Sunday, April 8, 2012

Fragile sungguh

Hohoho...title apakah tu??fragile bukan bermakna barang mudah pecah aje tp sikap sy yg fragile ini..hehe..apalah nak melalut ni..emmm...sy ni mmg mudah mengalirkan air mata atau gelaran lain oleh kakak2 ku.."ratu ari mata"..haha..mmg lah betul sbb apa2 hal pun yang berkaitan dgn emosi mesti sy akan menangis sesungguh hati..kadang2 tu org lain yang sedih, sy lak yang menangis..seakan2 boleh mendalami isi hati org tu..aduhh..nak buat camna kan..bukan tak lawan tp dah cuba dan tetap tak boleh nak control smp skang..ingat dah kawen, hilang tp tak juge...

Teringat masa kakak kawin dulu dan abu berpesan pada kakak itu ini tentang tanggungjawab sebagai isteri etc, tup tup aku yang 'fragile' smp kakak kata "sapa yang kawin ni?"..hahha..hampesss...pelik sungguh aku..bila dlm halaqah keluarga yang abu selalu buat suatu ketika dulu, if pesanan dari abu kepada adik2 atau kakak pesan pada org lain, aku yang tak berkaitan ni mmg kena siapkan tisu kat sebelah awal2 sbb dah tau akan 'fragile' ngalahkan org lain..hehee...

Ingat lagi masa mengandung haziq dulu bila ada terasa hati dengan Mr Z dan selalu jugak la 'fragile' ni smp dia pun pelik..kenapa benda kecik pun nak menangis??dia kata jgn asyik menangis, kesian anak dlm perut tu..emmm so try control tp kalau dah 'fragile' tu nak buat camnakann..bila lahir je haziq ke dunia, dan bila dia menangis hingga mengalir air mata tu, Mr Z akan kata, haa ni nangis smp kuar air mata ni tiru sapa??sambil mata dok tgk saya..hahha..perli nampak...ok haziq dah tiru mama..kuikuii

Tengok ni makan sambil menangis..mengamuk apa ntah..


Jumaat lepas, sy, ummi, abu dan haziq hantarkan Mr Z yang nak terbang ke bumi Denmark selama 10 hari.kalau ikutkan 10 hari tu sekejap je kan tp terasa lama sbb jarak yang jauh dan konfirm dah mesti tak leh contact direct dan hanya berhubung dgn alam maya..kalau nak buat roaming mesti charge mahal dan sy rasa baik guna duit tu utk berbelanja di sana..hehe..so suruh dia kontek thru fb and email je la..sy suggestkan suh dia bawa laptop..tp dia yang bukan kategori IT savvy ni awal2 lg tolak kata susah itu ini..kalau sy, itu yg masuk dlm list dl..hehe..

Masa nak antar tu mmg cool lg walaupun terasa dah nak fragile..aku kuatkan hati dan bgtau diri jangan nak 'fragile' dpn2 org ramai ni..tp masa nak balik tu, salam dan peluk je dia, terus bergenang air mata dan apa lagi, kolam dah pecah..haha..malu seh..dia gelak je dan kata.."laaa, nangis buat apa, 10 hari je bukan lama"..haha..malu mak tau..mesti org lain ushar..belasah je la..ampa tak tau apa aku rasa..haha

Aku pun tak tahu sampai bila akn jadi mcm ni dan menjadikan ia satu kelemahan la jugak..bila emosi je, nangis..dah cuba selama ini tp tak berjaya jugak so biarlah kann..jd trademark utk diri..org kata kalau mudah mengalir air mata ni, rezeki murahh..wahhh kalau mcm tu nak amik cepat2..hehe...

Tuesday, April 3, 2012

Saya masih enjoy "breastfeed" anak kecil saya...

Hye semua..wah dah lama tak menaip dlm ruangan ini..sibuk sgt ke kauthar??emm sibuk la jugak..haha..ada je masa free sikit2 sebelum ni tp mls nak menaip..masa nak mengadap ruangan ini hanya di ofis..bila balik rumah mana boleh nak memerap dlm bilik dgn lappy lama2 sbb ada si kecil yang akan dtg merengek2 nak naik duduk di kerusi nak buat mcm mana mama dia sedang buat (refer pada mengadap laptop ni)..kalau dia duduk diam di riba sambil sy bertenet ni takpe, tapi bila depan lappy ni tangan dia mesti nak tekan2 papan kunci ni..kadang2 tu dengan drastik menghempuk2 dgn suka hati..huhu...mahai tau lappy tu wan beli kat mama..jgn la hempuk kuat2..sian dia..so kena la batalkan niat bertenet bila anak berjaga..huhu ...hendak di layan 101% dengan dia..layankan aje kan..siang dah tinggalkan 8 jam..malam hanya ada berapa jam sgt nak main dgn dia...kul 8-9pm dah tidur...

emmm anak ini mmg unik perangainya..kdg2 buat kita happy bila tgk keletahnya..kdg2 nak marah akan reda dgn sendiri bila tgk dia buat lawak or do sumthing yg tak masuk akal..lg 11 hari umurnya akan naik ke angkat 1 tahun..takde lagi bulan2 tu..huhu..masa sungguh cepat berjalan..sedar tak sedar dah 11 bulan saya breastfeed dia..saya bangga dgn status bf mama itu..walaupun tak 100% sbb sudah dicampur dgn susu formula..(susu sudah semakin kurang sbb rezeki saya 2012 ni) tp sy tak salahkan takdir..sy masih bangga sbb walaupun kandungan sudah 18 minggu tp susu masih ada dah sy teruskan mengepam di opis..sy tak kisah org nak kata bawa berbeg2 naik tangga nak usung semua perkakas bf ni..pump 1 beg, storage bag 1 beg, laptop 1 bag..haaaa ngusung la setiap hari..tp sy tak kisah pun berat semua tu sbb sy nak hasilkan yg terbak utk anak kecil saya ini..biar dia membesar dgn sihat dan hasil dr ibunya sendiri..sy lg suka nak susukan anak dr hasil sy sndiri dr bg susu lembu pada anak saya tp apakan daya..tak byk rezeki nak bg kasi dia smp 2 tahun..

doktor dah pesan suruh putuskan susu bila kandungan 7 bulan sbb nanti dia akan berebut2 nak df dgn adik dia..sy tgh confuse mcm mana nak stopkan bf ni..sedih pun ada..tp walaupun sy stop tp ttp nak bg stok ebm pada dia..Insyaallah..dah berjanji pada diri, if ada adik pun sy nak teruskan bg dia stok ebm ni..nasib dia nak minum jgk dlm botol..kalau tak, jenuh sy memikirkan camna la keadaan dia tanpa nutrient dr susu..hehe

Masa disahkan mengandung tu mmg nmpk hasil ebm ni makin kurang..ingat sbb stress dan cara pemakanan yang kurang betul tp bila tnya kakak dia kata mmg la mengandung, susu akan kurang so nak tak nak mmg kena campur formula jugak sbb stok ebm dah makin susut..so setiap hari bila di rumah mak mertua (haziq stay dgn maktoknya) mmg sy bekalkan susu formula dan waktu malamnya dan juga weekend mmg dia df je dgn saya..tp sejak dia meronta2 dan menjerit2 mcm tak puas hati tu walaupun dah df, baru sy mula perasan susu sy dah makin krg pada waktu malamnya..so nak tak nak sy kena gantikan dgn susu formula semasa di rumah..emmm lg sedih time tu..semasa 1st time nak bancuh tu terasa juga sedihnya sbb sy sanggup nak bg susu lembu ni pd anak sy sndiri..sy tak mampu nak bekalkan dia dgn susu ibu yng byk khasiatnya tp mcm sy kata td apakan daya, anak dlm perut ni juga perlukan nutrient dr sy ..sy pun fikir secara positive dan nak sedapkan hati kata sy kata dlm hati..emm takpe lah susu formula pun janji anak sy kenyang dan dpt nutrient jugak..so belasah je la susu formula ni..huhu..

sy rindukan hasil yang penuh mcm ni...tunggu next baby ye en freezer...hihi

so bermulalah hidup sy malam2 bila dia tak mau df, sy kena bgn malam dan bancuh susu utknya..sebelum ni sng je hidup..menangis je kasi df..tp hidup sudah berubah..huhu..nak g jalan pun kena bawa bekal bagai..1 beg baju..1 beg susu etc..haha..so lg kalut la bila nak kuar berjalan tu..dgn bekal air panas etc..huhu..haziq skang bila nak susu je mesti akan menangis2 smp menyebut AYIIEEE merujuk kepada susu la kot..mana mai ntah perkataan tu, sy pun tak tau..nak sebut AIR kot tp jd AYIEEE..hahaa...terharu hati sy bila dia nak ayiiee, sy bancuhkan sebotol susu tu tp dia menangis2 tak mau jgak..sy dah tak keruan..bila diberi df baru dia hisap dgn happynya smp tertidur..emm nak ayiee df rupanya..so sy tau dia masih nak bergantung pada df ni walaupun susu tak berapa ada pun..tak selaju dl memancut2..huhu..

sy teringin nak tgk freezer sy full dgn stok ebm tu..skang ni bila nak buka freezer pun rasa tak mau je sbb freezer kosong dan penuh dgn benda lain..hahaa...sy masih enjoy mengepam walaupun hasilnya amatlah sedikit setiap kali pam..tp ttp sy happy..sedikit2 lama2 jadi la bukit..betul takk???

Monday, December 26, 2011

Kita ber'jusco' dulu..

Awatnya tajuk serupa di atas??haha..al-kisahnya last weekend kami pulang ke Bertam Ketam..emm..ummi ada bgtau kat jusco ada Pameran Petrosains Dinotrek kat Jusco Seberang Perai..so apa lagi..kalau balik je bertam mesti nak p Jusco..sebab apanya cik kak oii...sebaaaabbb ana dah boring asyk dok ulang alik Pacific je (hanya itu yang best di kedah ni)..tiap kali nak balik bertam mesti ajak Mr Z p Jusco sampai dia naik heran apa yg syoknya Jusco tu..kdg2 takde apa nak beli pun..dan tiba2 terus kena create alasan yang munasabah kata nak beli barang..haha..brg apa tu??emm nak cari baju haziq..hahha..nak auntie's anne??mcm la kedah takde jual baju baby..ahha...alasan uols..

So khamis lepas kami bertolak balik selewat jam 9pm..hhaha..selalu balik petang..smp mak mer tanya nak blk jugak ke malam2 ni??dgn tenang anaknya menjawab.."la mak ni..bertam sejam ja"..huhu..blk malam2 ni syok jugak sbb haziq tak membuas dlm kereta..kalau tak, nak main, pusing2 merata..nak duduk kat bawah dan kutip semua benda yang dia nmpk menarik dan masuk mulut nak merasa..hahhaha...malam tu dia tidur sepanjang jalan..cayalah haziq, tenang je mama jaga kamu malam tu..

Esoknya bersemangat bangun awal sbb nak p Jusco..haha..haziq kena tidor seround sbb satgi kita nak p main..emm..mamanya bersemangat lebih entah2 anak tak tahu pun dia p tgk apa..ok..ni mama nak exposekan haziq pada binatang bernama dinosaur..nnt besaq takde la tanya dinosaur tu apa..huhu..

Kira tak rugilah p tgk pameran tu sbb tambahkan ilmu ni sikit..walaupun tak banyak mana dinosaurnya tapi cukuplah nak menghiburkan hati zaffran yang kena tinggal dek ibu dan abahnya yg p hanimun dan haziq yg tak tau apa2..tau nak makan pasir..hehe..tapi haziq agak kagum bila tgk dinosaur yg bunyi kuat dan besar dari dia tu..jom layan pics ni..

....................................





Tembak jangan tak tembak...

Makan budok ni??

Haziq nak jadi ahli kaji bumi tak??

emm...makan pasir tu lagi best dr cari tulang dinosaur

Affe control the dino



--------------------------



bila dah penat kami layan ni pulak..huhu..jgn jeles








Wednesday, December 7, 2011

Takdak keja...(alasan padahal ada je keja)

Jom layan gambar ni..saja suka-suka


haziq get ready nak p umah mak tok kinah


Sibuk nak masuk dlm bakul..happy gila dok dlm ni

Masa baby tak nak kena bedung..bila dah besar kena bedung smp tersengih-sengih


Saturday, December 3, 2011

Kena tinggal..

Kedua-dua Cinta hati saya

Ohh tajuk sudah dramatis..haha..apakah kisah disebaliknya??emm saya kena tinggal lagi buat kali yang ke berapa ya??sapa yang tinggal??of cos la suami tercinta..huhu..ohh tak terkira..sejak haziq dlm perut lagi dah kena tinggal bnyk kali..ke sabah seminggu, ke pahang 3 hari, ke langkawi 3 hari, ke KL lg lah banyak kali..perak, perlis..emm tak ingat dah tp kebanyakannya kena tinggaaallll...ooh tak suka..

Semua list di atas ok lagi sbb dlm Malaysia..kali ni ada org tu terbang ke negara jiran..Bandung..huhu..tempat yang aku teringin nak jejak sebaaaabbb...tempat shoppingg..haha..sebut je shopping semua jadi gilaan kaum wanita..kadang tu bukan nak beli apa pun tp if window shoping tu terasa cukup dah..haha..mmg gila kan kerja ni..emm..bila ke bandung ni takde lg dpt khabar berita dgr dr hubby..tak suggest buat roaming sbb nnt bilnya smp berganda2..kesian..baik guna duit tu utk shoping..haha..so haruslah bersabar seminggu ni..

Mr Z pergi ke Bandung sejak hari Selasa lepas, belum dpt any news pasal dia..melawat ke mana pun aku tak tau..mmg seminggu la hp diam tak berbunyi..huhu..malam ni insyaallah dia smp KLIA..hopefully selamat sampai dengan selamatnya..belum tau lg bila dia nak balik ke Kedah or penang..boleh je nak amik kat Airport penang esok..tak sabar nak tunggu kepulangannya..nak tgk telatah haziq bila jumpa abahnya..kenal atau tak??huhu..tungguuuu

Sunday, November 13, 2011

Sekitar Majlis Akikah 12/11/2011


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya terlunas jugak hutang haziq untuk dirinya..dan selesai jugak tanggungjawab kami untuk melakukan Majlis Aqiqah untuk Luthfil Haziq..penat mmg tak yah cite..tp puas hati sbb ramai kawan2 dan tetamu dtg memeriahkan majlis ini..dimulakan dengan bacaan yassin dan tahlil..lepas tu makannnn..lauknya alhamdulillah semua ckp sedap dan kami mulanya agak frust sbb kami plan nak buat masak kurma utk kambing tp caterer tu hantar kambing masak merah..emm..mula tu macaaammm...aishh tak puas hati..dah kol tanya caterer, dia kata kami yg request masak merah..aik...kami pulak salah..tp takpe la..apa boleh buat..kita bedal ja..licin jugak akhirnya kambing itu..sungguh mendapat sambutan..

Yang paling kagum ialah haziq..selalunya siang hari dia tak mau lena langsung..nak main..tp masa majlis tu asyik lena ja smp org dtg mana anak, dok lena..huhu..dr pg lena dr 10am-12pm..org baca yassin tepi telinga pun tak jaga..dah puas main tu, tidoq lg kul 2pm-4pm..haha..kalau tak, puas jugak la nak paksa dia lena..


Mostly makanan yang terhidang semuanya dpt pujian..cream puff yang aku buat tak sempat nak makan puas..takpa niat nak jamu tetamu..itu pun habis cepat..tetamu yang lmbt mai dok tanya mana cream puff..hehe..habis sudah..pandan layer cake ummi bawak pun laku..ada kwn Mr Z yang pregnant dok pulon makan..smp tanya beli mana..dia nak p cari..haha..aku kata import dr penang..dia kata nak p cari, sbb kampung dia kat sana..haha..semangat..lepas ni boleh la order lg kat ummi memandangkan ramai yang suka..tepung talam yang ditempah dari Kak Ngah Tok teh pun mendapat sambutan..adik makan dia tanya.."kak beli mana?"..zaidi makan rasa melt dlm mulut..pergh sedap laa...haha..punyalah sedap smp tak tau nak kata mcm mana..bengkak gandum yang jiran bg pun sedap..roti jala pun sedap..mak tambah buat kuah durian..lg la org makan banyak..harith kata tak puas makan roti jala sbb dah habis..haha..kesiann..semua kuih habis awai..kami tak plan ambik bnyk sbb takut tak habis..tp kira ok lah tu..biar habis dr byk membazir..nnt kita buat lg...

Kami pilih tema warna hijau..nnt kita layan gambar naa..(gmbr tak banyak sbb bz layan tetamu)

deretan pemanis mulut yang sungguh laku

Main course pun semuanya mantap

Dimulakan dgn bacaan yassin


Luthfil haziq dan Syarifah Darwisya Al-Khasif

Budak ini banyak akai

Muka dah serabai mcm apa..penat..petang baru dpt bergambar bersama

Cinta hatiku..





Thursday, November 10, 2011

Majlis Wajib..12hb Nov 2011

Tengok tu bila dapat berdiri, mesti nak melompat

Lagi dua hari akan mengadakan Majlis Aqiqah anak kesayanganku itu..setelah lama mencari masa dan mengumpul duit, akhirnya sampai jugak hajat nak uruskan kedua-dua bahagian..buat kambing 1 ekor dan lembu 1 bahagian..senang buat sekali, lepas ni tak yah nak pikir bila nak buat..kebetulan 12hb ni bersamaan dgn umur Haziq 7 bulan..pejam celik pejam celik dah besar anak mama..macam2 perangai dan telatah yang ditunjukkannya..

Alhamdulillah segala plan dah disusun baik dengan mak..kami yang pompuan ni apa lagi, mesti la sibuk nak urus apa yg boleh dihidangkan sebagai menu tambahan..atau sng dipanggil..dessert..huhu..Mak teringin nak buat cream puff..aku akan take over bahagian cream puff..mak nak buat puding dan kuah durian utk roti jala..nasib masih ada durian dijual di tepi2 jalan..dpt la kita merasa roti jala cicah kuah durian..huhu..emm bahan2 cream puff mak dah beli ptg td..esok ramai la akan membantu sbb org Rawang dan penuntut Unisel dah pulang ke kg..meriah la esok di dapur mak..bukan senang nak berkumpul ramai2 mcm ni..tp bila balik ja org rawang, hati ini sayu melihat mereka bermain manja dgn Haziq..pasti mereka sgt rindukan anak kesayangan mereka yang baru dijemput Allah 3 bulan lepas..emm..memandangkan haziq pun tak jauh beza umur dgn anak mereka, mesti kerinduan tu sgt2 meruntun hati..

Untuk majlis ni kami dah sepakat nak pakai warna tema Hijau..sebab apa pilih hijau??emm..sbb Mr Z ni baju melayu nya tak byk kaler..asyik dok ulang baju sama ja..so warna hijau jarang dipakainya..so org lain pun kena ikut baju dia..hehe..haziq pun dah siap dibeli baju baru..baju budak mahai bukan main..kalah baju org tua..tp dah takdak pilihan, beli je la..ttp mata..emm..haziq pakai baju apa??tunggu ye sabtu ni..akan diupload di fb dan akan di stori mori di ruang ini kemudian..

cak...


emmm..start esok mesti bz nak prepare utk majlis ni..sabtu mesti dah penat smp ke malam..ahad plan nak cuti tp kerja sgt banyakkkk di ofis..tak tahu la nak cuti ke dak..adoiii..dan ahad jugak ada kenduri kawan Mr Z..kak yasmin..stewardess MAS..kena attend..baik dgn dia..Mr Z pun dah siap beli hadiah utk kwn dia..sebelum ni x penah tgk pun dia beli hadiah wedding utk kawan...itu adalah kerana telah dihasut oleh isterinya supaya beli hadiah utk pengantin baru..heehe..

Kawan-kawan dan sanak saudara dah dijemput..insyaallah dapatlah berjumpa kawan2 lama nnt..ada yang semangat nak mai sbb menunya kambing..maklumlah susah nak jumpa kat luar dan harganya mahal..if dtg kenduri, mesti makan free..lagi la org suka..hehe..satu tarikan jugak tu utk kwn2 mai kan..ohh sgt tak sabar nak tunggu hari sabtu..

Malam ni tenang saja sbb diluar mcm nak hujan..umah kayu ni bila hujan, sejuknya sungguh nyaman..itu kelebihan rumah ini..sgt suka..dah plan mcm2..bila dpt beli rumah ni, apa yang akan dibuat..hehe...idea mcm2 dlm kepala tp nak buat tak tahu bila..emm..sejak ada anak ni, masa sgt mencemburui saya..alasan la tuh kauthar oii..huhu..

ok nak stop sini dl..smbil type smbil tgk Transformer 3..si suami nak tgk tp dah berdengkur dulu..esok dia akan ulang lagi..so kena tgk byk kali cita ni..hahaha...ok bubye...Bumble Bee dah panggil tu..