Akhirnya selepas berjaya menghabiskan pantang selama 45 hari,baru berpeluang mencuri-curi masa nak menulis tentang perjalanan anak kesayangan permata hati aku, LUTHFIL HAZIQ lahir ke dunia...saat yang tak boleh dilupakan dan dapatlah rasa betapa sakitnya nak bersalin..
LUTHFIL HAZIQ..yang bermakna 'Yang lemah lembut lagi bijak pandai'..berharap nama yang diberi memberi perwatakan yang baik pada anak kecil ini nanti..dilahirkan pada hari Selasa, 12hb April 2011 bersamaan 8 Jamadilawal 1432, jam 12.02pm di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah dengan berat 3.12kg dan tingginya 51cm.
Sepatutnya puteraku dijangka lahir pada 8hb April 2011..mmg semua org suruh dia lahir pada 14hb April sbb sama tarikh dgnku tp mana le kita leh paksa dia nak keluar bila kan..huhu..
Detik kelahirannya bermula apabila dah terlewat 4 hari iaitu pada malam 12hb April 2011..sedang enakku tidur dan seperti biasanya mesti akan bgn malam sbb nak terkucil..biasa la bila perut makin turun luthfil ni menekan2 pundi kencingku..so kerap la membuangnya..(time ni takde lg nama Luthfil)..hehe...time tu aku tgk jam kul 2.15am..bila dah nak smbg tidur tetiba terasa mcm pelik..terasa masih ada air yg mengalir tp skit je la..dok pikiaq.."eh air apa pulak ni..rasanya mcm dah buang habis.."tengah confuse apa sebenarnya air tu..time yg sama teringat citer Kak Ida yg dia pun mengalami kes yg sama masa nak bersalin Adam dan dia pesan jgn cepat panik..so aku kejutkan Hubby yg kebetulan nak bgn solat Isya..penat sgt smp tidur dl baru nak bgn solat..then hubby tanya dah rasa sakit ke??dia mmg dok menunggu saat2 nak lahir ni kan..tp aku diam je sbb tak sure nak pg hospital ke tak..hubby suh pegi hptal nnt leh la nurse confirmkan betul ke tak nak bersalin..emmm..
Tiba2 terasa sakit perut..aku dah rasa suspen..adakah ini contraction..bukan construction bak kata Dalila..haha..sakitnya tak la kuat..tgh confuse lg sakit nak bersalin ke or sakit perut nak membuang lagi..emm..terus masuk toilet semula dan betul itu panggilan nak membuang..then lepas satu bab..confuse lg samada nak pg hospital skrang or tunggu pagi esok..tp dok bayang lak buat jd mcm kakak, kan naya..haha..ampun kak!! takut la pulak..so nak tenangkan diri terus msg ummi sbb kul 2am mesti umi tgh tidur lena..msg je la kalau tak bls nnt pikir jalan lain..kebetulan mak tok pun ada kat rumah..tak mau la kejut sbb mak tok pun letih dok jaga wan kat hospital..tak lama lepas tu dgr msg masuk..ohh msg dr ummi ni..terus baca then ummi kata "pergi makan sikit dan mandi..siap2 ke hospital dan minta ampun pada zaharan"..sentap skit ayat last tu..ok terus la aku kuar pg buat air milo dan makan biskut hupseng beberapa keping..itulah sumber tenaga yang digunakan utk melahirkan Luthfil nt..tp bila tgh mandi tu terasa loya dan aku muntah semuanya balik..eh ehh..macam awal2 pregnant lak dl muntah2 ni..haha..time tu dah tak lalu nak makan lg..harap2 tenaga ada nak bersalin nnt..hubby dah kol mak ayah bgtau yg aku dah ada tanda2 nak bersalin..so mak pun siap2 dan akan dtg ke rumah kami nnt nak ikut pg hospital sama..nasib mak mertua dekatkann..syukuurrr..time macam ni perlukan sokongan dari org berpengalaman..
Dah siap apa yang patut, aku keluar dr bilik dan pergi pada hubby yg tengah tgk Discovery..terus aku salam dan minta ampun dari dia..banyak oo buat salah kat dia..minta dia Halalkan makan minum aku selama ni dan doakan aku nnti..if anything happen mana la tau aku tak selamat ke nak dia jaga anak aku elok2..ajar mengaji pandai2 dan yang penting anak aku leh doa utk aku nnt dlm kubur..(haa..time ni feeling habis..banjir la sekejap sbb part sedih kann)..
Lebih kurang kul 4am mak, ayah dan adik Biya smp dan aku gerak mak tok bgtau kata nak ke hptal sbb dah rasa sakit..mak tok pun heran awat la dok jalan pi mai pi mai..ada apa2 ka tp tak le bangun..kan rumah papan, so bila jalan dengar la derapan kaki tu..hehe..aku jalan ala2 catwalk tp hubby jalan mmg dgr la derapan kaki tu..hehehe
Smp je hospital terus naik wad bersalin tingkat dua dan nurse check kata dah buka 3cm..punya la lama dok dlm wad tu..aku dah ngantuk2..kalau ada hp leh msg2 dgn hubby ke ummi ke kan..emm..sian suma yang tunggu kat luar..contraction ada rasa tp skit je..so diorg hold dulu..bila dok tunggu2 atas katil tu mcm lama je aku pg duduk kat sofa tu..bersembang la dgn patient lain yg sama kes dgn aku..time ni contraction makin kuat dan tp tak kerap..bila dia dtg mengeras perut tu hanya Tuhan saja yang tau..sakit gila..tak tahan..
Jam bergerak labat je rasanya..tgk dah kul 7am..nurse bgtau nak antar aku ke wad 2C..so standby nak ke sana..inagt boleh la balik kan sbb rumah dekat je..nurse kata kalau 4cm baru depa tolak masuk Labour Room..bila dah masuk ke wad 2C, hubby mai antar sandwich..so aku makan la 2 keping sandwich memandangkan td dah muntah..takut la kalau bersalin lewat ka takdak tenaga..kawan aku tak dak tenaga masa bersalin dan kena ceaser..tak mau aarr..terus makan walaupun terasa pahit je mulut time tu..contraction makin kerap datang dan mmg tak leh nak baring..aku duduk atas kerusi tepi katil tu dan dok pegang je perut..dok usap2 perut suh Luthfil keluar cepat2..aku dah tak tahan sakit..
9am mcm tu Doktor Pakar round dan check kata aku ni mmg lmbt lg sbb 1st baby..kalau esok tak buka juga mmg nak induce..ehh scary tau..cepat2 minta doa supaya cepat bersalin..aku msg2 dgn kakak dan kakak tanya dah makan lum ubat yg dia bg tu..haa..ubat tu dlm handbag..belum makan dan takut nak makan sbb takut lg sakit ka kan..haha..bila kakak kata makan la cepat.terus aku meraba2 dlm handbag..mana ntah pi ubat ni..aku rasa dah letak dlm poket tp cari2 takde..adess..p mana pulak dah..geramm..(ubat ni sejenis pil yang bidan kelantan buat..kawan2 kakak dah makan dan kata mmg akan cepat bersalin)..tgh2 contraction mmg la tak leh nak fokus..last2 jumpa gak..aku telan 2 biji..rasanya mujarab ubat ni dan doa2 dr kawan2 dan saudara, sakit makin kuat..
10am, nurse dtg nak bg ubat antibiotik dan aku kata aku dah tak leh tahan sakit..mmg sakit yang amat sgt..nurse suh aku jalan ke bilik rawatan depan bilik aku tu..adoi..nak suh jalan mmg terasa seksa..kalau ada org leh ja aku minta dipapah..so gagahkan diri ke sana..ingat lg nurse tu nama Zaiton..baik orgnya..kebetulan ada doktor pakar kat situ dia check kan dan dia kata dah buka 5cm..so fast nurse tu kata..sbb selalunya 1st baby lambat nak buka..sejam 1cm..depa terus call Labour Room..penuh..oohh terasa frust gila sbb aku dah sakit mcm apa ja..tak leh nak gmbrkan..aku pegang besi katil kuat2 dan bila nurse lain yg mai tgk aku, aku pegang tgn nurse tu kuat2 nak hilangkan rasa sakit..muka dah berpeluh..terasa seram sejuk mcm nak demam..nurse tu mcm nak marah aku..dia kata.."dik, kalau sakit jgn pegang tgn org sbb adik pegang tu sakit"..haha..mb dia sakit kot..mana la aku tau..kalau ada hubby leh gak pegang tgn dia..dah tak bg pegang tgn dia, aku dok picit2 kat dahi..dia mai pulak then kata, "adik picit dahi ka??jgn dok picit bhgn badan..nnt lebam sana sini..adik tak nmpk tu"..kena lagii..tak lama lepas tu, dtg pulak time nak meneran..sakitnya berkali ganda..mmg automatik tak leh nak tahan..aku ditinggalkan sorg2..aku dah tak kira kalau terbersalin kat sini, nasib la..sakit sgt dah..dlm hati dok berzikir dan baca ayat mcm2..aku try baca surah yassin..smp ayat ke-5 aku jd lupa..ulang lagi..tak boleh jugak..heran..padahal aku hapai Surah tu lama dah..huhuu..
Aku dok tgk jam kat dinding dok berjalan tp masih takde sapa bw aku p LR..nurse tu mai lg dan call LR kata penuh lg..haihh ramainya nak bersalin time ni..aku dok meneran lg..dan nurse tu nmpk aku dok meneran, cepat2 dia ajar aku cara yg betul..tarik nafas dalam2 dan lepas kot mulut..jgn lepas kot meneran..nnt kepala anak panjang..emm aku pun buat mcm tu..sakit makin kuatttt...nurse tanya husband nak masuk tak dlm LR??aku tak tau nak jwb sbb dia takde kat sini..nak kol pun hp dlm bilik.so takde jawapan..dlm hati mmg nak dia temankan tp time sakit tu aku dah tak leh nak pikir..sorang2 pun takpe la..janji anak kuar cepat..
Masa ni mmg kronik dah dan nurse tu check lg dan dia terkejut sbb dah nampak rambut Luthfil...haaa...aku pun terkejut dan plus gembira akhirnya smp masa nak bersalin..tgk jam kul 11.15am..terus diaorg gelabah dan menjerit2 kata os full..os full (betul ke eja??)hentam je..aku tak amik bidang medic..sebutannya dgr mcm tu..hehe..pastu terus diaorg kelam-kabut transfer aku ke katil lain dan terus tolak ke LR laju2..mmg speeding abis sbb dah kronik sgt ni..nnt anak lemas kan..pastu suma dok kata "cepatnya adik ni..pg td bru 3cm"..haha..adakah mujarab ubat kakak bg??huhu..nnt kakak leh buat bisnes juai ubat kuat ni..haha
Sedih tak dapat nak inform pada family..tgh2 dok tolak ke LR tu aku nmpk husband dok tunggu kat luar tp nak bgtau mcm mana kan..tgk dan sedih sorg2..aku tgk jam dlm LR tu kul 11.30am..masa tu Midwife cina yg handle kes aku..1st time masuk hospital ni..nasib dpt perempuan..kalau laki, seram gak la..midwife ni baik dan aku rasa selamat dgn dia..huhu..dia dok ajar aku camna nak meneran..bila sakit hilang baru tolak dan meneran..dan aku buat mcm yang org berpengalaman ajar aku..so ilmu2 tu aku ingat balik..dlm masa yang sama, dlm hati dok baca doa Nabi Yunus dan selawat yg kak ayu ajar dl..sgt bergunaaa...
Aku push cepat2 supaya cepat keluar dan cepat sakit tu hilang..mmg terasa bila dia hiris kulit aku nak bukakan jalan..ohh seriau..tp biar je la..bukan leh elak pun..pastu dia dok kata "sikit je lagi, sikit je lagi".."adik pandai, dah nak keluar tu"rambut dah nmpk byk..aku kena teran gak dan buat2 ada tenaga yg banyak..sbb kalau tak keluar gak nnt depa antar p Bilik Bedah..lg tak mau..emm..dia kata kul 12pm mb dah selesai..n dia kata tunggu smp dia kata "sudah, tak perlu teran, time tu kena berenti"..haa..saat yg ditunggu2..tak sabar gila..aku teran sekuat hati dan akhirnya tepat jam 12.02pm aku selamat melahirkan Luthfil Haziq..terdengar tangisannya buat hatiku lega dan air mata mengalir..mulut terkunci tak terkata..segala penat lelah dan sakit terus hilang..tak sabar nak tgk anak..midwife tu mai tunjuk jantina anak dan muka dia..so peaceful..sgt mendamaikan, sejuk mata memandang..emm baru aku terpikir, anak aku takde baju sebab td kan rushing2 nak ke LR..habisnya berselimut je anak aku..sian dia..nangis melalak sbb sejuk kot..
Saat yang nak terasa sakit balik dan agak ngeri bila midwife tu nak jahit luka..ohh scary lagi sekali..aduhaiii...dia biuskan tp bila dia jahit terasa la jugak dok tarik2 benang etc..aduh..minta cepat2 abis..pastu dah settle terasa syukur sgt..dah tamat semuanya..tp tak lg sbb ada doctor mai cek tempat luka tu..dia siap tekan2 dan korek2 apa ntah..sakittttttt...dah la luka kan..pedih ooo..tak leh ingattt..nasib jahitan ku sedikit saja sebab tak terkoyak besar..bila midwife tu turis so senang dia nak jahit..if terkoyak tu yang masalah..
Tgh2 penat tu ada nurse pratical bg air milo panas diminum menggunakan straw..oohh sgt sedap..aku minum segelas dan minta lg sbb terlalu lapar dan dahaga..aku tgk jam lg..bila boleh keluar ni..nak jumpa famili tersayang..kul 3pm tak kuar2 lg..kata nurse takde katil kosong nak bwk ke wad..haii..tunggu la lagi jawabnya..
Dan buat pertama kalinya nurse bawa anak aku dan letak di tepi belah kiri suh aku menyusu..ohh mengalir air mata terharu lg..anak kecil yg tak pernah diajar mcm mana nak menyusu terus menghisap dgn bersungguh-sungguh sedangkan aku rasa susu takde lg time tu..mungkin dia jugak lapar dan bila hisap tu rasa selesa..
3.30pm aku ditolak keluar dr LR sambil memeluk anak tercinta..bila keluar dr LR, aku nmpk hubby dan ummi sedang menunggu..terasa nak menangis..terasa mcm nak ceritakan detik2 kelahiran anak kecil ini..ummi macam biasa amik gmbr gn hp..mb nak mms pada kenalan dan adik beradik..
Masa melawat jam 4.30pm, ayah mak adik2 ipar, abu, zaid,teh, mak lang, kak chik izzah dan mak tok datang melihat ahli keluarga baru..masa ni semua dok mencari wajahnya mirip siapa??semua kata muka mcm abah..tinggi mcm Wan Muhammad..aku tak kisah muka mcm siapa pun..yang paling penting semuanya sihat dan selamat..Ummi belikan lauk utk makan malam..tak larat nak suap sendiri sebab tenaga semua dah gunakan untuk bersalin dan ummi tolong suapkan..mmg nak angkat kedua2 tangan dah tak mampu sbb terasa lenguh..mungkin terlalu lama memegang pergelangan kaki dengan kuat buat semua tenaga hilang..air milo yang disisip terasa sangat melegakan..bermulalah rutin harianku berpantang selama 45 hari..ohh sungguh lama..
Malam tu aku tidur bersama Luthfil..dia tak banyak ragam..nangis minta disusu dan diam selepas tu..aku tidur mendakap anak kecilku.terasa sungguh bahagia..tp agak rumit utk ke toilet, nak turun katil ambil brg, nak tukar lampin anak, nak minum air sebab tak dibenarkan waris menunggu di wad..sgt tak best..susah sebenarnya takde org tunggu..awat la hospital buat rule mcm ni kan?dgn tenaga yang kurang dan sakit di tempat jahit membuatkan pergerakan agak menyukarkan..kena gagahkan diri nak buat semua tu..tak sabar nak balik ke rumah yang jauh lebih selesa dan ada orang yang membantu..
Aku bersyukur diberi nikmat untuk mencium, mendakap, melihat anak kandungku yang lahir dari rahimku sendiri.. Maha Suci Allah..Engkau anugerahkan aku insan yang sangat bererti buat diriku dan suami..Terima Kasih ya ALLAH..Saaayyaaangg Luthfil selalu..
wajah yang menenangkan, mama sayang luthfil haziq
comelnya..subhanallah...
ReplyDeleteTudia cerpen panjang lebaq haha.. inshaAllah, selamat2. moga luthfi membesar sihat, jd penyejuk mata, penyejuk hati,inshaAllah. amin :)
ReplyDeleteTahniah Kauthar...
ReplyDelete