Monday, September 12, 2011

LAMPU RAYA...

Dah lama mengidam nak beli lampu bilik atau nama omputehnya org selalu panggil table lamp..ya ka??konon2 nak ala2 omputeh la ada lampu tepi katil..aku pun nak jugak..ok bukan utk ikut trend ka hapa tp bila lahirnya Haziq ke dunia mmg sgt2 memerlukan lampu yang sinarnya ala-ala romantik tu di dalam bilik..ye la..buat tengah2 malam dia lapar dan nangis2 minta perutnya diisi, inilah fungsinya lampu tersebut..risau tersalah sumbat masuk lak dlm hidung ke mata ke..so mmg sgt2 memerlukan mempunyai lampu ini..

Dulu kami dapat hadiah kawen lampu ni tp dia takde adjuster..terang bukan main..minta Mr Z belikan, dia kata guna yang ada ni..nnt rosak kita beli lain..so setiap hari saya doakan lampu tu rosak..haha.jahat tak??pompuan ni kalau tak dapat apa yng dia nak mesti dok kempunan dan sebut hari2..betui dak??so aku pun menyabarkan diri..kaum Adam mmg suka menyimpan duit..membazir katanya..hahaha..

Pada satu ketika yang org kata malang tak berbau, aku tolak Playpen haziq ter'ganas' dan terjatuh la lampu hadiah kawen yang sy kurang suka tu..walaupun tak suka tp dah byk berjasa ooo..tq lampu kawin..dan lampu tu jatuh dan pecah la sikit..emm..tp still menyala lampunya..nak beli baru, Mr Z kata, "tu boleh pakai lagi"..emm..sedih sekali lg..so masih menyabarkan diri..and tetiba satu malam tu,bulb lampu tu meletup dan bila di beli tukar mentol yang baru dah tak leh pakai...its mean..lampu tu sudah betul2 rosak...yeeaahh..happy berganda2..

Aku minta dibelikan segera sbb malam2 tersangatlah gelap..lampu jalan yang diharapkan dr luar tingkap tak membantu sgt..so sgt lah prob bila tgh2 malam nak menyusukan haziq dan nak tukar lampin bila dia poo poo..aduh..nak kena buka lampu besar tu agak sakitlah mata..so hari2 pujuk Mr Z..masuk gaji je tak gak beli..pujuk2 lagi..so malam2 kena la buka lampu toilet..nsb la dlm blk ada toilet..kalau tak, gelap gelita malamku..tp tak leh nak buka pintu toilet luas2 nnt nyamuk menyerang kami..kira walaupun ditutup pintunya tp ada la sedikit membantu..emm..still tak puas hati..

Tak pasti kenapa Mr Z tak nak beli..mungkin kekangan masa sbb ada gak tgk2 kat Tesco, Giant tp suma tak berkenan..plus pulak dgn nak raya so bajet dah lari..so dia kata nak pg kedai lampu..dah semangat nak pi beli terlupa pulak hari Jumaat, so kedai tu tutup..arrghh frust byk kali..so sabarkan diri..dia ajak pg Pacific Star Parade..dok byg kalau kat kedai lampu mesti cun2 kan..emm takpe lah..as long as ade cukup..nnt masuk umah baru kita beli chandelier ye..hahaha..verangannn...

Masuk Pacific terus pg bahagian barangan rumah..jumpa jugak lampu yang dicari..quite ok..design pun menarik..harga ok kot..tak tau benda ni kena mahal mcm mana..bwh dr rm100 kira murah la kot..huhu...diberi nama LAMPU RAYA sbb baru dibeli Jumaat yang lepas dan masih dalam mood raya..hehe..

Dapat je lampu ni tidurku semakin bermakna..sudah la kauthar..takde lampu ni, tidur sama je enaknya..haha..mood ciwi kan lampu baru..hehe..

silalah tengok di bawah..LAMPU RAYA kami..jeng jeng jeng...

Ini lampu kawin yang masih disimpan..sebagai penghargaan kawan
yang memberi di majlis kami dulu..IKEA mari...dah pecah dan berbahaya jika di guna lagi..


Ini dia LAMPU RAYA saya..cantik tak??seronok je nak tidur..haha..

No comments:

Post a Comment