainannya..rumah Abu dah bertukar jadi nurseri dengan sekelip mata..nak dimarah cucu menyepah tak guna sbb dia takkan faham..biarkan aje mcm tu..hehee...
Berkawan baik..comel

Zariff yang dah mula nak belajar taktih, asyik nak memanjat ja..jd vacuum cleaner tu mmg dah lama terserlah bakatnya..laju ja dia menjulur..letak sat ja..terus hilang..yang Haziq ni tgk je org buat itu ini sbb diri kecil ini hanya mampu meniarap..takpe tunggu 1-2 bulan boleh la mcm2..dia asyik kena landa dengan Zariff..tgn zariff dah robek msk hidung, telinga..tangan haziq pun zariff nak gigit...budak baru nak tumbuh gigi..semua benda nak digigitnya..apa lagi meraung la Haziq kena buli..hehe..comel sungguh telatah anak kecil ini..besar nnti mesti kawan baik..geng datang sekapal..sama jantina lgi mesti hobi lelaki tu akan sama..hehehe..kita tungguuu..

Lagi 2 hari ja nak sambut Syawal..terasa sekejap ja melalui Ramadhan Kareem..sibuk dengan itu ini, cepat masa berlalu..moga dapat bertemu dengan Ramdhan tahun hadapan..moga ibadah di bulan mulia ini akan istiqamah di bulan-bulan yang akan datng insyaallah..nnt kita lihat telatah anak-anak kecil di hari raya pulak..mesti lagi byk ragamnya..comel bergaya dengan baju baru..tak sabarr

Friday, August 26, 2011

Maroon uols raya ni...


Raya datang lagi..emm..tak nak komen kenapa tak post khabar sebelum ni..jawapannya takdak masa..alasan tak cari masa..ok FULLSTOP yang tu..nak cita pasal raya lak..

Tahun ni hepi sbb dapat beraya bertiga...wahhh teruja 100x..bukan takat kami ja..kakak pun mesti tak sabar nak beraya bersama anak barunya..tapi dikala perasaan gembira teringat pada arwah Irham Yusri yang pergi dijemput Allah pada 12 Ramadan yang lalu..tak sempat nak beraya bersama kami..dia dah pergi buat selamanya..rindu pada Irham...

sambung balik bab raya..tahun ni dah berpakat nak pakai tema maroon..yahuu...baju haziq pun dah siap dibeli awal sebelum puasa lagi..malas nak bersesak2 di shopping mall di kala puasa..serabut otak kott..so beli pun berperingkat..kena pandai bajet..dah la baju baby mahal..kalah baju org besar..ish tak pueh hati..so tunggu ye gmbr kami beraya bertiga tahun ni..


kami mmg tak balik beraya sbb mmg beraya di kedah sahaja...dan tak perlu la nak packing bagai..hehe..kena kemas rumah je la..emmm ada ke org nak dtg raya??tak yah la datang..ade ke ckp mcm tu..tak senonoh kan..haha...kan tetamu dtg, dosa kita akan dikurangkan bila tetamu pulang..kemas je rumah..if ada org dtg, layan je la..

duit raya dah order pada jiran yang keja bank so tunggu je duit tukar dari dia..if dia tak tukar duit, takde la duit utk sepupu n adik2 ye..dapat kat anak je la..hehe..sampul duit pun dah beli awal2 lg..disney lagi tau..sampai kena beli sbb takut tak dapat n malas nak minta..i kan pemalu..so tunggu nak masukkan duit je..oh tak sabar nak raya...makan ketupat pulut n rendang ayam mak tok..rinduuu..sedap kottt

Wednesday, June 22, 2011

Jom rajinkan diri di dapur...

Dah lama tak buat makanan seperti pastri dan kek..dok sembang2 kat opis mcm best ja nak buat..sejak mengandung dan pindah rumah sendiri mmg tak sempat nak buat..ye la..bila pindah tu dah sarat 8 bulan..nak masak n berdiri lama2 mmg tak larat..so kena la postpone suma agenda nak baking2 ni..kat bertam selalu buat dengan ummi..kat sini kdg2 join jugak mak mertua buat tp jarang gak sbb kerja..kdg wikend takde kat rumah, tak leh gak nak buat..lgpun dapur mak, so mcm berat skit nak buat padahal mak tak kisah pun..hehe..malas la tu..alasan..

Oreo Cheesecake by Cake2Go

nampak sedap kannn??jom buat sendiri...

Tgk fb kawan buat Oreo Cheesecake..so bersemangat waja nak buat this wikend.plan mmg tak pergi mana2..nak beli brg esok dan jumaat leh buat..minta2 la si kecil Haziq mau duduk tak buat perangai..kalau buat perangai kena la Abahnya jaga..Mama nak sibukkan diri kat dapur..konon rajin la kan..haa...tgh rajin ni kena terus buat..kalau mai mood malas, tak leh kata apa dah..


Dok cari2 resipi sekali teringat aku mana ada penimbang..mana ada mould cake tu..adehh nak kena beli lg..haha..plan beriya bagai sekali kelengkapan tak cukup..nak beli or pinjam mak punya ja..nnti kena la potong skit kasi kat mak, tanda terima kasih kasi pinjam barang..beruntung umah mak dekat...hehe..

Dari sebelum bersalin mmg teringin nak makan Cream Caramel, siap dah pesan kat mak nak pinjam pelengat..pengukus dah dpt hadiah dr mak so semangat nak buat, sekali bersalin hari yg plan nak buat Cream Caramel..haha..postpone la smp ke hari ni..nak beli kat kedai tak syiok sbb tastenya lain dan aku buat lg puas hati..perasan sedap habis..haha..minggu ni kalau rajin buat 2-2 sekali..nak makan banyak tp masa ada ke nak buat???takpe kena make time nak buat all the recipe..ada lebih bawak pergi opis jamu kawan2..mesti diorg suka..

Dessert yang agak mudah dibuat...tak yah ghenyah2 nak bakar bagaiii..


Since dah ada rumah sendiri ni mcm syiok nak masak macam2..Mr Z mmg suka makan sambal tempe, tetiba terajin aritu buat Sambal tempe, kentang dan ikan bilis..pergh mmg mengancam..smp aku pun dah ter'suka' dgn menu tu..pastu tanya Mr Z ok tak buat lauk ni??dia jawab, "masak ari2 pun takpa, abg ok ja"...tudia fevret food la katakan..nnt aku buat stok bnyk, dok ulang makan tu ja..tak jemu ka??hehe..so td pagi ada pasar tani tepi KUIN, aku dah beli tempe dan kentang..menu sambal tempe kentang dan ikan bilis akan berulang lg arini..haha..

Tuesday, May 24, 2011

My little LUTHFIL HAZIQ..the pride & joy of my life..

Akhirnya selepas berjaya menghabiskan pantang selama 45 hari,baru berpeluang mencuri-curi masa nak menulis tentang perjalanan anak kesayangan permata hati aku, LUTHFIL HAZIQ lahir ke dunia...saat yang tak boleh dilupakan dan dapatlah rasa betapa sakitnya nak bersalin..

LUTHFIL HAZIQ..yang bermakna 'Yang lemah lembut lagi bijak pandai'..berharap nama yang diberi memberi perwatakan yang baik pada anak kecil ini nanti..dilahirkan pada hari Selasa, 12hb April 2011 bersamaan 8 Jamadilawal 1432, jam 12.02pm di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah dengan berat 3.12kg dan tingginya 51cm.

Sepatutnya puteraku dijangka lahir pada 8hb April 2011..mmg semua org suruh dia lahir pada 14hb April sbb sama tarikh dgnku tp mana le kita leh paksa dia nak keluar bila kan..huhu..

Detik kelahirannya bermula apabila dah terlewat 4 hari iaitu pada malam 12hb April 2011..sedang enakku tidur dan seperti biasanya mesti akan bgn malam sbb nak terkucil..biasa la bila perut makin turun luthfil ni menekan2 pundi kencingku..so kerap la membuangnya..(time ni takde lg nama Luthfil)..hehe...time tu aku tgk jam kul 2.15am..bila dah nak smbg tidur tetiba terasa mcm pelik..terasa masih ada air yg mengalir tp skit je la..dok pikiaq.."eh air apa pulak ni..rasanya mcm dah buang habis.."tengah confuse apa sebenarnya air tu..time yg sama teringat citer Kak Ida yg dia pun mengalami kes yg sama masa nak bersalin Adam dan dia pesan jgn cepat panik..so aku kejutkan Hubby yg kebetulan nak bgn solat Isya..penat sgt smp tidur dl baru nak bgn solat..then hubby tanya dah rasa sakit ke??dia mmg dok menunggu saat2 nak lahir ni kan..tp aku diam je sbb tak sure nak pg hospital ke tak..hubby suh pegi hptal nnt leh la nurse confirmkan betul ke tak nak bersalin..emmm..

Tiba2 terasa sakit perut..aku dah rasa suspen..adakah ini contraction..bukan construction bak kata Dalila..haha..sakitnya tak la kuat..tgh confuse lg sakit nak bersalin ke or sakit perut nak membuang lagi..emm..terus masuk toilet semula dan betul itu panggilan nak membuang..then lepas satu bab..confuse lg samada nak pg hospital skrang or tunggu pagi esok..tp dok bayang lak buat jd mcm kakak, kan naya..haha..ampun kak!! takut la pulak..so nak tenangkan diri terus msg ummi sbb kul 2am mesti umi tgh tidur lena..msg je la kalau tak bls nnt pikir jalan lain..kebetulan mak tok pun ada kat rumah..tak mau la kejut sbb mak tok pun letih dok jaga wan kat hospital..tak lama lepas tu dgr msg masuk..ohh msg dr ummi ni..terus baca then ummi kata "pergi makan sikit dan mandi..siap2 ke hospital dan minta ampun pada zaharan"..sentap skit ayat last tu..ok terus la aku kuar pg buat air milo dan makan biskut hupseng beberapa keping..itulah sumber tenaga yang digunakan utk melahirkan Luthfil nt..tp bila tgh mandi tu terasa loya dan aku muntah semuanya balik..eh ehh..macam awal2 pregnant lak dl muntah2 ni..haha..time tu dah tak lalu nak makan lg..harap2 tenaga ada nak bersalin nnt..hubby dah kol mak ayah bgtau yg aku dah ada tanda2 nak bersalin..so mak pun siap2 dan akan dtg ke rumah kami nnt nak ikut pg hospital sama..nasib mak mertua dekatkann..syukuurrr..time macam ni perlukan sokongan dari org berpengalaman..

Dah siap apa yang patut, aku keluar dr bilik dan pergi pada hubby yg tengah tgk Discovery..terus aku salam dan minta ampun dari dia..banyak oo buat salah kat dia..minta dia Halalkan makan minum aku selama ni dan doakan aku nnti..if anything happen mana la tau aku tak selamat ke nak dia jaga anak aku elok2..ajar mengaji pandai2 dan yang penting anak aku leh doa utk aku nnt dlm kubur..(haa..time ni feeling habis..banjir la sekejap sbb part sedih kann)..

Lebih kurang kul 4am mak, ayah dan adik Biya smp dan aku gerak mak tok bgtau kata nak ke hptal sbb dah rasa sakit..mak tok pun heran awat la dok jalan pi mai pi mai..ada apa2 ka tp tak le bangun..kan rumah papan, so bila jalan dengar la derapan kaki tu..hehe..aku jalan ala2 catwalk tp hubby jalan mmg dgr la derapan kaki tu..hehehe

Smp je hospital terus naik wad bersalin tingkat dua dan nurse check kata dah buka 3cm..punya la lama dok dlm wad tu..aku dah ngantuk2..kalau ada hp leh msg2 dgn hubby ke ummi ke kan..emm..sian suma yang tunggu kat luar..contraction ada rasa tp skit je..so diorg hold dulu..bila dok tunggu2 atas katil tu mcm lama je aku pg duduk kat sofa tu..bersembang la dgn patient lain yg sama kes dgn aku..time ni contraction makin kuat dan tp tak kerap..bila dia dtg mengeras perut tu hanya Tuhan saja yang tau..sakit gila..tak tahan..

Jam bergerak labat je rasanya..tgk dah kul 7am..nurse bgtau nak antar aku ke wad 2C..so standby nak ke sana..inagt boleh la balik kan sbb rumah dekat je..nurse kata kalau 4cm baru depa tolak masuk Labour Room..bila dah masuk ke wad 2C, hubby mai antar sandwich..so aku makan la 2 keping sandwich memandangkan td dah muntah..takut la kalau bersalin lewat ka takdak tenaga..kawan aku tak dak tenaga masa bersalin dan kena ceaser..tak mau aarr..terus makan walaupun terasa pahit je mulut time tu..contraction makin kerap datang dan mmg tak leh nak baring..aku duduk atas kerusi tepi katil tu dan dok pegang je perut..dok usap2 perut suh Luthfil keluar cepat2..aku dah tak tahan sakit..

9am mcm tu Doktor Pakar round dan check kata aku ni mmg lmbt lg sbb 1st baby..kalau esok tak buka juga mmg nak induce..ehh scary tau..cepat2 minta doa supaya cepat bersalin..aku msg2 dgn kakak dan kakak tanya dah makan lum ubat yg dia bg tu..haa..ubat tu dlm handbag..belum makan dan takut nak makan sbb takut lg sakit ka kan..haha..bila kakak kata makan la cepat.terus aku meraba2 dlm handbag..mana ntah pi ubat ni..aku rasa dah letak dlm poket tp cari2 takde..adess..p mana pulak dah..geramm..(ubat ni sejenis pil yang bidan kelantan buat..kawan2 kakak dah makan dan kata mmg akan cepat bersalin)..tgh2 contraction mmg la tak leh nak fokus..last2 jumpa gak..aku telan 2 biji..rasanya mujarab ubat ni dan doa2 dr kawan2 dan saudara, sakit makin kuat..

10am, nurse dtg nak bg ubat antibiotik dan aku kata aku dah tak leh tahan sakit..mmg sakit yang amat sgt..nurse suh aku jalan ke bilik rawatan depan bilik aku tu..adoi..nak suh jalan mmg terasa seksa..kalau ada org leh ja aku minta dipapah..so gagahkan diri ke sana..ingat lg nurse tu nama Zaiton..baik orgnya..kebetulan ada doktor pakar kat situ dia check kan dan dia kata dah buka 5cm..so fast nurse tu kata..sbb selalunya 1st baby lambat nak buka..sejam 1cm..depa terus call Labour Room..penuh..oohh terasa frust gila sbb aku dah sakit mcm apa ja..tak leh nak gmbrkan..aku pegang besi katil kuat2 dan bila nurse lain yg mai tgk aku, aku pegang tgn nurse tu kuat2 nak hilangkan rasa sakit..muka dah berpeluh..terasa seram sejuk mcm nak demam..nurse tu mcm nak marah aku..dia kata.."dik, kalau sakit jgn pegang tgn org sbb adik pegang tu sakit"..haha..mb dia sakit kot..mana la aku tau..kalau ada hubby leh gak pegang tgn dia..dah tak bg pegang tgn dia, aku dok picit2 kat dahi..dia mai pulak then kata, "adik picit dahi ka??jgn dok picit bhgn badan..nnt lebam sana sini..adik tak nmpk tu"..kena lagii..tak lama lepas tu, dtg pulak time nak meneran..sakitnya berkali ganda..mmg automatik tak leh nak tahan..aku ditinggalkan sorg2..aku dah tak kira kalau terbersalin kat sini, nasib la..sakit sgt dah..dlm hati dok berzikir dan baca ayat mcm2..aku try baca surah yassin..smp ayat ke-5 aku jd lupa..ulang lagi..tak boleh jugak..heran..padahal aku hapai Surah tu lama dah..huhuu..

Aku dok tgk jam kat dinding dok berjalan tp masih takde sapa bw aku p LR..nurse tu mai lg dan call LR kata penuh lg..haihh ramainya nak bersalin time ni..aku dok meneran lg..dan nurse tu nmpk aku dok meneran, cepat2 dia ajar aku cara yg betul..tarik nafas dalam2 dan lepas kot mulut..jgn lepas kot meneran..nnt kepala anak panjang..emm aku pun buat mcm tu..sakit makin kuatttt...nurse tanya husband nak masuk tak dlm LR??aku tak tau nak jwb sbb dia takde kat sini..nak kol pun hp dlm bilik.so takde jawapan..dlm hati mmg nak dia temankan tp time sakit tu aku dah tak leh nak pikir..sorang2 pun takpe la..janji anak kuar cepat..

Masa ni mmg kronik dah dan nurse tu check lg dan dia terkejut sbb dah nampak rambut Luthfil...haaa...aku pun terkejut dan plus gembira akhirnya smp masa nak bersalin..tgk jam kul 11.15am..terus diaorg gelabah dan menjerit2 kata os full..os full (betul ke eja??)hentam je..aku tak amik bidang medic..sebutannya dgr mcm tu..hehe..pastu terus diaorg kelam-kabut transfer aku ke katil lain dan terus tolak ke LR laju2..mmg speeding abis sbb dah kronik sgt ni..nnt anak lemas kan..pastu suma dok kata "cepatnya adik ni..pg td bru 3cm"..haha..adakah mujarab ubat kakak bg??huhu..nnt kakak leh buat bisnes juai ubat kuat ni..haha

Sedih tak dapat nak inform pada family..tgh2 dok tolak ke LR tu aku nmpk husband dok tunggu kat luar tp nak bgtau mcm mana kan..tgk dan sedih sorg2..aku tgk jam dlm LR tu kul 11.30am..masa tu Midwife cina yg handle kes aku..1st time masuk hospital ni..nasib dpt perempuan..kalau laki, seram gak la..midwife ni baik dan aku rasa selamat dgn dia..huhu..dia dok ajar aku camna nak meneran..bila sakit hilang baru tolak dan meneran..dan aku buat mcm yang org berpengalaman ajar aku..so ilmu2 tu aku ingat balik..dlm masa yang sama, dlm hati dok baca doa Nabi Yunus dan selawat yg kak ayu ajar dl..sgt bergunaaa...

Aku push cepat2 supaya cepat keluar dan cepat sakit tu hilang..mmg terasa bila dia hiris kulit aku nak bukakan jalan..ohh seriau..tp biar je la..bukan leh elak pun..pastu dia dok kata "sikit je lagi, sikit je lagi".."adik pandai, dah nak keluar tu"rambut dah nmpk byk..aku kena teran gak dan buat2 ada tenaga yg banyak..sbb kalau tak keluar gak nnt depa antar p Bilik Bedah..lg tak mau..emm..dia kata kul 12pm mb dah selesai..n dia kata tunggu smp dia kata "sudah, tak perlu teran, time tu kena berenti"..haa..saat yg ditunggu2..tak sabar gila..aku teran sekuat hati dan akhirnya tepat jam 12.02pm aku selamat melahirkan Luthfil Haziq..terdengar tangisannya buat hatiku lega dan air mata mengalir..mulut terkunci tak terkata..segala penat lelah dan sakit terus hilang..tak sabar nak tgk anak..midwife tu mai tunjuk jantina anak dan muka dia..so peaceful..sgt mendamaikan, sejuk mata memandang..emm baru aku terpikir, anak aku takde baju sebab td kan rushing2 nak ke LR..habisnya berselimut je anak aku..sian dia..nangis melalak sbb sejuk kot..

Saat yang nak terasa sakit balik dan agak ngeri bila midwife tu nak jahit luka..ohh scary lagi sekali..aduhaiii...dia biuskan tp bila dia jahit terasa la jugak dok tarik2 benang etc..aduh..minta cepat2 abis..pastu dah settle terasa syukur sgt..dah tamat semuanya..tp tak lg sbb ada doctor mai cek tempat luka tu..dia siap tekan2 dan korek2 apa ntah..sakittttttt...dah la luka kan..pedih ooo..tak leh ingattt..nasib jahitan ku sedikit saja sebab tak terkoyak besar..bila midwife tu turis so senang dia nak jahit..if terkoyak tu yang masalah..

Tgh2 penat tu ada nurse pratical bg air milo panas diminum menggunakan straw..oohh sgt sedap..aku minum segelas dan minta lg sbb terlalu lapar dan dahaga..aku tgk jam lg..bila boleh keluar ni..nak jumpa famili tersayang..kul 3pm tak kuar2 lg..kata nurse takde katil kosong nak bwk ke wad..haii..tunggu la lagi jawabnya..

Dan buat pertama kalinya nurse bawa anak aku dan letak di tepi belah kiri suh aku menyusu..ohh mengalir air mata terharu lg..anak kecil yg tak pernah diajar mcm mana nak menyusu terus menghisap dgn bersungguh-sungguh sedangkan aku rasa susu takde lg time tu..mungkin dia jugak lapar dan bila hisap tu rasa selesa..

3.30pm aku ditolak keluar dr LR sambil memeluk anak tercinta..bila keluar dr LR, aku nmpk hubby dan ummi sedang menunggu..terasa nak menangis..terasa mcm nak ceritakan detik2 kelahiran anak kecil ini..ummi macam biasa amik gmbr gn hp..mb nak mms pada kenalan dan adik beradik..

Masa melawat jam 4.30pm, ayah mak adik2 ipar, abu, zaid,teh, mak lang, kak chik izzah dan mak tok datang melihat ahli keluarga baru..masa ni semua dok mencari wajahnya mirip siapa??semua kata muka mcm abah..tinggi mcm Wan Muhammad..aku tak kisah muka mcm siapa pun..yang paling penting semuanya sihat dan selamat..Ummi belikan lauk utk makan malam..tak larat nak suap sendiri sebab tenaga semua dah gunakan untuk bersalin dan ummi tolong suapkan..mmg nak angkat kedua2 tangan dah tak mampu sbb terasa lenguh..mungkin terlalu lama memegang pergelangan kaki dengan kuat buat semua tenaga hilang..air milo yang disisip terasa sangat melegakan..bermulalah rutin harianku berpantang selama 45 hari..ohh sungguh lama..

Malam tu aku tidur bersama Luthfil..dia tak banyak ragam..nangis minta disusu dan diam selepas tu..aku tidur mendakap anak kecilku.terasa sungguh bahagia..tp agak rumit utk ke toilet, nak turun katil ambil brg, nak tukar lampin anak, nak minum air sebab tak dibenarkan waris menunggu di wad..sgt tak best..susah sebenarnya takde org tunggu..awat la hospital buat rule mcm ni kan?dgn tenaga yang kurang dan sakit di tempat jahit membuatkan pergerakan agak menyukarkan..kena gagahkan diri nak buat semua tu..tak sabar nak balik ke rumah yang jauh lebih selesa dan ada orang yang membantu..

Aku bersyukur diberi nikmat untuk mencium, mendakap, melihat anak kandungku yang lahir dari rahimku sendiri.. Maha Suci Allah..Engkau anugerahkan aku insan yang sangat bererti buat diriku dan suami..Terima Kasih ya ALLAH..Saaayyaaangg Luthfil selalu..

wajah yang menenangkan, mama sayang luthfil haziq







Saturday, April 9, 2011

ohh sudah overdue...

Hari ni dah masuk 9hb april..bermakna dah terlebih satu hari dr tarikh dijangka bersalin..ohh anakku masih selesa di dalam perutku ini..dah bulat mcm apa ja..takut tgk besar sgt..pagi ni siap kuar breakfast di kopitiam..saja nak bawa abu dan mak tok mai makan di sini..abu teruja sbb macam2 ada..ummi kata nnt kakak blk kita bw mai makan sini..yang penting air fresh oren dia sngt slurrppp...best sungguh..

balik terus ke pasar tani giant beli nasi ulam untuk ummi..fevret ummi tu..mai mesti nak beli..ngidam ke??hehe..blk umah dan terus tlg2 umi di dapur..masak dngn segera sbb kul 12.30 nak melawat wan di hospital...kena tinggal di rumah sbb en suami tak bg p hptal...tak dapat tgk wan..kang ingkar jd apa2 sapa nak tanggung kann??so dok umah ngadap laptop la dl..

kenyang makan butter prawn..oh sungguh enak..bila makan ramai2 mmg syiok..en suami mmg suka butter prawn..kalau masak ari2 lg dia suka..tak leh makan seafood bnyk2 nnt kena gout..hehe..dok terasa sakit jugak ni tp mcm main2 lg..anak pun dok tendang sakit dah..mb dok mengeliat kot..sakit oo bila tendang..walaupun slow tp terasa la jugak tulang kaki dia..syok ka dok dalam ni smp tak mau keluar??

td en suami siap panjat pokok nyok pandan nak bg minum air nyok tu..org petua kata elok utk ibu mengandung..nak bersalin pun cepat..bukan arini ja dok minum air nyok ni..sebelum ni minum gak tp smp arini tak bersalin..hehee..ntah2 anak nak tunggu sama tarkh lahir ngan mak dia kot..kann kann...nak kongsi hadiah bsday lepas ni..yang pastinya anak aku mmg akan lahir bermula 9hb-15hb april..pasni mmg kena celebrate sekali la jawabnya..aku bg dia hadiah dan dia bg hadiah aku blk..boleh gitu??hehehe

doa2kan lah semoga proses nak bersalin nanti cepat dan mudah..moga aku dan anakku selamat hendaknya...


Baby, fetus at 40 weeks - BabyCenter
besarkan baby saya???thinking of him inside...

Thursday, March 24, 2011

oohh..sudah tidak lama...

Comel kan baby ni??bayangkan anakku mcm ni..dok hisap jari ja..

Dah lama tak update cita terkini kan..emm kandungan dah masuk 38 minggu..oh sudah tidak lama untuk melihat anak kurniaan Allah ni..apa rasa??emmm..mcm2 rasa..kdg2 mimpi bersalin..kdg2 sakit di tgh malam..kdg2 rasa mcm nak suh kuar cepat2..kdg2 rasa tak mau bersalin bila dgr bersalin tu sakit..haha..ada ka suma ni??

tgk gmbr tu..kepala baby dah turun ke bawah..bila masuk je 37 minggu, mmg kena bersedia..bila2 dia bolah deliver..so every minute tu sangat nerves..kena sentiasa bersedia mental dan fizikal nak hadapi semuanya..kelengkapan mak dan anak untuk di bawa ke hospital, awal2 lg dah masukkan dlm boot kereta..mana la tau kan p keja tetiba sakit nak bersalin..masuk 7 bulan je dah get ready everything..smp cik abg tanya beg ni nak buat apa buh dlm keta??bla kata ready utk ke hospital then kena gelak..ohh maybe kaum lelaki kurang paham kot yang kaum perempuan ni mmg pikir jauh ke dpan..haha..

dah siap match baju ni nak pakai dgn topi n sarung kaki dan tangan yang mana..mesti la nak kena match kan..haha..mcm pakai tdg la..nak kena match ngan baju..so mcm tu la anak aku nnt..harus di match2 atas smp bawah..haha..

arini demam n pagi2 dah ke klinik amik mc..syg cuti oo..cuti byk lg..harus di simpan utk masa depan..mana la tau nnt anak sakit ke apa kan..harus lah kena cuti..

Thursday, March 17, 2011

Nak anak tapi tak mau bersalin..boleh ke??

Dah masuk sebulan aku dok umah sendiri..Alhamdulillah boleh manage diri dengan keadaan baru..nasib en suami tak lokek nak membantu meringankan tugasan di rumah..bab baju mmg serah kat dia..bestt..lipat baju ni aku suka longgok banyak2 baru lipat..dia yang tak leh tgk baju banyak2 dlm bakul mmg terus amik lipat..hehe..sukanyaa..aku just fokus kemas umah dan dapur..masak2 mmg kena buat la..en suami tak tunjuk bakat dia masak lagi setakat ni..so lepas ni mana tau terdesak kena gak dia buat..hehee..selalu gak pujuk dia suh masak..mana la tau kan kalah chef kat hotel..hehehe..tp masih tak berjaya..dia akan kata..tugas memasak, tugas org pompuan..aku putar balik kata2 tu..eh chef wan kan laki??boleh j masak..hehe..chef ismail..chef zam etc..sumanya laki..terus takde jawapan lgi..hehehe

minggu ni stay kat umah ja..abu umi nak p kelantan..so tak leh nak blk bertam..nnt sebulan dok bertam..oh sngt tak sabar..mak ayah mertua pulak pg kl nak attend kenduri anak sepupu ayah di Nilai..so plan kami hanya di rumah...en suami nak abiskan membuang semak samun di rumah..rajin dia kan??senang panggil je org mesin rumput..tp dia nak buat semua sendiri secara manual...oh sangat penyabar orngnyaa..kalau aku dah lama tinggal..hahaa

tadi dpt panggilan dr Kak Ayu..my lovely sister..sayang kak ayu..kak ayu call nak bgtau dia mimpi aku nak bersalin dah semalam..haha..dia selalu mimpi aku..rindu la tu..hehe..situasi itu kak ayu kata mmg real so aku skrang ni kena tunggu masa bila nak bersalin ja..ohh lagi 23 hari..tak leh caya..tp kena gak la percaya kann..dok tunggu2 lama dah..nak anak tapi tak mau rasa sakit bersalin??boleh ka??hahaa..jangan mimpi la kauthar oiii...

kak ayu pun jemput sekali ke kenduri kesyukuran di rumah mak nya esok di Tokai..kak ayu kata menu laksa dan nasi..ohh..laksa ni..harus kena pergi..kena pujuk en suami p jugak kenduri ni..harap dia mau p n takda apa2 plan nak p tempat lain..kak ayu kata mai ptg pun takpa..nnt dia simpankan laksa..hehee..sayang kak ayu pada adiknya..


Wednesday, March 2, 2011

perasaan...

Mood happy arini..bizi mcm biasa tapi bizi yang hepi..miting kul 8.30am smp 10.00am then lawat2 ke booth Karnival Pendidikan MARA kat dewan KUIN..sgt ramai manusia especially adik-adik lepasan spm dan stpm..yang buat penuh dewan tu sama adalah rombongan wira dan wirawati PLKN kulim dan UUM..mak aii penuh dewan..jalan selisih tu siap berlaga perut aku..sakit kott...so jalan kena pegang perut..protection utk anak..hehe

dah jalan pusing2 kutip gak brochure utk zaid..kot2 la berminat mana nak p lps ni..dah janji dgn umi nak lunch sama2 nnt..so jumpa ummi kul 12pm..umi kebetulan mai Alor Setar tgk dua pupu umi meninggal..so kami plan arini makan kat Bistro Pak Yusoff Nasi Dalca dekat Jitra..fuyoo..jauhnya makan..aku mmg teringin lama dah since last time masa raya cina mak tok buat kenduri guna perkhidmatan pak chaq chop so masih teringin lagi kali ni..opps..lupa nak introduce..empunya restaurant ni ialah sepupu abu..anak tok teh piah..kami panggil dia pak Chaq Chop..nasi dalca dia mmg mantoopp la..meletup uols..kalau makan tu mcm nak lgi la kan..tambah pulak kena ayah goreng berempah panas-panas...mmg tersangat enak..

smp opis kul 2 kelas smp 4.30pm..ngantuk dlm kelas..dah pekena nasi dalca plus pulak student ni buat presentation ..lagi terasa mengantuk..dlm kelas dok plan nak masak apa la for dinner..masalah gak nak masak sikit utk hanya 2 org makan..tak reti nak bajet..biasa la kan masih awal2..dl masak in bulk..so boleh agak..emm..semalam masak 1 cwn nasi pun en abg kata arini suh kurangkan..huhu..tak leh bayang nak masak setengah cawan nasi je..hehe

tetiba dpt msg dr en abg kata blk lewat today..6.30 baru mai..kata 6.30 mesti jd 7pm..takpe nasib ada miting pasal unjuran yuran student yang tak siap2 lg so tak la keseorangan kat ofis ni..so malam ni maknanya makan luar la kot..malas lak nak masak..ikan suma dlm freezer lgi..kalau smp umah dah lewat, bila masa nak makan kan..badan dah penat so better order dan makan di kedai..senang cite..haha..so boleh tidur awal malam ni..recharge balik tenaga yang tak cukup rehat ni..

Tuesday, March 1, 2011

Dinner di Old Village

Time to isikan blog yang sunyi selalu..haha..lately mcm biasa la kan bizi..bukan hanya bizi di opis..di rumah pun bizi jugak..ye la skang kan dah pindah rumah sendiri...feeling berdua dengan husband..haha..

sebelum ni kalau blk umah smp umah kul 6pm, dinner dah siap tersedia atas meja..skang ni blk umah kena letihkan diri di dapur lak..tp buat masa ni saya masak simple2 je..sbb masak nasi kang takde org nak makan..en abg skang sedang amalkan diet dan malam kalau boleh nak kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat dan sewaktu dengannya..so apa yg perlu aku buat ialah cari menu yang simple2..buat la california sandwich ke..mushroom soup and garlic bread ke..wahh..feeling mat saleh pulak..hehe..western food ni lagi mudah nak sediakan..kalau nak buat jenis2 noodle ni dia kurang suka..so abaikan suma tu..dia sangat suka roti dan pastri..

aku semangat beli buku 365 hari resipi..kunun2 nak masak la best2 kan..tp tak berkesempatan lagi..nak masak gempak2 pun kena la tunggu weekend kan..ari biasa masa simple sudah..pagi td kena perli..kena fire soalan ni.."bila nak masak pakai buku tu?"..(sambil jari tunjuk ke arah buku 365 hari tu)..haha..aku goreng je la nak jawab apa kann..haha..kan dah kena perli..

semalam mmg semangat nak masak tp ondaway nak balik umah, sekali dpt call dr adik ipar..si Aqmar yang ajak sambut birthday dia dan abg an nya malam semalam..so lega pada saya sbb tak yah masak..hehe..happy..then tanya nak makan kat mana??dia tak tau..suh abg dia pkir kan..haha..si abg tak kecoh..yang kecoh kakak iparnya yang dah lama ngidam nak makan kat Restaurant Old Village..haha..aku saja call adik ptg tu sbb time tu en abg pg joging so aku cucuk dia kita makan la dekat Old Village..ada western food yang sedap..haha..

sekali malam tu Aki (adik ipar) msg kata pg makan kat Rainforest..ok takpe..aku terima tp tak happy sgt..then 10 mins lepas tu mak call kata Rainforest tutup..hehe..mula la aku keluarkan idea.."mak, jom p Old Village..kat situ ada western food..kemal nak makan WF kata dia.."haha..jahat tak aku??pastu mak kata kat mana tmpt tu..so suh je mak tunggu kat Esso depan taman uda..kami gerak sama2 follow Gen2 hitam..tq Rainforest sbb tutup..jom p Old Village..

then dah smp sana, Aki cam teruja sbb tempat dia agak menarik..dgn kedudukan restaurant yg tepi Sg Kedah dan ala-ala kampung style kan..so aku happy lg sbb suma suka tmpt tu..mcam grand la kan..asyik makan tempat sama je..tukar la selera pulak kan..hehe..sapa nak tau sila cari Restaurant Old Village..dan aku baru tau rupanya dia ada buat homestay kat situ yang di jaga bawah MADA..haha..patut la en abg tau je pasal Old Village tu..hehe

so semalam dpt la makan Western Food yang diidamkan lama dah..teruk sungguh..aku makan Beef Steak..food dia not bad..ada la rasa dr setengah kedai yang tak best sgt western food dia..huhu..kemal pun cam happy sbb tercapai cita2 dia nak sambut bday kat luar..adik bongsu..biasa la manja skit..minta je apa mesti dpt..dan bila kata adik bongsu manja..en abg akan kata.."macam awak la..anak bongsu"..haha..alamak..kena kita pulak..mmg akui walaupun tak bongsu dr zahirnya tp bongsu perempuan kira bongsu gak..hahaa...

rupanya Tauke old village tu kawan ayah..haha..mmg betul la umi kata dl..ayah ni satu kedah suma kawan dia..p mana2 suma kenai..ayah minta kurang harga makan malam tu..dia potong rm5 je..hahaha..potong la m50 ke kan..baru kata kawan..hehe...ohh teringat lagi Beef steak dia..nak ajak en abg p lg mesti dia tak mau..hahaha

Thursday, February 24, 2011

Terasa hati

Lately sangatlah sibuk..stress dgn keje yang betimbun2..time free sangatlah free..mai keje menimbun, nak lelap pun teringat keje banyak tak siap lagi..

badan yang penat dan emosi yang tidak stabil buat kadangkala terasa hati dengan insan sekeliling..benda yang kecik dan nampak simple dr pandangan mata orang lain, terasa sangat berat untuk saya..

apa lagi nak buat kalau tak berendam dengan air mata..mmg saya ratu air mata..air mata ni la peneman saya dikala duka..sapa nak pujuk??air mata la yang memujuk supaya jangan bazirkan dirinya..saya sangat terasa hati..mudah saja nak memujuk..keluarkan kata2 yang baik2 sahaja..kan mudah..


saya mmg emosi..janganlah ia berlarutan...saya mesti kuat dan jangan stress..nnt anak kuar awal dr tarikhnya..masih banyak perkara perlu diselesaikan..hal rumah..hal anak..hal pejabat..emmmm....

Friday, February 18, 2011

Indahnya bila berdua

Memang saya akui mmg dah lama tak update dis belog..sampai ada org tu kecoh2 sebab dah lama membiar ia bersawang..tau la dia rajin hupdate lately..hehe..byk pulak masa kan walaupun sedang bermastehh...heheee...

Banyak cita nak di'hupdate' sebenarnya..tiap2 minggu start bulan lepas ada je keje..so tak dan la nak abiskan masa depan pc nak buka belog ni kan...nak hupdate kat opis mmg ampun 10 jari la kan..dl boleh la nak bersuka-suki nak buka..skang ni mmg tak sempat langsung..miting setiap ari..bz dgn mencari lokasi baru Kuliyyah Hospitaliti yang bakal digunakan Julai 2011 dan plan utk buka Diploma Seni Kulinari di KUIN..tempat berkenan dah jumpa tp top management lak tak setuju..so kena miting dan kuar ke lokasi utk mencari tempat itu..fuh..mcm kontraktor la pulak pegi site..plus pulak dgn kelas yang memerlukan masa yang lama utk membuat persediaan dan sebagainya..ada masa yang kena pergi klinik setiap 2 hari disebabkan berat naik terlebih 900g..adoi..nurse tak paham kot keje byk kat opis..malas okey nak p klinik kesihatan tu tp disebabkan kesihatan ibu dan anak dlm perut kna la pg jugakkan..telan air gula yang mcm nak mati..wekk..tak sedapp..nsb tak kena kencing manis..hope mama dan baby sihat sehingga sampai masanya nnti..aminnn

yang paling best nak cita kat sini ialah....kami berdua dah pindah ke rumah sendiri..yeaahhh...setelah 8 bulan hidup di rumah mertua, dpt la kami dok berdua..terasa nikmatnya lain..tak perlu nak pakai tdg di siang dan malam ari..boleh masak sedap2 utk makan berdua..boleh landing depan tv sesuka hati..layan dvd banyak2..haha..sbb umah takde astro so if tv takde cita best layan dvd je la..mr z punya dvd sangat la banyak..oohh tak sangka dia suka kumpul dvd dr dl..td blk umah mak dia dok punggah store..rupanya dok cr cd n dvd dlm kotak..tudia 2 kotak dvd..1 kotak komik dah selamat angkut masuk umah baru..haha..sapa nak pinjam kena sewa ok..

yang bestnya kami pindah ni sapa pun tak tau..bukan secara besar-besaran sbb barang suma dah ada cuma penghuninya je belum ada..so angkut baju dan kelengkapan yang perlu ja utk rasmi umah baru..kami masuk malam Maulud nabi..so tahun depan tau la bila masuk sbb senang nak ingat tarikh tu..dah tidoq 2 malam, then blk p tidoq pulak umah mertua sbb mr z nak tgk arsenal..astro ni lembap la buat keja..dah order kat sebulan masih belum mai pasang..

td sepagi dah buat banyak keja sebagai suri rumah di hujung minggu..buat brekfast..(cucur ayam itik mr z kata), sbb cucur manis ni bila masak rupanya mcm ayam itik..haha..lawak tp mmg betoi..nnt aku upload gmbr..hehe..then mr z blk joging, kami p pasar beli bahan mentah nak masak utk 2 hari..sebab apa 2 hari??sbb ahad hingga selasa ni mr z nak kena p pahang so saya kena lari blk ke rumah mertua..haha..nsb la dekatkan..seberang jalan je..then blk tghri masak lak..ammar mai lunch sini so masak special la untuk adik dan cik abg..menu agak meriah..dgn nasi tomato yg mak mertua antar lg..fuhh..rezeki byk sungguh..

ptg td pas asar teman mr z mencangkul rumput..ammar pelik, mana ada org cangkul rumput..selalunya sabit rumput..haha..sapa nak tgk mr z mencangkul rumput kena la mai taman uda..hehe..aku dok cakar daun2 kering kat pokok jambu air tu..smbil2 dok petik jambu yang sgt banyak buahnya..fuh..mkn ngan garam mmg layan lahh..dapat la seplastik besar..bagi kat jiran2..dok mencakar daun tu, mak n ayah mai..tlg kami bakar smpah dan buang daun2 pisang kat belakang umah..tq mak n ayah..macam tau2 ja kami dok buat keja ni..hehe..

syiooknya dok berdua..pasni bertiga pulak..tak sabar nak tunggu ada baby..pasni main ngan anak lak then tak smpt nak hupdate belog lagi..hehee

Sunday, January 2, 2011

Jom tonton ramai-ramai


sapa dah tgk movie ni??sapa yang minat dengan engineering disarankan utk layan cerita ni..hehee..abu yang jarang tgk cerita hindustan pun leh layan sampai habis..3 jam pun sanggup tunggu..astro fiesta tgk buat promosi channelnya so dia tayangkan cerita 3 idiots ni berulang-ulang kali..zaid n harith sampai boleh hafal dah skrip dia..mcm cerita anak mami dulu..setiap babak leh tahu apa pelakon dia nak cakap..haha..A for Apple, B for Ball..haha..tgk byk kali pun tak bosan..semalam kali kedua aku tgk cerita ni..1st time tgk dulu sebab kak Nad dan huffian suh tgk..katanya best..si huffian tu siap nangis mengalir air mata..ohh sangat fragile hokay..hehee..then aku download la..bila tgk awal2 tu kan pelakon dia kurang hensem so terus tak tgk..bila bgtau kak nad n huffian depa marah kata jangan kutuks over2..tgk sampai habis baru tahu..so kuatkan semangat dan tgk sampai habis..haa..dah tgh2 baru ada Amir Khan.baru la semangat kehenseman dah datang..haha..dah layan 3 jam baru dapat rasa ke'best'an cerita ni..

bila aku suggest kat org termasuk Mr Z (mostly yang tak minat hindustan), suma tanya best ka??tak layan la hindustan ni..yer la tipikal cerita hindustan mesti ada part cintan-cintun kan..so sapa yang mmg tak suka hindustan mmg akan kutuks dl..plus pulak tajuk 3 idiots mcm kurang menarik bg depa..so semalam bila dah layan beramai-ramai, baru tau banyak sentuh elemen engineering terutamanya..kebetulan dalam famili aku ramai yang pegang title Engineer, so masing2 suka la tonton.. dan abu yang sememangnya seorg pensyarah, leh la curi idea nak kenakan student2 dia..atau if ada student2 abu yang nakal mcm 3 org ni mesti abu leh handle..hahaha..ceritanya tak berat n banyak sentuh pasal campus life dan kehidupan pelakon-pelakonnya..babak cinta tu ada la sikit..menari tu ada 3% je kot..besa la kan kalo takde tukar2 baju smbl menari bukan cerita hindustan la..hehe

kebanyakan skrip2 dia mmg lawak..gelak je memanjang..kat bertam pun dah bergegar rumah, kalau kat panggung mcm mana yaaa??mesti riuh kan..hehe...sebelum tu abu dok marah zaid ngan harith dok gelak kuat-kuat..pastu bila abu tgk cerita ni sendiri baru tahu kenapa anak2 lakinya dok gelak sakan..haha..mmg best..so sapa yang tak tgk lg cerita ni, silalah berbuat demikian dengan segera..hehe..sebab banyak pengajarannya plus nak bagi rasa humor sikit dlm diri..haha..zaharan semalam terus kata nak kena cari DVD sebab best..haha..sampai macam tu sekali komen org yang tak suka tgk hindustan..harith pun siap buat research pasal cerita ni..katanya cerita ni dapat award apa ntah..haha..n ummi yang sememangnya pakar IT di bertam pun siap buat research pasal tempat lakonan dijalankan..kata ummi mmg tempat dia lawa..Lakha kot namanya..ada juga berlakon kat Bangalore..tp cari Nabilah takde pulak dlm cite ni..hehe..ok dah start nak berkemas balik ke Alor Star..kena pen off dulu..jumpa nanti..daaa~~