Tuesday, May 5, 2009

selamat tinggal uitm..

chef siti berposing ala chef diva

chef khidir dgn gaya brutalnya

chef arill..konon belek magazine cari ilham kot

chef parut dgn chopper nya...apa la nak msk ptg ni ya..hihi

hari2 terakhir kami beraksi bersama cutleries di Kitchen 6,uitm..
mcm2 gaya dibuat..yer la lps ni mana bleh nak buat perangai mcm ni lg..

tgk gaya seorg chef...chef K...

ermm...dah lama tak mengarang ni..alhamdulillah akhirnya tamat la sudah pengajianku pada semester ini..abeh sudah presentation research aku,INDEPENDENT STUDY @ IS..mmg nightmare la jugak nak siapkan IS ni..kwn2 aku ada yg smpai demam dlm proses menyiapkan..IS ni adalah sebahagian dr thesis sebenar bg sesiapa yg nak lanjutkan pelajarannya ke MASTER...aku nak smbg master ke??tggu dulu la..dah penat la belajar..nak kerja la plak..kalo ada peluang dan rezeki nak sambung belajar,aku akan belajar..

abeh ja presentation IS mmg btol2 release la..sakit kepala nak memikirkan bnda tu..hihhih..aku dah lakukan yg terbaik..kita tggu result ja bulan 6 ni..harap2 aku lulus semua paper..takut subjek (Organizational Behaviour)OB tu..soalan yg ditanya mmg perlukan motivation yg tinggi utk jawab..perah2 otak pun tak leh nak gali gak apa dia nak..itulah exam yg paling seram penah aku jwab...kalo bleh tak nak repeat subjek tu..aku berdoa siang dan malam minta lulus ja..

gmbr di atas tu sesaje aku letak..lps ni dah tak pakai lg full attire kitchen melainkan pada siapa yg nak teruskan kerjaya sebagai seorg chef atau lecturer yg nak ajar teknik memasak kepada anak murid mereka..aku dah smpan baju tu elok2 dlm almari...selama 5 tahun aku memakai baju tu dan pelbagai kenangan suka dan duka bersamanya..dr zero ilmu memasak aku dan berbanding sekarang rasanya tak tau nak ckp byk mana..alhamdulillah..berkat kesabaran dan sokongan dr pelbagai pihak aku berjaya capai semua itu..kalo org tanya mcm mana nak msk itu ini,bleh la aku cita serba skit sbb aku ada asas2 memasak itu...

hari last kitchen,tiada sebarang produk yg perlu dibuat..aktiviti bebas..en esa selaku lecturer yg mmg suka mengambil gmbr,awal2 siap suh kitaorg buat pose ala2 model chef la ni..setiap org 5 keping gmbr..malu siot pose dpan en esa..aku mula2 sembunyi gak tak mau amik tp dah suma org bising suh aku pg..aku pon pg la...dengan periuk belanga aku beraksi..hahaha..bukan sng nak jd model ni..en esa kata.."dengan sy pon awak nak malu buat apa?"..aishh..mesti la malu..pompuan mmg la pemalu..hihi..tgk la tu pelbagai aksi dan gaya yg dibuat oleh setiap kami..semua tnjk pose yg paling sempoi..maklum la last kitchen...




5 comments:

  1. tahniah lang! nanti kenduri, nak chop awk masak! hahah..

    tp kenduri awak, sapa nak masak lak?

    ReplyDelete
  2. takpa..kwn lang ramai..btau j bila nak kenduri..hihihi..tp lang nak chop awak jd photographer tau..chop awai2..

    ReplyDelete
  3. kakak chop jd wedding planner..hahaha

    ReplyDelete
  4. Teh chop jadi jemputan... VVIP tau...hehehe

    ReplyDelete
  5. Sapa2 chup nak tanggung kos kenduri.........ada tolong respond ya. Tentu tak dak kot.

    ReplyDelete