Monday, May 24, 2010

meriah di Kulim

Ahad lepas,Nabilah (kezen yang belajar di Bangalore,India) pulang bercuti..nak amik mood cuti 2 minggu..walaupun dia dok gaduh sat sgt tp dpt gak balikkan..ok la tu..aku dari awal dah excited nak umah mak lang.hehe..siap msg afah tnya kak lah smp kul brapa...afah tnya nak ikut p airport ka??aku kata tak kot..sbb mls nak kuar time2 mcm ni..lebih suka dok umah..nnt je la p jumpa dia di kulim..aku request makanan kat mak lang..hehhe..afah tanya nak makan apa?aku suh mak lang buat laksa..yeahh...my fevretos...mak lang kata ok..lama tak makan..ngidam la kan..

lepas antar Harith balik asrama, terus pg kulim..smp je umah mak lang, nmpk Iqbal dan Luqman dok main badminton..wahh penangan Piala Thomas lagi ni..masuk je umah tgk mak lang dok bertungkus lumus buat kuah laksa..wahh seperiuk besar u..kecur air liur..hahhaa..time tu Raihan call..mak lang bg phone n gayut lama gak ngan dia..suara yg ceria..lama betoi tak ckp ngan rehan..selalu ym ja..(selalu ka??hahaa)

aku dok tlg2 nabilah dok potong condiment laksa..yg si Luqman dok ajak aku men Twister..game yang boleh merapatkan hubungan adik-beradik..brapa kali dok paksa..jom la..jom la..takkan la aku nak tinggal kerja ni kan..aku kata tgu 10 minit..bila dah ckp 10 minit mai ajak lagi..jom la kak lang main..jom la kak lang..excited dia nak ajak aku main..terasa tua kot nak main mcm tu..hehhee..tp sempoi ja kan..afah kata kak lang mana boleh main sbb pakai baju krg..haha..main tu aksinya pelbagai..hahaa..silap2 leh jd org cacat dok main tu..hehehe..so aku kata kat dia..lpas maghrib kita main..suh dia p mandi apa suma dl..

so pas mghrib sementara dok hidang laksa,aku men sat..haaa sgt cool game ni..lenguh,cacat,sengal urat, kaki tangan bersilang-silang..itulah gambaran game twister ni..hahaha..game ni sesuai utk semua lapisan umur..cara nak main game ni..dia sediakn beberapa bulatan yang berwarna atas satu tikar..and ada sorang yang akan bg arahan pada kita..kita just follow arahan tu..contohnya..left hand blue(so tgn kiri kena letak kat bulatan blue)..then next arahan kata right foot green (so kaki kena letak kat green without change the position of left hand)so bila arahan lain kata left foot yellow..so kaki dan tgn akan jd mcm spiderman pun ada atas tu..tak boleh bergerak kaki dan tgn yg dah letak kat color2 tu..so sapa yg angkat dan ubah tempat dikira kalah..hahhaa..afah main smp skit pinggang..urat terbelit2 katanya..hahhaa...cool abis..so puas la hati luqman bila aku dah join main sama2..kalo tak,dok bising situ la..comel luqman..mmg ssh nak tolak permintaan budak comel ni..

time to makan laksa and ketam..yaa ketam...puas mkan ok..mak lang msk utk nabilah tp kami tumpang sekaki..hehehe..lepas sudah basuh2 pinggan n kemas2 kami mulakan operasi memilih sari..hehee...sari dr India..ori ok..sgt cantik dan menawan..tak tau nak pilih mana..aku la yg rasmi ni..suma cntik..nak semua boleh???haha..mau kena ketuk pala nak semua..pasni ada chance la nak suh nabilah beli lg..takde la mahal sgt..mmg teringin lama dah nak ada kain sari..nabilah kata nak beli byk2 nnt buat jual..huhuu..cool..ammar jual brooch..nabilah jual sari..raihan jual perfume..aku jual kek..hahha..cool ha..

aku pilihkan kain utk kakak n kak ngah sekali..hope depa suka sbb mmg rambang mata..takut tak kena taste..kakak punya abu yang pilih..so kalo tak cntik jgn merajuk lak..huhu...kak ngah punya nabilah yang plh sbb dia kata kak ngah nak kaler cerah..so plih kelabu skit..ok kot bg aku..so kami plan raya kedua semua pakai sari..hehehe..melaram gitu..kain kan 6m so boleh la nak buat 2 helai baju dan satu kain..lg melaram okey..baju raya tahun ni sgt byk..nak pakai raya ka??k dok umah je??

twister..the game that ties you up in knots...wahhh ayat tak tahan


ni Iqbal dah kalah..golek-golek tak puas hati..hehe

kaki tgn berbelit-belit..huhu..mcm spiderman

tgk si Iqbal ni..mcm auww pun ada..hehe

luqman dan iqbal..baru start game

jeng jeng jeng.....

sari aku

sari kak ngah

sari kakak

mera naam kauthar..huhu..ada gaya tak model sari???

Sunday, May 16, 2010

Terima Kasih, CIKGU!

bila tiba 16 MEI setiap tahun pasti semua tahu tarikh ini..tarikh inilah yang mengingatkan kita pada semua guru-guru yang telah mengajar kita apa itu alif ba ta..1,2,3..a,b,c dan sebagainya..segala perit jerih guru membentuk dan mengacuankan kita, maka lahirlah manusia-manusia hebat di dunia ini...

jika difikirkan balik bagaimana kenakalan dan kesilapan aku dulu membuatkan guru-guru memegang rotan, menjerkah, mencubit, mendenda itu dan ini, berdiri di atas kerusi, berlari keliling padang kerana tidak bawa baju sukan, dtg lambat ke kelas sehingga didenda menjunjung buku di luar kelas, didenda ke kelas2 lain kerana mendapat markah yang sedikit utk sesuatu subjek..betapa malu dan tebal muka ini bila didenda di hadapan kawan-kawan tetapi bila diingat kembali kesemua hukuman itu yang membuatkan aku berazam utk terus melonjakkan diri..dari satu anak tangga ke anak tangga yang tinggi setakat ini..ALHAMDULILLAH berkat semua tunjuk ajar guru, berjaya juga aku menggenggam segulung ijazah yang menjadi idaman setiap insan..


Selamat Hari Guru buat Abu dan Ummi (guru pertamaku di dunia ini)..juga kakak, kak ngah dan adik-adikku (kalian juga banyak mengajarku)..tak lupa juga ucapan Selamat Hari Guru pada Mak Lang Miskiyah (PK HEM yang digeruni pelajar tetapi cool dgn anak2 manakan)..Teh Khadijah (Pensyarah yang melahirkan bakal-bakal guru)..Pak Cik Bad (adik ayah yang menjadi ustaz bahasa arabku) serta sahabat-sahabat di luar sana yang telah menjadi guru..

Terima kasih kepada semua guru TADIKA AL-AZHAR, TAMAN CAHAYA...

Terima kasih pada guru-guru di SEK REN AL-AZHAR, PULAU NYIUR,JITRA KEDAH..Cikgu Herlina, Cikgu Zawiyah, Ustaz Borhan, Ustaz Bakar, Cikgu Sarilah dan lain..

Terima kadih buat ustaz yang mengajarku mengenal alif ba ta (dtg rumah naik motor), Mak cik Piah (jiran belakang rumah yang mengajarku pandai baca Kitab Suci Al-Quran..juga pada Tok Yam (guru Al-Quran yang garang tetapi sgt berkesan ilmunya, lebih kepada tajwid)

Terima kasih juga buat guru-guru di SEK KEB TAMAN UDA, ALOR STAR, KEDAH..Cikgu Syamsuriah, Cikgu Hasnah,Cikgu Noriah, Cikgu Zawiyah, Teacher Roslina, Cikgu Asma, Cikgu Zaiton, Cikgu Faridah dan lain-lain.

Terima kasih juga kepada semua warga pendidik di SEK MEN KEB SULTANAH BAHIYAH yang aku dpt beramah mesra selama 2 minggu..

Terima kasih tak terhingga kepada guru-guru di SEK MEN KEB AGAMA KEDAH..Ustazah Salmah, Ustazah Noliah, Ustazah Zainah, Cikgu Shobri, Cikgu Sufian, Cikgu Zainurdin, Cikgu Afidah, Teacher A.ruzita, Teacher Ridzuan, Miss Suzana, Cikgu Hendon, Cikgu Rozita, Cikgu Zakiroh, Cikgu Saadan, Ustaz Mahmud Zaim, Cikgu Azman, Cikgu Badariah dan cikgu-cikgu yang mengajarku di sana..5 tahun di SMKAK mmg banyak ilmu yang berguna untuk diriku..bukan sahaja duniawi malah yang betul-betul berharga itulah ilmu UKHRAWI..

Terima kasih pada semua warga pendidik di UiTM Pulau Pinang, En Amin, En Husin Khan, Miss Anida, Puan Rizalyani, Puan Balqis, En Joesri, En Johanudin, Puan Linda, En Kamarul Hasni, En Dahlan..ilmu yang diterapkan sgt berguna utk diri ini..

Terima kasih pada para pensyarah di UiTM Shah Alam En Abd Razak, Puan Raja Saidatul Hisan, Puan Azizah, Datin Azizan, En Zulhan, En Adzhar, En Ahmad Esa, En Ali, Dr Artinah, Puan Alina, Puan Roslina, Puan Shahariah, Dr Sallehudin..dgn segala perngorbanan dari kalian, aku berjaya menjadi manusia berguna sekarang...


Kepada guru-guruku yang telah dijemput oleh Allah swt, aku sedekahkan Al-fatihah buat kalian..Arwah Ustaz Fuad Helmi (meninggal akibat di patuk ular), Arwah Ustaz Hassan Don (meninggal kerana darah tinggi) dan Arwah Cikgu Shoib Man..sehingga sekarang aku masih teringat-ingat kalian mengajarku..

TERIMA KASIH SEMUA GURU-GURUKU..tanpa kalian siapalah aku..aku sangat menghargai segala ilmu, pengorbanan, tunjuk ajar serta doa yang telah kalian lakukan kepada diri ini dan anak-anak muridmu...terima kasih...


Sebagai penghargaan terimalah puisi dari Penyair Hebat Negara,Usman Awang yang
direka pada tahun 1979

Guru O Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



Wednesday, May 12, 2010

nanny mc phee...

aku akan pegang title Nanny McPhee selama 2 minggu ini bermula semalam...haaa...nanny pada siapa??? meh nak stori mori..


ini youssof lee dan ayesha lee

last monday semasa dlm kelas di OUM, Uncle Youssof Lee a.k.a jiran belakang rumah call minta bantuan nak tolong jagakan Ayesha dan adiknya Youssof (dont ask kenapa nama anak sama ngan ayah dia sbb no answer..heheehe)..uncle dah kerisauan sbb nak kena tinggalkan mereka berdua di Penang sebab Aunty Jalilah pergi umrah selama 2 minggu dan uncle yg bekerja di KL..so ayesha dan youssof masih dlm kesedihan sbb ummi mereka jauh di bumi anbiya..pastu abah lak kena p KL so lg sedih berganda2..ayesha dah 2 hari tak pg sekolah sbb demam terkejut..kesiannya tgk..muka mereka sgt tidak ceria..duluyoussof kalo pg j rumah dia mesti bergaduh dgn ayesha..skang ni dia sgt behave..mana ayesha pg dia ikut..nak je berdua dgn ayesha..mereka ni tak penah berpisah dgn ummi..ni dah ummi pg umrah mesti la sedihkan..teringat la masa aku dl semasa abu dan ummi pg haji..melalak mcm apa ja kat airport..aisshh..dr kecik aku ni sang ratu air mata rupanya..org lain relax ja..aku yg bersedih tak hengat..hahaha..kenapa lah terlalu sensitif kan..mmg aku tak nafi..aku cepat boleh rasa perasaan seseorg tu..kalo kisah sedih tu bukan pada hidup aku..tp bila tgk org lain sedih mesti aku sedih sama sbb aku bygkan kalo aku ditempat dia..haha..boleh plak dok tukar2 feeling ngan org..aitee...
ayesha jaga zaffran masa BBQ di bertam

mula-mula ayesha dan youssof akan tinggal di umah tok depa...tp bila dah demam n depa rasa umah tok tak selesa so uncle minta tlg aku teman depa tidoq mlm2 n antar p tuisyen..aku takde masalah sbb belakang umah je..nak ulang alik 10 kali pun ok lg..haha..lgpun depa dah besar..ayesha darjah 5..youssof drjh 3..bukan nak kena dukung ke apa kan..teman tidor ja..hehee..


semalam aku dah memegang title nanny itu..hahaha..aku ni mmg sinonim dgn title2 mcm ni..hahah..dr dl lgi..bibik la..org gaji la..tukang jaga nurseri la..hhaha..sbb aku sgt suka budak2..aku ta kisah pun..teringat dl masa aku ikut ummi pegi kursus kat KL...time tu aku kena jaga harith kat nurseri yg disediakan..drjh 4-5 mcm tu kot..aku tgk bdk2 yg ditinggalkan mak-mak sbb p kursus tu dok nangis,aku pun nangis sama ngan depa..hahaha..tp ada sorg baby ni..umur setahun lbh kot..dia tak mau kat penjaga nurseri tu..dia nak kat aku ja..dia ikut aku dia diam..bila kakak tu amik dia nangis..haa..ada kuasa ajaib tau kat aku ni..budak2 senang suka..wahhh..hebat..

masa luqman al-hakim kecik pun aku jaga dia kat kulim..masa tu tok som dan berenti..so mak lang minta tlg aku jagakan anak2 mak lang..aku ok ja..sbb dah biasa dgn bdk2 kan..bila mak lang p kursus ka p mana2 ka mesti minta tlg aku..sbb tu aku sgt rapat dgn anak-anak mak lang..dah rasa mcm adik2 sendiri..time garang aku garang time baik aku baik la..hehe..dok kejan kak cik n afah lipat baju..sidai baju..basuh pinggan mangkuk..pastu masing-masing dok bergaduh..lawan berkira sapa buat keja paling banyak..yg biasa dok relax tau la sapa..afah la juara..pastu kak cik dok mengomel kata sakit pinggang la..nak mati la..penat la..mcm2...hehehe..ohh kenangan semua tu..

dulu bila p kelantan aku akan volunteer utk jaga zaffran..bila abg zulfi p kursus mana2, aku teman kakak kat sana..boleh ja kakak nak antar zaffran p nurseri tp aku tak bg..sbb nak jaga dia..sunyi ja dok umah takdak buat apa..biar penat takpa janji puas hati..pasni kalo aku ada anak,sapa lak nak jaga anak aku???hahaha..

berbalik kisah ayesha n youssof...sejak jd nanny ni aku bgn punya la awai..haha..sbb depa p sek kul 7am so aku kena bgn siapkan air panas utk depa mandi..ayesha dah siap pesan suh jerang air..dia dah isi siap2 cuma nak panaskan je...so aku bgn awal la dr biasa 615am..hahha..sblm tu kul 4am dah bgn..tgk2 jam kul 4am smbg lena blk..mana la tau terlajakkan..bila ada komitmen ni mmg akan a bit worry..amanah besar..nsb tak terlajak lena..

tp nanny zaman skang moden..siap dpt kereta dr uncle..haha..duit minyak ditanggung semua..intermet suma lengkap..makanan penuh peti ais dan freezer..choc tak yah ckp..semua ada..uncle dah siapkan stock utk kami..takut kami kelaparan tgh mlm..aku tak kisah sgt bab makan ni..sbb makan pun tak byk mana..lps antar ke sekolah aku blk ke rumah...tgu ptg depa blk baru jd nanny blk..hehehe..

buat masa sekarang boleh la nak jaga anak2 org..pasni kalo dah bertukar status kena jaga org lain pulak..ni yg rasa nak buka nurseri sendiri..best tau jaga budak-budak..rasa hilang stress..huhu..

Friday, May 7, 2010

kauthar aka kak chaq..

inilah AYUNI aka kwn baikku (bertudung ungu)..
insan yg memberi nama gelaranku itu..
gmbr ini semasa majlis perkahwinan kak hana & abg azmil

tiba-tiba terdetik hati nak tulis pasal nama gelaran glamorku..kak chaq..huhu..mesti suma nak tau kenapa boleh dipanggil kak chaq..sdgkan kat umah nama familyku 'kak lang' atau pun kauthar yg bermaksud 'nikmat yg banyak' iaitu refer kepada air telaga di syurga yang tak pernah kering..Telaga Kauthar..emm..terima kasih utk abu ummi kerna memilih namaku yg sedap maknanya..semoga nikmat untuk diriku sentiasa bertmbah-tmbh..amin..

ok..berbalik kepada nama kak chaq tu...aku dpt gelaran itu semenjak 2007 dikala kaki menjejak ke UiTM Penang..nama tu lekat sehingga sekarang..wah dah 3 tahun rupanya..smp org konpius..anak sulong ka??haha..takde la..camna leh dpt nama tu??emm..citanya mcm ni..coursemateku aka kawan baikku 'Ayuni Mat Saad' yg bg nama tu..masa awai perkenalan kan dok hafal nama-nama kawan kelas..masa tu la dia panggil kak chaq..dia kata sbb nama kawan dia Kauthar jugak,org panggil kak chaq..ada satu masa tu,dia panggil kak chaq dan aku terpusing tgk dia..seperti aku mengiyakan panggilan itu..so lps2 tu la dia panggil kak chaq..dia kata sesuai la gelaran tu dgn aku..mula-mula mmg aku kurang suka sbb aku tak suh pun panggil kan..tp bila dah melekat satu kelas panggil nama tu..aku terima ja la..hihi..

kwn-kwn ikram pun sebut nama tu..macam satu uitm pp dah tau nama aku kak chaq..wahh glamor satu uitm..yer la..uitmpp comel ja..p mana2 dah kenal nama setiap org..huhu..smp student abu pun panggil aku kak chaq..padahal tak kenal pun..punya la glamor kan aku time tu..hahhaa..perasan..

bukan setakat student, smp lecturer pun panggil kak chaq kat aku..adoi..segan la jugak sbb bkn nama sebenar kita kan..ingat lagi masa kelas english..Sir Yeoh nak suh buat public speaking kat depan..dia tnjuk aku..then dia tanya nama..kawan2 suma kata 'kak chaq'..dia buat muka pelik..dia kata"apa?kacang??"..hahaha..apa lgi ghenggah satu kelas gelak..aku time tu segan la kan bila suma gelakkan nama tu..tp buat2 cool la kan..satgi kata tak sporting..tp diam je..

then bila masuk degree kat shah alam..masih menggunakan nama tu..sbb half of my classmate are form UiTM PP..so nama tu tak terkubur di penang..bawak smp ke shah alam..so skang kawan2 UiTM Shah Alam pun dah panggil 'kak chaq'..maybe smp bila2 la kot kena pegang nama tu..yg bestnya mak ayuni siap panggil aku kak chaq..ingat kawan2 ja..rupanya dah melekat pada mak dia..huhu..

bkn bdk culinary ja panggil, kwn2 SHOCAM pun panggil jugak kak chaq..tp ada yg slh dgr n maybe lidah kl and org selatan kan lain skit.ssh nak sebut mcm org utara..nak sebut kak chaq jd kak cha..emmm..iyakan je la suma..huhu..lawak bila ingat kisah2 nama ni..itu la serba sedikit cerita pasal nama tu..nak kata tak setuju,kawan-kawan dok panggill..iya kan je la..haha...

Tuesday, May 4, 2010

i'm back...

yeaah...saya muncul kembali..sedar tak sedar dah 2 bulan dunia my heart draws a dream menyepi..bukan terkubur yee...hehhe..atas permintaan ramai,sy gerakkan hati nak tulis skit..last update masa birthday kakak..haha..lama dah tu..ampun..busy yg teramat..terkejar sana-sini nak menyiapkan byk perkara..masa yg ada boleh nak isi dgn updating cite kat fb dan baca blog-blog org..nak tulis..oohh..tak dan...

ada la org tu kan dok suh update blog,tp dia pun tak update blog dia..keji..huhu..sejak dua tiga menjak ni tidur pun dah tak senyenyak dulu..dulu boleh la nak tidur siap mimpi2..skang ni nak tidur lama pun tak sempat..takut takde masa nak setelkan hal yg besar..haha..nsb la ada tukang kira hari kan..so boleh la nak budget apa nak buat setiap hari..thank schumil...hehhee..

nak kongsi satu kisah menyedihkan bg diriku..2-3 malam lepas sedang mengemas2 almari baju tetiba kezutann...zaaapp..menyiat hatiku..jantung terhenti..rasa mcm nak pitam..baju yg disimpan elok di dalam plastik kena gigit dgn lipasss....aaarghh..nak nangis..ada ka patut??dlm byk2 baju yg lama dia tak mau..baju yg tak pakai lagi dia nak gigit..geraamm..grrr...bila jd mcm tu terus panggil umi..tnjuk kat umi,umi pun terkejut..ishh..geram..dah la dok dlm laci,pastu dlm plastik lak tu..ada ka lipas ni nak asah gigi kat baju aku??adoi..msg kat kakak,kakak dah tidoq..then kul 12 kakak mai dgn muka mamai2 tanya awat..tnjuk kat kakak,kakak pun laaa..awat mcm ni??terus terbuka mata dia..rasa down sekejap..fuh dugaan ni..kena tabah..kena cr solution utk mslh ni..syg la kann..then aku dok kutuk2 la lipas tu..umi kata,"dok kata satgi lagi dia mai'...haa..tak kata dah..pagi td pun dok punggah satu almari nak tgk kot ada lg bnda2 lain dia gigit or makan..tak de apa yg rosak...tp dok seriau dia p makan bnda lain..bilik aku dah la mcm2 ada..jgn la dia buat hal lg..

minggu ni last class utk OUM..nnt cuti 3 minggu..yeahh..suka..boleh la nak setelkan apa yg patut..dan 11 mei kuar result dpli..kalo dimurahkan rezeki mana la tau dpt teruskan cita-cita nak jd cikgu..dulu cita-cita nak jd cikgu math tp tak kesampaian,nak tukar jd cikgu lain plak..hhehe...