Thursday, November 10, 2011

Majlis Wajib..12hb Nov 2011

Tengok tu bila dapat berdiri, mesti nak melompat

Lagi dua hari akan mengadakan Majlis Aqiqah anak kesayanganku itu..setelah lama mencari masa dan mengumpul duit, akhirnya sampai jugak hajat nak uruskan kedua-dua bahagian..buat kambing 1 ekor dan lembu 1 bahagian..senang buat sekali, lepas ni tak yah nak pikir bila nak buat..kebetulan 12hb ni bersamaan dgn umur Haziq 7 bulan..pejam celik pejam celik dah besar anak mama..macam2 perangai dan telatah yang ditunjukkannya..

Alhamdulillah segala plan dah disusun baik dengan mak..kami yang pompuan ni apa lagi, mesti la sibuk nak urus apa yg boleh dihidangkan sebagai menu tambahan..atau sng dipanggil..dessert..huhu..Mak teringin nak buat cream puff..aku akan take over bahagian cream puff..mak nak buat puding dan kuah durian utk roti jala..nasib masih ada durian dijual di tepi2 jalan..dpt la kita merasa roti jala cicah kuah durian..huhu..emm bahan2 cream puff mak dah beli ptg td..esok ramai la akan membantu sbb org Rawang dan penuntut Unisel dah pulang ke kg..meriah la esok di dapur mak..bukan senang nak berkumpul ramai2 mcm ni..tp bila balik ja org rawang, hati ini sayu melihat mereka bermain manja dgn Haziq..pasti mereka sgt rindukan anak kesayangan mereka yang baru dijemput Allah 3 bulan lepas..emm..memandangkan haziq pun tak jauh beza umur dgn anak mereka, mesti kerinduan tu sgt2 meruntun hati..

Untuk majlis ni kami dah sepakat nak pakai warna tema Hijau..sebab apa pilih hijau??emm..sbb Mr Z ni baju melayu nya tak byk kaler..asyik dok ulang baju sama ja..so warna hijau jarang dipakainya..so org lain pun kena ikut baju dia..hehe..haziq pun dah siap dibeli baju baru..baju budak mahai bukan main..kalah baju org tua..tp dah takdak pilihan, beli je la..ttp mata..emm..haziq pakai baju apa??tunggu ye sabtu ni..akan diupload di fb dan akan di stori mori di ruang ini kemudian..

cak...


emmm..start esok mesti bz nak prepare utk majlis ni..sabtu mesti dah penat smp ke malam..ahad plan nak cuti tp kerja sgt banyakkkk di ofis..tak tahu la nak cuti ke dak..adoiii..dan ahad jugak ada kenduri kawan Mr Z..kak yasmin..stewardess MAS..kena attend..baik dgn dia..Mr Z pun dah siap beli hadiah utk kwn dia..sebelum ni x penah tgk pun dia beli hadiah wedding utk kawan...itu adalah kerana telah dihasut oleh isterinya supaya beli hadiah utk pengantin baru..heehe..

Kawan-kawan dan sanak saudara dah dijemput..insyaallah dapatlah berjumpa kawan2 lama nnt..ada yang semangat nak mai sbb menunya kambing..maklumlah susah nak jumpa kat luar dan harganya mahal..if dtg kenduri, mesti makan free..lagi la org suka..hehe..satu tarikan jugak tu utk kwn2 mai kan..ohh sgt tak sabar nak tunggu hari sabtu..

Malam ni tenang saja sbb diluar mcm nak hujan..umah kayu ni bila hujan, sejuknya sungguh nyaman..itu kelebihan rumah ini..sgt suka..dah plan mcm2..bila dpt beli rumah ni, apa yang akan dibuat..hehe...idea mcm2 dlm kepala tp nak buat tak tahu bila..emm..sejak ada anak ni, masa sgt mencemburui saya..alasan la tuh kauthar oii..huhu..

ok nak stop sini dl..smbil type smbil tgk Transformer 3..si suami nak tgk tp dah berdengkur dulu..esok dia akan ulang lagi..so kena tgk byk kali cita ni..hahaha...ok bubye...Bumble Bee dah panggil tu..

Saturday, October 22, 2011

Haziq permata hatiku..

Rasanya tak pernah lg aku cerita pasal my hero sorg ni..haziq pun dah membesar dgn sihat tp mama tak sempat nak stori mori ttg dia..emm..keje yang asyik ulang alik jauh tu buat aku tak sempat nak menatap lappy dgn lebih lama..perkembangan haziq pergi begitu saja..so mulai arini, aku try dan berjanji pada diri nak tulis ttg dia..smp perlu berjanji???haha..

Arini haziq dah 6 bulan ++..aku rasa perkembangan dia agak cepat..ye ke??mana kau tau??ni kan anak 1st..huhu..sbb..dia boleh meniarap seawal 3 m 8d..compare tu anak kawan2 disekeliling umur 4-5 bulan baru leh niarap..hey kauthar..anak org lain2 la..hehe..takpa la..saja ja nak puji anak sendiri..hehe..5 bulan haziq dah boleh bangun merangkak..tanpa melalui proses 'menyuloq' org kedah panggil..menjulur la kot bahasa melayu yang betul...tak sure..

1step merangkak di Umah Tok Njang Zubair di KL..

Happy bermain dengan Play Gym dia..dengan ulat tak leh tinggai..

Minggu depan haziq dah nak masuk 7 bulan..12hb Nov 2011..sabtu depan jugak nak buat akikah haziq..kami plan nak buat sekali terus..alang-alang nak buat, biar setelkan..nnt nak cari masa dah susah..haziq pun dah aktif..letak je atas lantai, pusing je dah hilang..merayap mana2 ntah..suma benda nak dikutip dan di'explore' nye..suka la dia boleh merayap rata..rumah yang banyak brg telah dialih supaya mudah dia nak bergerak..

Mamanya kena sentiasa ringankan tangan nak menyapu sbb nnt haziq akan kutip dan paling best..masuk ke mulut..emm..dah la taik cicak banyak..spot paling dia suka adalah jalan ke bilik air..sbb haziq sgt suka mandi..bila dgr je bunyi air terus gelak mengekek-ngekek..ketawa dia yang buat aku terasa nak balik cepat2 ke rumah..bila tgk je muka dia kat pc, lg terasa rindu..huhu..8 jam je keja..tp rasa 1 hari 24jam..

Belajar mengira dengan mama..

Bila dah jadi mama ni, nak makan kena cepat..nak mandi kena segera takut anak bangun..tp bila sorg2,kena tunggu anak tidoq baru leh buat keja..kalau tak, tak leh tinggai..merayap merata dan takut benda bahaya berlaku..anak kecik ni bukan tahu risiko bahaya..tau main je..

Paling tak tahan bila aku tgh makan, abahnya tgh dukung, dia akan menangis sekuat-kuatnya sambil mata memandang ke arah mamanya..so mama kena makan cepat2 dan lari basuh tangan..abah buat bg dia gelak pun tak mau..nak kat mama jugak..adoii..mama lapaq kena tahan dl la..anak comes first..menangis smbl mulut menyebut 'emmaa'..'eemmaa'..emm lg la tak tahan bila teresak-esak mcm tu..
Dah siap nak p raya..

Perkembangan haziq sgt cepat..smp ada benda yang termissing rasanya nak stori..nak stop smp sini dl..nnt nak cita lak pasal dia mandi, tidur, makan..emm..makan pun agak byk benda nak cita..haziq sgt suka makan..ok fullstop dl..see you later..

Muka baru bangun tidor...





Thursday, September 15, 2011

NAMA PUN KEZUTAN KANN...

Suami saya suka buat kejutan...dah nama kejutan mesti la terujakan??kejutan pertama masa saya balik pantang dari Bertam..dalam kepala sy terpikir, apa la jd dgn rumah sy ni sepanjang peninggalan sy selamaaa...emm tak hingat..sbb byk pengalaman org berpantang sebelum ni kata rumah berselerak etc..so sy pun pikir mcm tu gak..huhu..tp apa yg terjadi??jom kita layannn..

Masuk je dalam rumah (time tu dengan baby)..hehe..dia bw sy ke semua sudut rumah..ajak pg dapur..dia tunjuk sinki yang kosong tanpa pinggan yang ditinggalkan..ruang tamu dengan lantai yang bersih tanpa habuk..kemas tersusun barang..bilik air-bersih dicuci..wahh siap sental semua kotoran..dlm bilik tidur utama-katil kemas dgn quilt mcm sy selalu buat..bilik air pun sama..tenang je nak masuk...sy sgt happy..dan dia dok highlight suh tgk kat atas dressing table..dengan gaya mcm org tgh promote brg..kemas tersusun semua brg2 kecil di atas tu..dan tetiba sy ternampak satu kotak kecil berwarna hijau..jeng jeng jeng..apakah..dgn tertulisnya note pada kad kecil, For my lovely wife"...wahh sgt terharu..apakah isi dalamnya..hanya sy yang tahu..rahsia..nnt tgk gmbr ye..tapi rasanya mesti korang leh agak apa isi dlmnya kann..

inilah kezutan darinya..

Ini kejutan kedua pulak..bukan nak menunjuk tp nak kongsi..mesti suami masing-masing lain gayanya..hihi..

Suami kena berkerja di KL last Monday..malamnya saya antar ke Airport..esoknya dah pulang..yeaahh tak lama..bukan nak cite rindu ke hapa..nak cite kejutan ni..emm..malam tu plan nak tidur umah mertua..so dia bawak la luggage dia masuk ke bilik dan tetiba dia dtg dkt buka beg dan bg satu paper bag kecil..dia kata.."Ni hadiah dr abang"..wahh sweet tak??sy time tu agak tercengang dan sedang speechless seketika..bayangkan gaya2 org terkejut..

Dengan debarnya nmpk satu kotak merah..sy rasa tahu apa isi dalamnya..emm..perfume..warna kotak pun dah suka sbb merah warna kegemaran..hehe..so terus buka dalamnya dan tgk botolnya sangaat sangaatt2 lah comel...sy terus try spray dan baunya sgt flowery..jenis elizabeth aden, pretty hot..cuba search..

sy tau dia beli kat KLIA sbb duty free kan..murah la rm50 tp harganya dah tentu beratus gak..sy kata naper buang duit ni??sy tak perlu perfume mahal2..kalau sy tak beli dah sbb lg best if guna duit tu beli baju ke hapa ka..hehe..dia kata sebab kesian tgk sy asyik guna roll on dan perfume Body Shop tu pun nak habis dah..huhu..sy suka roll on tu sbb dia kecik dan mudah nak masuk dlm handbag..mmg byk roll on sy dan roll on murah harga..if sekali beli rm10..beli 20 kali dah jd rm200 kan tp its better dr terus beli sekali rm200..oh tak suka buang duit mcm tu..haha..

Suami sy penggemar perfume..dia ada 10 jenis perfume yang masih banyak isinya..byk kann??sy ni jenis guna satu perfume smp habis baru beli lain..dia tak..dia kata hari2 dia nak bau yang lain..emm betul jugak kan..takde la bau sama je setiap hari..so sy pun dah plan nak kumpul perfume byk2..haha..mampu ka??tekan ATM, check duit..haha..

Dalam Islam pun dilarang kaum Hawa memakai wangian sbb boleh buat lelaki tertarik..tp Islam kata bukan tak boleh pakai langsung..boleh tp dlm kuantiti yg sedikit..takde la pg keje bau tengik kan..haha..so sy pakai pun sikit2 je..dgn cuaca malaysia yang panas ni buat selalu peluh..dan bila peluh ada la bau asyemm sikit..so perfume ni penyelamat dr bau2 yg kurang enak tu..

Terima kasih abang sebab bagi kejutan yang tersangka ini..sangat menghargainya..nak pakai pun sayang sbb nnt abis..hahaha..ada patut???

amboii..panjangnya melalut..so sy tunggu kejutan apa yang akan diberi selepas ni..actually byk lg kejutan yang lain tapi nak cita yg 2 ni dulu..kalau rajin sy tulis lagii pasal tu....

ini dia hadiah baru darinya..cantikkan botol dia..sangat suka..terasa hari-hari HOT..haha





Monday, September 12, 2011

LAMPU RAYA...

Dah lama mengidam nak beli lampu bilik atau nama omputehnya org selalu panggil table lamp..ya ka??konon2 nak ala2 omputeh la ada lampu tepi katil..aku pun nak jugak..ok bukan utk ikut trend ka hapa tp bila lahirnya Haziq ke dunia mmg sgt2 memerlukan lampu yang sinarnya ala-ala romantik tu di dalam bilik..ye la..buat tengah2 malam dia lapar dan nangis2 minta perutnya diisi, inilah fungsinya lampu tersebut..risau tersalah sumbat masuk lak dlm hidung ke mata ke..so mmg sgt2 memerlukan mempunyai lampu ini..

Dulu kami dapat hadiah kawen lampu ni tp dia takde adjuster..terang bukan main..minta Mr Z belikan, dia kata guna yang ada ni..nnt rosak kita beli lain..so setiap hari saya doakan lampu tu rosak..haha.jahat tak??pompuan ni kalau tak dapat apa yng dia nak mesti dok kempunan dan sebut hari2..betui dak??so aku pun menyabarkan diri..kaum Adam mmg suka menyimpan duit..membazir katanya..hahaha..

Pada satu ketika yang org kata malang tak berbau, aku tolak Playpen haziq ter'ganas' dan terjatuh la lampu hadiah kawen yang sy kurang suka tu..walaupun tak suka tp dah byk berjasa ooo..tq lampu kawin..dan lampu tu jatuh dan pecah la sikit..emm..tp still menyala lampunya..nak beli baru, Mr Z kata, "tu boleh pakai lagi"..emm..sedih sekali lg..so masih menyabarkan diri..and tetiba satu malam tu,bulb lampu tu meletup dan bila di beli tukar mentol yang baru dah tak leh pakai...its mean..lampu tu sudah betul2 rosak...yeeaahh..happy berganda2..

Aku minta dibelikan segera sbb malam2 tersangatlah gelap..lampu jalan yang diharapkan dr luar tingkap tak membantu sgt..so sgt lah prob bila tgh2 malam nak menyusukan haziq dan nak tukar lampin bila dia poo poo..aduh..nak kena buka lampu besar tu agak sakitlah mata..so hari2 pujuk Mr Z..masuk gaji je tak gak beli..pujuk2 lagi..so malam2 kena la buka lampu toilet..nsb la dlm blk ada toilet..kalau tak, gelap gelita malamku..tp tak leh nak buka pintu toilet luas2 nnt nyamuk menyerang kami..kira walaupun ditutup pintunya tp ada la sedikit membantu..emm..still tak puas hati..

Tak pasti kenapa Mr Z tak nak beli..mungkin kekangan masa sbb ada gak tgk2 kat Tesco, Giant tp suma tak berkenan..plus pulak dgn nak raya so bajet dah lari..so dia kata nak pg kedai lampu..dah semangat nak pi beli terlupa pulak hari Jumaat, so kedai tu tutup..arrghh frust byk kali..so sabarkan diri..dia ajak pg Pacific Star Parade..dok byg kalau kat kedai lampu mesti cun2 kan..emm takpe lah..as long as ade cukup..nnt masuk umah baru kita beli chandelier ye..hahaha..verangannn...

Masuk Pacific terus pg bahagian barangan rumah..jumpa jugak lampu yang dicari..quite ok..design pun menarik..harga ok kot..tak tau benda ni kena mahal mcm mana..bwh dr rm100 kira murah la kot..huhu...diberi nama LAMPU RAYA sbb baru dibeli Jumaat yang lepas dan masih dalam mood raya..hehe..

Dapat je lampu ni tidurku semakin bermakna..sudah la kauthar..takde lampu ni, tidur sama je enaknya..haha..mood ciwi kan lampu baru..hehe..

silalah tengok di bawah..LAMPU RAYA kami..jeng jeng jeng...

Ini lampu kawin yang masih disimpan..sebagai penghargaan kawan
yang memberi di majlis kami dulu..IKEA mari...dah pecah dan berbahaya jika di guna lagi..


Ini dia LAMPU RAYA saya..cantik tak??seronok je nak tidur..haha..

Saturday, August 27, 2011

Mesra

Rasanya hampir 5 tahun tak berkumpul semua adik-beradik..nak tunggu semua balik, kena ada big event mcm ni..sbb nak raya dan kebetulan oran KOrea dan org UK tgh cuti Summer so dapat la depa balik memeriahkan Bertam Ketam..Kak ngah tiba di rumah lewat jam 2 pagi dan kakak yang jauh di KB tiba jam 10.30am..gembira hati ini dapat berjumpa semua..menu2 yang sudah lama diidamkan, dpt jugak merasa tadi..tak perlu menu yang best tapi hasil air tangan ibu yang didambakan selama ini..bak kata kakak tadi.."selalu berbuka makan nasi tak pernah tambah, tapi arini bertambah banyak pulak tu"..umi menyahut sambil ketawa "orang kata makanan yang sedap ialah makanan FREE"..mmg..setuju dengan ayat umi..mmg la sedap sbb tak kena keluar duit..sedap ke tak, makan je sbb FREE..haha..joke mcm ni yang mengeratkan kami semua..dalam hidup kena ada lawak, baru la tak stress..

zariff aktif beraksi, haziq jeles..

Dua sepupu ni berkongsi tahun kelahiran

Haziq sekarang dah byk berubah dari dulu..dah pandai bersembang dan senyum..hensem bila dia senyum..ceeyyy..puji anak sendiri..haha..sapa lagi nak puji kan kalau tak mama dia..serba sedikit haziq dapat menceriakan hati abu, umi dan adik2..kami menunggu ketibaan org dari KB..nak tgk telatah si abang long yang panjang akal dan adik yang murah dengan senyuman..tiba di Bertam, seperti biasa Zaffran akan cari spot tempat mainan dan motor merahnya disimpan..dah tau dah kat mana Tok Umi letak mainannya..rumah Abu dah bertukar jadi nurseri dengan sekelip mata..nak dimarah cucu menyepah tak guna sbb dia takkan faham..biarkan aje mcm tu..hehee...
Berkawan baik..comel

Zariff yang dah mula nak belajar taktih, asyik nak memanjat ja..jd vacuum cleaner tu mmg dah lama terserlah bakatnya..laju ja dia menjulur..letak sat ja..terus hilang..yang Haziq ni tgk je org buat itu ini sbb diri kecil ini hanya mampu meniarap..takpe tunggu 1-2 bulan boleh la mcm2..dia asyik kena landa dengan Zariff..tgn zariff dah robek msk hidung, telinga..tangan haziq pun zariff nak gigit...budak baru nak tumbuh gigi..semua benda nak digigitnya..apa lagi meraung la Haziq kena buli..hehe..comel sungguh telatah anak kecil ini..besar nnti mesti kawan baik..geng datang sekapal..sama jantina lgi mesti hobi lelaki tu akan sama..hehehe..kita tungguuu..

Lagi 2 hari ja nak sambut Syawal..terasa sekejap ja melalui Ramadhan Kareem..sibuk dengan itu ini, cepat masa berlalu..moga dapat bertemu dengan Ramdhan tahun hadapan..moga ibadah di bulan mulia ini akan istiqamah di bulan-bulan yang akan datng insyaallah..nnt kita lihat telatah anak-anak kecil di hari raya pulak..mesti lagi byk ragamnya..comel bergaya dengan baju baru..tak sabarr

Friday, August 26, 2011

Maroon uols raya ni...


Raya datang lagi..emm..tak nak komen kenapa tak post khabar sebelum ni..jawapannya takdak masa..alasan tak cari masa..ok FULLSTOP yang tu..nak cita pasal raya lak..

Tahun ni hepi sbb dapat beraya bertiga...wahhh teruja 100x..bukan takat kami ja..kakak pun mesti tak sabar nak beraya bersama anak barunya..tapi dikala perasaan gembira teringat pada arwah Irham Yusri yang pergi dijemput Allah pada 12 Ramadan yang lalu..tak sempat nak beraya bersama kami..dia dah pergi buat selamanya..rindu pada Irham...

sambung balik bab raya..tahun ni dah berpakat nak pakai tema maroon..yahuu...baju haziq pun dah siap dibeli awal sebelum puasa lagi..malas nak bersesak2 di shopping mall di kala puasa..serabut otak kott..so beli pun berperingkat..kena pandai bajet..dah la baju baby mahal..kalah baju org besar..ish tak pueh hati..so tunggu ye gmbr kami beraya bertiga tahun ni..


kami mmg tak balik beraya sbb mmg beraya di kedah sahaja...dan tak perlu la nak packing bagai..hehe..kena kemas rumah je la..emmm ada ke org nak dtg raya??tak yah la datang..ade ke ckp mcm tu..tak senonoh kan..haha...kan tetamu dtg, dosa kita akan dikurangkan bila tetamu pulang..kemas je rumah..if ada org dtg, layan je la..

duit raya dah order pada jiran yang keja bank so tunggu je duit tukar dari dia..if dia tak tukar duit, takde la duit utk sepupu n adik2 ye..dapat kat anak je la..hehe..sampul duit pun dah beli awal2 lg..disney lagi tau..sampai kena beli sbb takut tak dapat n malas nak minta..i kan pemalu..so tunggu nak masukkan duit je..oh tak sabar nak raya...makan ketupat pulut n rendang ayam mak tok..rinduuu..sedap kottt

Wednesday, June 22, 2011

Jom rajinkan diri di dapur...

Dah lama tak buat makanan seperti pastri dan kek..dok sembang2 kat opis mcm best ja nak buat..sejak mengandung dan pindah rumah sendiri mmg tak sempat nak buat..ye la..bila pindah tu dah sarat 8 bulan..nak masak n berdiri lama2 mmg tak larat..so kena la postpone suma agenda nak baking2 ni..kat bertam selalu buat dengan ummi..kat sini kdg2 join jugak mak mertua buat tp jarang gak sbb kerja..kdg wikend takde kat rumah, tak leh gak nak buat..lgpun dapur mak, so mcm berat skit nak buat padahal mak tak kisah pun..hehe..malas la tu..alasan..

Oreo Cheesecake by Cake2Go

nampak sedap kannn??jom buat sendiri...

Tgk fb kawan buat Oreo Cheesecake..so bersemangat waja nak buat this wikend.plan mmg tak pergi mana2..nak beli brg esok dan jumaat leh buat..minta2 la si kecil Haziq mau duduk tak buat perangai..kalau buat perangai kena la Abahnya jaga..Mama nak sibukkan diri kat dapur..konon rajin la kan..haa...tgh rajin ni kena terus buat..kalau mai mood malas, tak leh kata apa dah..


Dok cari2 resipi sekali teringat aku mana ada penimbang..mana ada mould cake tu..adehh nak kena beli lg..haha..plan beriya bagai sekali kelengkapan tak cukup..nak beli or pinjam mak punya ja..nnti kena la potong skit kasi kat mak, tanda terima kasih kasi pinjam barang..beruntung umah mak dekat...hehe..

Dari sebelum bersalin mmg teringin nak makan Cream Caramel, siap dah pesan kat mak nak pinjam pelengat..pengukus dah dpt hadiah dr mak so semangat nak buat, sekali bersalin hari yg plan nak buat Cream Caramel..haha..postpone la smp ke hari ni..nak beli kat kedai tak syiok sbb tastenya lain dan aku buat lg puas hati..perasan sedap habis..haha..minggu ni kalau rajin buat 2-2 sekali..nak makan banyak tp masa ada ke nak buat???takpe kena make time nak buat all the recipe..ada lebih bawak pergi opis jamu kawan2..mesti diorg suka..

Dessert yang agak mudah dibuat...tak yah ghenyah2 nak bakar bagaiii..


Since dah ada rumah sendiri ni mcm syiok nak masak macam2..Mr Z mmg suka makan sambal tempe, tetiba terajin aritu buat Sambal tempe, kentang dan ikan bilis..pergh mmg mengancam..smp aku pun dah ter'suka' dgn menu tu..pastu tanya Mr Z ok tak buat lauk ni??dia jawab, "masak ari2 pun takpa, abg ok ja"...tudia fevret food la katakan..nnt aku buat stok bnyk, dok ulang makan tu ja..tak jemu ka??hehe..so td pagi ada pasar tani tepi KUIN, aku dah beli tempe dan kentang..menu sambal tempe kentang dan ikan bilis akan berulang lg arini..haha..