Saturday, August 27, 2011

Mesra

Rasanya hampir 5 tahun tak berkumpul semua adik-beradik..nak tunggu semua balik, kena ada big event mcm ni..sbb nak raya dan kebetulan oran KOrea dan org UK tgh cuti Summer so dapat la depa balik memeriahkan Bertam Ketam..Kak ngah tiba di rumah lewat jam 2 pagi dan kakak yang jauh di KB tiba jam 10.30am..gembira hati ini dapat berjumpa semua..menu2 yang sudah lama diidamkan, dpt jugak merasa tadi..tak perlu menu yang best tapi hasil air tangan ibu yang didambakan selama ini..bak kata kakak tadi.."selalu berbuka makan nasi tak pernah tambah, tapi arini bertambah banyak pulak tu"..umi menyahut sambil ketawa "orang kata makanan yang sedap ialah makanan FREE"..mmg..setuju dengan ayat umi..mmg la sedap sbb tak kena keluar duit..sedap ke tak, makan je sbb FREE..haha..joke mcm ni yang mengeratkan kami semua..dalam hidup kena ada lawak, baru la tak stress..

zariff aktif beraksi, haziq jeles..

Dua sepupu ni berkongsi tahun kelahiran

Haziq sekarang dah byk berubah dari dulu..dah pandai bersembang dan senyum..hensem bila dia senyum..ceeyyy..puji anak sendiri..haha..sapa lagi nak puji kan kalau tak mama dia..serba sedikit haziq dapat menceriakan hati abu, umi dan adik2..kami menunggu ketibaan org dari KB..nak tgk telatah si abang long yang panjang akal dan adik yang murah dengan senyuman..tiba di Bertam, seperti biasa Zaffran akan cari spot tempat mainan dan motor merahnya disimpan..dah tau dah kat mana Tok Umi letak mainannya..rumah Abu dah bertukar jadi nurseri dengan sekelip mata..nak dimarah cucu menyepah tak guna sbb dia takkan faham..biarkan aje mcm tu..hehee...
Berkawan baik..comel

Zariff yang dah mula nak belajar taktih, asyik nak memanjat ja..jd vacuum cleaner tu mmg dah lama terserlah bakatnya..laju ja dia menjulur..letak sat ja..terus hilang..yang Haziq ni tgk je org buat itu ini sbb diri kecil ini hanya mampu meniarap..takpe tunggu 1-2 bulan boleh la mcm2..dia asyik kena landa dengan Zariff..tgn zariff dah robek msk hidung, telinga..tangan haziq pun zariff nak gigit...budak baru nak tumbuh gigi..semua benda nak digigitnya..apa lagi meraung la Haziq kena buli..hehe..comel sungguh telatah anak kecil ini..besar nnti mesti kawan baik..geng datang sekapal..sama jantina lgi mesti hobi lelaki tu akan sama..hehehe..kita tungguuu..

Lagi 2 hari ja nak sambut Syawal..terasa sekejap ja melalui Ramadhan Kareem..sibuk dengan itu ini, cepat masa berlalu..moga dapat bertemu dengan Ramdhan tahun hadapan..moga ibadah di bulan mulia ini akan istiqamah di bulan-bulan yang akan datng insyaallah..nnt kita lihat telatah anak-anak kecil di hari raya pulak..mesti lagi byk ragamnya..comel bergaya dengan baju baru..tak sabarr

Friday, August 26, 2011

Maroon uols raya ni...


Raya datang lagi..emm..tak nak komen kenapa tak post khabar sebelum ni..jawapannya takdak masa..alasan tak cari masa..ok FULLSTOP yang tu..nak cita pasal raya lak..

Tahun ni hepi sbb dapat beraya bertiga...wahhh teruja 100x..bukan takat kami ja..kakak pun mesti tak sabar nak beraya bersama anak barunya..tapi dikala perasaan gembira teringat pada arwah Irham Yusri yang pergi dijemput Allah pada 12 Ramadan yang lalu..tak sempat nak beraya bersama kami..dia dah pergi buat selamanya..rindu pada Irham...

sambung balik bab raya..tahun ni dah berpakat nak pakai tema maroon..yahuu...baju haziq pun dah siap dibeli awal sebelum puasa lagi..malas nak bersesak2 di shopping mall di kala puasa..serabut otak kott..so beli pun berperingkat..kena pandai bajet..dah la baju baby mahal..kalah baju org besar..ish tak pueh hati..so tunggu ye gmbr kami beraya bertiga tahun ni..


kami mmg tak balik beraya sbb mmg beraya di kedah sahaja...dan tak perlu la nak packing bagai..hehe..kena kemas rumah je la..emmm ada ke org nak dtg raya??tak yah la datang..ade ke ckp mcm tu..tak senonoh kan..haha...kan tetamu dtg, dosa kita akan dikurangkan bila tetamu pulang..kemas je rumah..if ada org dtg, layan je la..

duit raya dah order pada jiran yang keja bank so tunggu je duit tukar dari dia..if dia tak tukar duit, takde la duit utk sepupu n adik2 ye..dapat kat anak je la..hehe..sampul duit pun dah beli awal2 lg..disney lagi tau..sampai kena beli sbb takut tak dapat n malas nak minta..i kan pemalu..so tunggu nak masukkan duit je..oh tak sabar nak raya...makan ketupat pulut n rendang ayam mak tok..rinduuu..sedap kottt

Wednesday, June 22, 2011

Jom rajinkan diri di dapur...

Dah lama tak buat makanan seperti pastri dan kek..dok sembang2 kat opis mcm best ja nak buat..sejak mengandung dan pindah rumah sendiri mmg tak sempat nak buat..ye la..bila pindah tu dah sarat 8 bulan..nak masak n berdiri lama2 mmg tak larat..so kena la postpone suma agenda nak baking2 ni..kat bertam selalu buat dengan ummi..kat sini kdg2 join jugak mak mertua buat tp jarang gak sbb kerja..kdg wikend takde kat rumah, tak leh gak nak buat..lgpun dapur mak, so mcm berat skit nak buat padahal mak tak kisah pun..hehe..malas la tu..alasan..

Oreo Cheesecake by Cake2Go

nampak sedap kannn??jom buat sendiri...

Tgk fb kawan buat Oreo Cheesecake..so bersemangat waja nak buat this wikend.plan mmg tak pergi mana2..nak beli brg esok dan jumaat leh buat..minta2 la si kecil Haziq mau duduk tak buat perangai..kalau buat perangai kena la Abahnya jaga..Mama nak sibukkan diri kat dapur..konon rajin la kan..haa...tgh rajin ni kena terus buat..kalau mai mood malas, tak leh kata apa dah..


Dok cari2 resipi sekali teringat aku mana ada penimbang..mana ada mould cake tu..adehh nak kena beli lg..haha..plan beriya bagai sekali kelengkapan tak cukup..nak beli or pinjam mak punya ja..nnti kena la potong skit kasi kat mak, tanda terima kasih kasi pinjam barang..beruntung umah mak dekat...hehe..

Dari sebelum bersalin mmg teringin nak makan Cream Caramel, siap dah pesan kat mak nak pinjam pelengat..pengukus dah dpt hadiah dr mak so semangat nak buat, sekali bersalin hari yg plan nak buat Cream Caramel..haha..postpone la smp ke hari ni..nak beli kat kedai tak syiok sbb tastenya lain dan aku buat lg puas hati..perasan sedap habis..haha..minggu ni kalau rajin buat 2-2 sekali..nak makan banyak tp masa ada ke nak buat???takpe kena make time nak buat all the recipe..ada lebih bawak pergi opis jamu kawan2..mesti diorg suka..

Dessert yang agak mudah dibuat...tak yah ghenyah2 nak bakar bagaiii..


Since dah ada rumah sendiri ni mcm syiok nak masak macam2..Mr Z mmg suka makan sambal tempe, tetiba terajin aritu buat Sambal tempe, kentang dan ikan bilis..pergh mmg mengancam..smp aku pun dah ter'suka' dgn menu tu..pastu tanya Mr Z ok tak buat lauk ni??dia jawab, "masak ari2 pun takpa, abg ok ja"...tudia fevret food la katakan..nnt aku buat stok bnyk, dok ulang makan tu ja..tak jemu ka??hehe..so td pagi ada pasar tani tepi KUIN, aku dah beli tempe dan kentang..menu sambal tempe kentang dan ikan bilis akan berulang lg arini..haha..

Tuesday, May 24, 2011

My little LUTHFIL HAZIQ..the pride & joy of my life..

Akhirnya selepas berjaya menghabiskan pantang selama 45 hari,baru berpeluang mencuri-curi masa nak menulis tentang perjalanan anak kesayangan permata hati aku, LUTHFIL HAZIQ lahir ke dunia...saat yang tak boleh dilupakan dan dapatlah rasa betapa sakitnya nak bersalin..

LUTHFIL HAZIQ..yang bermakna 'Yang lemah lembut lagi bijak pandai'..berharap nama yang diberi memberi perwatakan yang baik pada anak kecil ini nanti..dilahirkan pada hari Selasa, 12hb April 2011 bersamaan 8 Jamadilawal 1432, jam 12.02pm di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah dengan berat 3.12kg dan tingginya 51cm.

Sepatutnya puteraku dijangka lahir pada 8hb April 2011..mmg semua org suruh dia lahir pada 14hb April sbb sama tarikh dgnku tp mana le kita leh paksa dia nak keluar bila kan..huhu..

Detik kelahirannya bermula apabila dah terlewat 4 hari iaitu pada malam 12hb April 2011..sedang enakku tidur dan seperti biasanya mesti akan bgn malam sbb nak terkucil..biasa la bila perut makin turun luthfil ni menekan2 pundi kencingku..so kerap la membuangnya..(time ni takde lg nama Luthfil)..hehe...time tu aku tgk jam kul 2.15am..bila dah nak smbg tidur tetiba terasa mcm pelik..terasa masih ada air yg mengalir tp skit je la..dok pikiaq.."eh air apa pulak ni..rasanya mcm dah buang habis.."tengah confuse apa sebenarnya air tu..time yg sama teringat citer Kak Ida yg dia pun mengalami kes yg sama masa nak bersalin Adam dan dia pesan jgn cepat panik..so aku kejutkan Hubby yg kebetulan nak bgn solat Isya..penat sgt smp tidur dl baru nak bgn solat..then hubby tanya dah rasa sakit ke??dia mmg dok menunggu saat2 nak lahir ni kan..tp aku diam je sbb tak sure nak pg hospital ke tak..hubby suh pegi hptal nnt leh la nurse confirmkan betul ke tak nak bersalin..emmm..

Tiba2 terasa sakit perut..aku dah rasa suspen..adakah ini contraction..bukan construction bak kata Dalila..haha..sakitnya tak la kuat..tgh confuse lg sakit nak bersalin ke or sakit perut nak membuang lagi..emm..terus masuk toilet semula dan betul itu panggilan nak membuang..then lepas satu bab..confuse lg samada nak pg hospital skrang or tunggu pagi esok..tp dok bayang lak buat jd mcm kakak, kan naya..haha..ampun kak!! takut la pulak..so nak tenangkan diri terus msg ummi sbb kul 2am mesti umi tgh tidur lena..msg je la kalau tak bls nnt pikir jalan lain..kebetulan mak tok pun ada kat rumah..tak mau la kejut sbb mak tok pun letih dok jaga wan kat hospital..tak lama lepas tu dgr msg masuk..ohh msg dr ummi ni..terus baca then ummi kata "pergi makan sikit dan mandi..siap2 ke hospital dan minta ampun pada zaharan"..sentap skit ayat last tu..ok terus la aku kuar pg buat air milo dan makan biskut hupseng beberapa keping..itulah sumber tenaga yang digunakan utk melahirkan Luthfil nt..tp bila tgh mandi tu terasa loya dan aku muntah semuanya balik..eh ehh..macam awal2 pregnant lak dl muntah2 ni..haha..time tu dah tak lalu nak makan lg..harap2 tenaga ada nak bersalin nnt..hubby dah kol mak ayah bgtau yg aku dah ada tanda2 nak bersalin..so mak pun siap2 dan akan dtg ke rumah kami nnt nak ikut pg hospital sama..nasib mak mertua dekatkann..syukuurrr..time macam ni perlukan sokongan dari org berpengalaman..

Dah siap apa yang patut, aku keluar dr bilik dan pergi pada hubby yg tengah tgk Discovery..terus aku salam dan minta ampun dari dia..banyak oo buat salah kat dia..minta dia Halalkan makan minum aku selama ni dan doakan aku nnti..if anything happen mana la tau aku tak selamat ke nak dia jaga anak aku elok2..ajar mengaji pandai2 dan yang penting anak aku leh doa utk aku nnt dlm kubur..(haa..time ni feeling habis..banjir la sekejap sbb part sedih kann)..

Lebih kurang kul 4am mak, ayah dan adik Biya smp dan aku gerak mak tok bgtau kata nak ke hptal sbb dah rasa sakit..mak tok pun heran awat la dok jalan pi mai pi mai..ada apa2 ka tp tak le bangun..kan rumah papan, so bila jalan dengar la derapan kaki tu..hehe..aku jalan ala2 catwalk tp hubby jalan mmg dgr la derapan kaki tu..hehehe

Smp je hospital terus naik wad bersalin tingkat dua dan nurse check kata dah buka 3cm..punya la lama dok dlm wad tu..aku dah ngantuk2..kalau ada hp leh msg2 dgn hubby ke ummi ke kan..emm..sian suma yang tunggu kat luar..contraction ada rasa tp skit je..so diorg hold dulu..bila dok tunggu2 atas katil tu mcm lama je aku pg duduk kat sofa tu..bersembang la dgn patient lain yg sama kes dgn aku..time ni contraction makin kuat dan tp tak kerap..bila dia dtg mengeras perut tu hanya Tuhan saja yang tau..sakit gila..tak tahan..

Jam bergerak labat je rasanya..tgk dah kul 7am..nurse bgtau nak antar aku ke wad 2C..so standby nak ke sana..inagt boleh la balik kan sbb rumah dekat je..nurse kata kalau 4cm baru depa tolak masuk Labour Room..bila dah masuk ke wad 2C, hubby mai antar sandwich..so aku makan la 2 keping sandwich memandangkan td dah muntah..takut la kalau bersalin lewat ka takdak tenaga..kawan aku tak dak tenaga masa bersalin dan kena ceaser..tak mau aarr..terus makan walaupun terasa pahit je mulut time tu..contraction makin kerap datang dan mmg tak leh nak baring..aku duduk atas kerusi tepi katil tu dan dok pegang je perut..dok usap2 perut suh Luthfil keluar cepat2..aku dah tak tahan sakit..

9am mcm tu Doktor Pakar round dan check kata aku ni mmg lmbt lg sbb 1st baby..kalau esok tak buka juga mmg nak induce..ehh scary tau..cepat2 minta doa supaya cepat bersalin..aku msg2 dgn kakak dan kakak tanya dah makan lum ubat yg dia bg tu..haa..ubat tu dlm handbag..belum makan dan takut nak makan sbb takut lg sakit ka kan..haha..bila kakak kata makan la cepat.terus aku meraba2 dlm handbag..mana ntah pi ubat ni..aku rasa dah letak dlm poket tp cari2 takde..adess..p mana pulak dah..geramm..(ubat ni sejenis pil yang bidan kelantan buat..kawan2 kakak dah makan dan kata mmg akan cepat bersalin)..tgh2 contraction mmg la tak leh nak fokus..last2 jumpa gak..aku telan 2 biji..rasanya mujarab ubat ni dan doa2 dr kawan2 dan saudara, sakit makin kuat..

10am, nurse dtg nak bg ubat antibiotik dan aku kata aku dah tak leh tahan sakit..mmg sakit yang amat sgt..nurse suh aku jalan ke bilik rawatan depan bilik aku tu..adoi..nak suh jalan mmg terasa seksa..kalau ada org leh ja aku minta dipapah..so gagahkan diri ke sana..ingat lg nurse tu nama Zaiton..baik orgnya..kebetulan ada doktor pakar kat situ dia check kan dan dia kata dah buka 5cm..so fast nurse tu kata..sbb selalunya 1st baby lambat nak buka..sejam 1cm..depa terus call Labour Room..penuh..oohh terasa frust gila sbb aku dah sakit mcm apa ja..tak leh nak gmbrkan..aku pegang besi katil kuat2 dan bila nurse lain yg mai tgk aku, aku pegang tgn nurse tu kuat2 nak hilangkan rasa sakit..muka dah berpeluh..terasa seram sejuk mcm nak demam..nurse tu mcm nak marah aku..dia kata.."dik, kalau sakit jgn pegang tgn org sbb adik pegang tu sakit"..haha..mb dia sakit kot..mana la aku tau..kalau ada hubby leh gak pegang tgn dia..dah tak bg pegang tgn dia, aku dok picit2 kat dahi..dia mai pulak then kata, "adik picit dahi ka??jgn dok picit bhgn badan..nnt lebam sana sini..adik tak nmpk tu"..kena lagii..tak lama lepas tu, dtg pulak time nak meneran..sakitnya berkali ganda..mmg automatik tak leh nak tahan..aku ditinggalkan sorg2..aku dah tak kira kalau terbersalin kat sini, nasib la..sakit sgt dah..dlm hati dok berzikir dan baca ayat mcm2..aku try baca surah yassin..smp ayat ke-5 aku jd lupa..ulang lagi..tak boleh jugak..heran..padahal aku hapai Surah tu lama dah..huhuu..

Aku dok tgk jam kat dinding dok berjalan tp masih takde sapa bw aku p LR..nurse tu mai lg dan call LR kata penuh lg..haihh ramainya nak bersalin time ni..aku dok meneran lg..dan nurse tu nmpk aku dok meneran, cepat2 dia ajar aku cara yg betul..tarik nafas dalam2 dan lepas kot mulut..jgn lepas kot meneran..nnt kepala anak panjang..emm aku pun buat mcm tu..sakit makin kuatttt...nurse tanya husband nak masuk tak dlm LR??aku tak tau nak jwb sbb dia takde kat sini..nak kol pun hp dlm bilik.so takde jawapan..dlm hati mmg nak dia temankan tp time sakit tu aku dah tak leh nak pikir..sorang2 pun takpe la..janji anak kuar cepat..

Masa ni mmg kronik dah dan nurse tu check lg dan dia terkejut sbb dah nampak rambut Luthfil...haaa...aku pun terkejut dan plus gembira akhirnya smp masa nak bersalin..tgk jam kul 11.15am..terus diaorg gelabah dan menjerit2 kata os full..os full (betul ke eja??)hentam je..aku tak amik bidang medic..sebutannya dgr mcm tu..hehe..pastu terus diaorg kelam-kabut transfer aku ke katil lain dan terus tolak ke LR laju2..mmg speeding abis sbb dah kronik sgt ni..nnt anak lemas kan..pastu suma dok kata "cepatnya adik ni..pg td bru 3cm"..haha..adakah mujarab ubat kakak bg??huhu..nnt kakak leh buat bisnes juai ubat kuat ni..haha

Sedih tak dapat nak inform pada family..tgh2 dok tolak ke LR tu aku nmpk husband dok tunggu kat luar tp nak bgtau mcm mana kan..tgk dan sedih sorg2..aku tgk jam dlm LR tu kul 11.30am..masa tu Midwife cina yg handle kes aku..1st time masuk hospital ni..nasib dpt perempuan..kalau laki, seram gak la..midwife ni baik dan aku rasa selamat dgn dia..huhu..dia dok ajar aku camna nak meneran..bila sakit hilang baru tolak dan meneran..dan aku buat mcm yang org berpengalaman ajar aku..so ilmu2 tu aku ingat balik..dlm masa yang sama, dlm hati dok baca doa Nabi Yunus dan selawat yg kak ayu ajar dl..sgt bergunaaa...

Aku push cepat2 supaya cepat keluar dan cepat sakit tu hilang..mmg terasa bila dia hiris kulit aku nak bukakan jalan..ohh seriau..tp biar je la..bukan leh elak pun..pastu dia dok kata "sikit je lagi, sikit je lagi".."adik pandai, dah nak keluar tu"rambut dah nmpk byk..aku kena teran gak dan buat2 ada tenaga yg banyak..sbb kalau tak keluar gak nnt depa antar p Bilik Bedah..lg tak mau..emm..dia kata kul 12pm mb dah selesai..n dia kata tunggu smp dia kata "sudah, tak perlu teran, time tu kena berenti"..haa..saat yg ditunggu2..tak sabar gila..aku teran sekuat hati dan akhirnya tepat jam 12.02pm aku selamat melahirkan Luthfil Haziq..terdengar tangisannya buat hatiku lega dan air mata mengalir..mulut terkunci tak terkata..segala penat lelah dan sakit terus hilang..tak sabar nak tgk anak..midwife tu mai tunjuk jantina anak dan muka dia..so peaceful..sgt mendamaikan, sejuk mata memandang..emm baru aku terpikir, anak aku takde baju sebab td kan rushing2 nak ke LR..habisnya berselimut je anak aku..sian dia..nangis melalak sbb sejuk kot..

Saat yang nak terasa sakit balik dan agak ngeri bila midwife tu nak jahit luka..ohh scary lagi sekali..aduhaiii...dia biuskan tp bila dia jahit terasa la jugak dok tarik2 benang etc..aduh..minta cepat2 abis..pastu dah settle terasa syukur sgt..dah tamat semuanya..tp tak lg sbb ada doctor mai cek tempat luka tu..dia siap tekan2 dan korek2 apa ntah..sakittttttt...dah la luka kan..pedih ooo..tak leh ingattt..nasib jahitan ku sedikit saja sebab tak terkoyak besar..bila midwife tu turis so senang dia nak jahit..if terkoyak tu yang masalah..

Tgh2 penat tu ada nurse pratical bg air milo panas diminum menggunakan straw..oohh sgt sedap..aku minum segelas dan minta lg sbb terlalu lapar dan dahaga..aku tgk jam lg..bila boleh keluar ni..nak jumpa famili tersayang..kul 3pm tak kuar2 lg..kata nurse takde katil kosong nak bwk ke wad..haii..tunggu la lagi jawabnya..

Dan buat pertama kalinya nurse bawa anak aku dan letak di tepi belah kiri suh aku menyusu..ohh mengalir air mata terharu lg..anak kecil yg tak pernah diajar mcm mana nak menyusu terus menghisap dgn bersungguh-sungguh sedangkan aku rasa susu takde lg time tu..mungkin dia jugak lapar dan bila hisap tu rasa selesa..

3.30pm aku ditolak keluar dr LR sambil memeluk anak tercinta..bila keluar dr LR, aku nmpk hubby dan ummi sedang menunggu..terasa nak menangis..terasa mcm nak ceritakan detik2 kelahiran anak kecil ini..ummi macam biasa amik gmbr gn hp..mb nak mms pada kenalan dan adik beradik..

Masa melawat jam 4.30pm, ayah mak adik2 ipar, abu, zaid,teh, mak lang, kak chik izzah dan mak tok datang melihat ahli keluarga baru..masa ni semua dok mencari wajahnya mirip siapa??semua kata muka mcm abah..tinggi mcm Wan Muhammad..aku tak kisah muka mcm siapa pun..yang paling penting semuanya sihat dan selamat..Ummi belikan lauk utk makan malam..tak larat nak suap sendiri sebab tenaga semua dah gunakan untuk bersalin dan ummi tolong suapkan..mmg nak angkat kedua2 tangan dah tak mampu sbb terasa lenguh..mungkin terlalu lama memegang pergelangan kaki dengan kuat buat semua tenaga hilang..air milo yang disisip terasa sangat melegakan..bermulalah rutin harianku berpantang selama 45 hari..ohh sungguh lama..

Malam tu aku tidur bersama Luthfil..dia tak banyak ragam..nangis minta disusu dan diam selepas tu..aku tidur mendakap anak kecilku.terasa sungguh bahagia..tp agak rumit utk ke toilet, nak turun katil ambil brg, nak tukar lampin anak, nak minum air sebab tak dibenarkan waris menunggu di wad..sgt tak best..susah sebenarnya takde org tunggu..awat la hospital buat rule mcm ni kan?dgn tenaga yang kurang dan sakit di tempat jahit membuatkan pergerakan agak menyukarkan..kena gagahkan diri nak buat semua tu..tak sabar nak balik ke rumah yang jauh lebih selesa dan ada orang yang membantu..

Aku bersyukur diberi nikmat untuk mencium, mendakap, melihat anak kandungku yang lahir dari rahimku sendiri.. Maha Suci Allah..Engkau anugerahkan aku insan yang sangat bererti buat diriku dan suami..Terima Kasih ya ALLAH..Saaayyaaangg Luthfil selalu..

wajah yang menenangkan, mama sayang luthfil haziq







Saturday, April 9, 2011

ohh sudah overdue...

Hari ni dah masuk 9hb april..bermakna dah terlebih satu hari dr tarikh dijangka bersalin..ohh anakku masih selesa di dalam perutku ini..dah bulat mcm apa ja..takut tgk besar sgt..pagi ni siap kuar breakfast di kopitiam..saja nak bawa abu dan mak tok mai makan di sini..abu teruja sbb macam2 ada..ummi kata nnt kakak blk kita bw mai makan sini..yang penting air fresh oren dia sngt slurrppp...best sungguh..

balik terus ke pasar tani giant beli nasi ulam untuk ummi..fevret ummi tu..mai mesti nak beli..ngidam ke??hehe..blk umah dan terus tlg2 umi di dapur..masak dngn segera sbb kul 12.30 nak melawat wan di hospital...kena tinggal di rumah sbb en suami tak bg p hptal...tak dapat tgk wan..kang ingkar jd apa2 sapa nak tanggung kann??so dok umah ngadap laptop la dl..

kenyang makan butter prawn..oh sungguh enak..bila makan ramai2 mmg syiok..en suami mmg suka butter prawn..kalau masak ari2 lg dia suka..tak leh makan seafood bnyk2 nnt kena gout..hehe..dok terasa sakit jugak ni tp mcm main2 lg..anak pun dok tendang sakit dah..mb dok mengeliat kot..sakit oo bila tendang..walaupun slow tp terasa la jugak tulang kaki dia..syok ka dok dalam ni smp tak mau keluar??

td en suami siap panjat pokok nyok pandan nak bg minum air nyok tu..org petua kata elok utk ibu mengandung..nak bersalin pun cepat..bukan arini ja dok minum air nyok ni..sebelum ni minum gak tp smp arini tak bersalin..hehee..ntah2 anak nak tunggu sama tarkh lahir ngan mak dia kot..kann kann...nak kongsi hadiah bsday lepas ni..yang pastinya anak aku mmg akan lahir bermula 9hb-15hb april..pasni mmg kena celebrate sekali la jawabnya..aku bg dia hadiah dan dia bg hadiah aku blk..boleh gitu??hehehe

doa2kan lah semoga proses nak bersalin nanti cepat dan mudah..moga aku dan anakku selamat hendaknya...


Baby, fetus at 40 weeks - BabyCenter
besarkan baby saya???thinking of him inside...

Thursday, March 24, 2011

oohh..sudah tidak lama...

Comel kan baby ni??bayangkan anakku mcm ni..dok hisap jari ja..

Dah lama tak update cita terkini kan..emm kandungan dah masuk 38 minggu..oh sudah tidak lama untuk melihat anak kurniaan Allah ni..apa rasa??emmm..mcm2 rasa..kdg2 mimpi bersalin..kdg2 sakit di tgh malam..kdg2 rasa mcm nak suh kuar cepat2..kdg2 rasa tak mau bersalin bila dgr bersalin tu sakit..haha..ada ka suma ni??

tgk gmbr tu..kepala baby dah turun ke bawah..bila masuk je 37 minggu, mmg kena bersedia..bila2 dia bolah deliver..so every minute tu sangat nerves..kena sentiasa bersedia mental dan fizikal nak hadapi semuanya..kelengkapan mak dan anak untuk di bawa ke hospital, awal2 lg dah masukkan dlm boot kereta..mana la tau kan p keja tetiba sakit nak bersalin..masuk 7 bulan je dah get ready everything..smp cik abg tanya beg ni nak buat apa buh dlm keta??bla kata ready utk ke hospital then kena gelak..ohh maybe kaum lelaki kurang paham kot yang kaum perempuan ni mmg pikir jauh ke dpan..haha..

dah siap match baju ni nak pakai dgn topi n sarung kaki dan tangan yang mana..mesti la nak kena match kan..haha..mcm pakai tdg la..nak kena match ngan baju..so mcm tu la anak aku nnt..harus di match2 atas smp bawah..haha..

arini demam n pagi2 dah ke klinik amik mc..syg cuti oo..cuti byk lg..harus di simpan utk masa depan..mana la tau nnt anak sakit ke apa kan..harus lah kena cuti..

Thursday, March 17, 2011

Nak anak tapi tak mau bersalin..boleh ke??

Dah masuk sebulan aku dok umah sendiri..Alhamdulillah boleh manage diri dengan keadaan baru..nasib en suami tak lokek nak membantu meringankan tugasan di rumah..bab baju mmg serah kat dia..bestt..lipat baju ni aku suka longgok banyak2 baru lipat..dia yang tak leh tgk baju banyak2 dlm bakul mmg terus amik lipat..hehe..sukanyaa..aku just fokus kemas umah dan dapur..masak2 mmg kena buat la..en suami tak tunjuk bakat dia masak lagi setakat ni..so lepas ni mana tau terdesak kena gak dia buat..hehee..selalu gak pujuk dia suh masak..mana la tau kan kalah chef kat hotel..hehehe..tp masih tak berjaya..dia akan kata..tugas memasak, tugas org pompuan..aku putar balik kata2 tu..eh chef wan kan laki??boleh j masak..hehe..chef ismail..chef zam etc..sumanya laki..terus takde jawapan lgi..hehehe

minggu ni stay kat umah ja..abu umi nak p kelantan..so tak leh nak blk bertam..nnt sebulan dok bertam..oh sngt tak sabar..mak ayah mertua pulak pg kl nak attend kenduri anak sepupu ayah di Nilai..so plan kami hanya di rumah...en suami nak abiskan membuang semak samun di rumah..rajin dia kan??senang panggil je org mesin rumput..tp dia nak buat semua sendiri secara manual...oh sangat penyabar orngnyaa..kalau aku dah lama tinggal..hahaa

tadi dpt panggilan dr Kak Ayu..my lovely sister..sayang kak ayu..kak ayu call nak bgtau dia mimpi aku nak bersalin dah semalam..haha..dia selalu mimpi aku..rindu la tu..hehe..situasi itu kak ayu kata mmg real so aku skrang ni kena tunggu masa bila nak bersalin ja..ohh lagi 23 hari..tak leh caya..tp kena gak la percaya kann..dok tunggu2 lama dah..nak anak tapi tak mau rasa sakit bersalin??boleh ka??hahaa..jangan mimpi la kauthar oiii...

kak ayu pun jemput sekali ke kenduri kesyukuran di rumah mak nya esok di Tokai..kak ayu kata menu laksa dan nasi..ohh..laksa ni..harus kena pergi..kena pujuk en suami p jugak kenduri ni..harap dia mau p n takda apa2 plan nak p tempat lain..kak ayu kata mai ptg pun takpa..nnt dia simpankan laksa..hehee..sayang kak ayu pada adiknya..