Sunday, May 16, 2010

Terima Kasih, CIKGU!

bila tiba 16 MEI setiap tahun pasti semua tahu tarikh ini..tarikh inilah yang mengingatkan kita pada semua guru-guru yang telah mengajar kita apa itu alif ba ta..1,2,3..a,b,c dan sebagainya..segala perit jerih guru membentuk dan mengacuankan kita, maka lahirlah manusia-manusia hebat di dunia ini...

jika difikirkan balik bagaimana kenakalan dan kesilapan aku dulu membuatkan guru-guru memegang rotan, menjerkah, mencubit, mendenda itu dan ini, berdiri di atas kerusi, berlari keliling padang kerana tidak bawa baju sukan, dtg lambat ke kelas sehingga didenda menjunjung buku di luar kelas, didenda ke kelas2 lain kerana mendapat markah yang sedikit utk sesuatu subjek..betapa malu dan tebal muka ini bila didenda di hadapan kawan-kawan tetapi bila diingat kembali kesemua hukuman itu yang membuatkan aku berazam utk terus melonjakkan diri..dari satu anak tangga ke anak tangga yang tinggi setakat ini..ALHAMDULILLAH berkat semua tunjuk ajar guru, berjaya juga aku menggenggam segulung ijazah yang menjadi idaman setiap insan..


Selamat Hari Guru buat Abu dan Ummi (guru pertamaku di dunia ini)..juga kakak, kak ngah dan adik-adikku (kalian juga banyak mengajarku)..tak lupa juga ucapan Selamat Hari Guru pada Mak Lang Miskiyah (PK HEM yang digeruni pelajar tetapi cool dgn anak2 manakan)..Teh Khadijah (Pensyarah yang melahirkan bakal-bakal guru)..Pak Cik Bad (adik ayah yang menjadi ustaz bahasa arabku) serta sahabat-sahabat di luar sana yang telah menjadi guru..

Terima kasih kepada semua guru TADIKA AL-AZHAR, TAMAN CAHAYA...

Terima kasih pada guru-guru di SEK REN AL-AZHAR, PULAU NYIUR,JITRA KEDAH..Cikgu Herlina, Cikgu Zawiyah, Ustaz Borhan, Ustaz Bakar, Cikgu Sarilah dan lain..

Terima kadih buat ustaz yang mengajarku mengenal alif ba ta (dtg rumah naik motor), Mak cik Piah (jiran belakang rumah yang mengajarku pandai baca Kitab Suci Al-Quran..juga pada Tok Yam (guru Al-Quran yang garang tetapi sgt berkesan ilmunya, lebih kepada tajwid)

Terima kasih juga buat guru-guru di SEK KEB TAMAN UDA, ALOR STAR, KEDAH..Cikgu Syamsuriah, Cikgu Hasnah,Cikgu Noriah, Cikgu Zawiyah, Teacher Roslina, Cikgu Asma, Cikgu Zaiton, Cikgu Faridah dan lain-lain.

Terima kasih juga kepada semua warga pendidik di SEK MEN KEB SULTANAH BAHIYAH yang aku dpt beramah mesra selama 2 minggu..

Terima kasih tak terhingga kepada guru-guru di SEK MEN KEB AGAMA KEDAH..Ustazah Salmah, Ustazah Noliah, Ustazah Zainah, Cikgu Shobri, Cikgu Sufian, Cikgu Zainurdin, Cikgu Afidah, Teacher A.ruzita, Teacher Ridzuan, Miss Suzana, Cikgu Hendon, Cikgu Rozita, Cikgu Zakiroh, Cikgu Saadan, Ustaz Mahmud Zaim, Cikgu Azman, Cikgu Badariah dan cikgu-cikgu yang mengajarku di sana..5 tahun di SMKAK mmg banyak ilmu yang berguna untuk diriku..bukan sahaja duniawi malah yang betul-betul berharga itulah ilmu UKHRAWI..

Terima kasih pada semua warga pendidik di UiTM Pulau Pinang, En Amin, En Husin Khan, Miss Anida, Puan Rizalyani, Puan Balqis, En Joesri, En Johanudin, Puan Linda, En Kamarul Hasni, En Dahlan..ilmu yang diterapkan sgt berguna utk diri ini..

Terima kasih pada para pensyarah di UiTM Shah Alam En Abd Razak, Puan Raja Saidatul Hisan, Puan Azizah, Datin Azizan, En Zulhan, En Adzhar, En Ahmad Esa, En Ali, Dr Artinah, Puan Alina, Puan Roslina, Puan Shahariah, Dr Sallehudin..dgn segala perngorbanan dari kalian, aku berjaya menjadi manusia berguna sekarang...


Kepada guru-guruku yang telah dijemput oleh Allah swt, aku sedekahkan Al-fatihah buat kalian..Arwah Ustaz Fuad Helmi (meninggal akibat di patuk ular), Arwah Ustaz Hassan Don (meninggal kerana darah tinggi) dan Arwah Cikgu Shoib Man..sehingga sekarang aku masih teringat-ingat kalian mengajarku..

TERIMA KASIH SEMUA GURU-GURUKU..tanpa kalian siapalah aku..aku sangat menghargai segala ilmu, pengorbanan, tunjuk ajar serta doa yang telah kalian lakukan kepada diri ini dan anak-anak muridmu...terima kasih...


Sebagai penghargaan terimalah puisi dari Penyair Hebat Negara,Usman Awang yang
direka pada tahun 1979

Guru O Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



Wednesday, May 12, 2010

nanny mc phee...

aku akan pegang title Nanny McPhee selama 2 minggu ini bermula semalam...haaa...nanny pada siapa??? meh nak stori mori..


ini youssof lee dan ayesha lee

last monday semasa dlm kelas di OUM, Uncle Youssof Lee a.k.a jiran belakang rumah call minta bantuan nak tolong jagakan Ayesha dan adiknya Youssof (dont ask kenapa nama anak sama ngan ayah dia sbb no answer..heheehe)..uncle dah kerisauan sbb nak kena tinggalkan mereka berdua di Penang sebab Aunty Jalilah pergi umrah selama 2 minggu dan uncle yg bekerja di KL..so ayesha dan youssof masih dlm kesedihan sbb ummi mereka jauh di bumi anbiya..pastu abah lak kena p KL so lg sedih berganda2..ayesha dah 2 hari tak pg sekolah sbb demam terkejut..kesiannya tgk..muka mereka sgt tidak ceria..duluyoussof kalo pg j rumah dia mesti bergaduh dgn ayesha..skang ni dia sgt behave..mana ayesha pg dia ikut..nak je berdua dgn ayesha..mereka ni tak penah berpisah dgn ummi..ni dah ummi pg umrah mesti la sedihkan..teringat la masa aku dl semasa abu dan ummi pg haji..melalak mcm apa ja kat airport..aisshh..dr kecik aku ni sang ratu air mata rupanya..org lain relax ja..aku yg bersedih tak hengat..hahaha..kenapa lah terlalu sensitif kan..mmg aku tak nafi..aku cepat boleh rasa perasaan seseorg tu..kalo kisah sedih tu bukan pada hidup aku..tp bila tgk org lain sedih mesti aku sedih sama sbb aku bygkan kalo aku ditempat dia..haha..boleh plak dok tukar2 feeling ngan org..aitee...
ayesha jaga zaffran masa BBQ di bertam

mula-mula ayesha dan youssof akan tinggal di umah tok depa...tp bila dah demam n depa rasa umah tok tak selesa so uncle minta tlg aku teman depa tidoq mlm2 n antar p tuisyen..aku takde masalah sbb belakang umah je..nak ulang alik 10 kali pun ok lg..haha..lgpun depa dah besar..ayesha darjah 5..youssof drjh 3..bukan nak kena dukung ke apa kan..teman tidor ja..hehee..


semalam aku dah memegang title nanny itu..hahaha..aku ni mmg sinonim dgn title2 mcm ni..hahah..dr dl lgi..bibik la..org gaji la..tukang jaga nurseri la..hhaha..sbb aku sgt suka budak2..aku ta kisah pun..teringat dl masa aku ikut ummi pegi kursus kat KL...time tu aku kena jaga harith kat nurseri yg disediakan..drjh 4-5 mcm tu kot..aku tgk bdk2 yg ditinggalkan mak-mak sbb p kursus tu dok nangis,aku pun nangis sama ngan depa..hahaha..tp ada sorg baby ni..umur setahun lbh kot..dia tak mau kat penjaga nurseri tu..dia nak kat aku ja..dia ikut aku dia diam..bila kakak tu amik dia nangis..haa..ada kuasa ajaib tau kat aku ni..budak2 senang suka..wahhh..hebat..

masa luqman al-hakim kecik pun aku jaga dia kat kulim..masa tu tok som dan berenti..so mak lang minta tlg aku jagakan anak2 mak lang..aku ok ja..sbb dah biasa dgn bdk2 kan..bila mak lang p kursus ka p mana2 ka mesti minta tlg aku..sbb tu aku sgt rapat dgn anak-anak mak lang..dah rasa mcm adik2 sendiri..time garang aku garang time baik aku baik la..hehe..dok kejan kak cik n afah lipat baju..sidai baju..basuh pinggan mangkuk..pastu masing-masing dok bergaduh..lawan berkira sapa buat keja paling banyak..yg biasa dok relax tau la sapa..afah la juara..pastu kak cik dok mengomel kata sakit pinggang la..nak mati la..penat la..mcm2...hehehe..ohh kenangan semua tu..

dulu bila p kelantan aku akan volunteer utk jaga zaffran..bila abg zulfi p kursus mana2, aku teman kakak kat sana..boleh ja kakak nak antar zaffran p nurseri tp aku tak bg..sbb nak jaga dia..sunyi ja dok umah takdak buat apa..biar penat takpa janji puas hati..pasni kalo aku ada anak,sapa lak nak jaga anak aku???hahaha..

berbalik kisah ayesha n youssof...sejak jd nanny ni aku bgn punya la awai..haha..sbb depa p sek kul 7am so aku kena bgn siapkan air panas utk depa mandi..ayesha dah siap pesan suh jerang air..dia dah isi siap2 cuma nak panaskan je...so aku bgn awal la dr biasa 615am..hahha..sblm tu kul 4am dah bgn..tgk2 jam kul 4am smbg lena blk..mana la tau terlajakkan..bila ada komitmen ni mmg akan a bit worry..amanah besar..nsb tak terlajak lena..

tp nanny zaman skang moden..siap dpt kereta dr uncle..haha..duit minyak ditanggung semua..intermet suma lengkap..makanan penuh peti ais dan freezer..choc tak yah ckp..semua ada..uncle dah siapkan stock utk kami..takut kami kelaparan tgh mlm..aku tak kisah sgt bab makan ni..sbb makan pun tak byk mana..lps antar ke sekolah aku blk ke rumah...tgu ptg depa blk baru jd nanny blk..hehehe..

buat masa sekarang boleh la nak jaga anak2 org..pasni kalo dah bertukar status kena jaga org lain pulak..ni yg rasa nak buka nurseri sendiri..best tau jaga budak-budak..rasa hilang stress..huhu..

Friday, May 7, 2010

kauthar aka kak chaq..

inilah AYUNI aka kwn baikku (bertudung ungu)..
insan yg memberi nama gelaranku itu..
gmbr ini semasa majlis perkahwinan kak hana & abg azmil

tiba-tiba terdetik hati nak tulis pasal nama gelaran glamorku..kak chaq..huhu..mesti suma nak tau kenapa boleh dipanggil kak chaq..sdgkan kat umah nama familyku 'kak lang' atau pun kauthar yg bermaksud 'nikmat yg banyak' iaitu refer kepada air telaga di syurga yang tak pernah kering..Telaga Kauthar..emm..terima kasih utk abu ummi kerna memilih namaku yg sedap maknanya..semoga nikmat untuk diriku sentiasa bertmbah-tmbh..amin..

ok..berbalik kepada nama kak chaq tu...aku dpt gelaran itu semenjak 2007 dikala kaki menjejak ke UiTM Penang..nama tu lekat sehingga sekarang..wah dah 3 tahun rupanya..smp org konpius..anak sulong ka??haha..takde la..camna leh dpt nama tu??emm..citanya mcm ni..coursemateku aka kawan baikku 'Ayuni Mat Saad' yg bg nama tu..masa awai perkenalan kan dok hafal nama-nama kawan kelas..masa tu la dia panggil kak chaq..dia kata sbb nama kawan dia Kauthar jugak,org panggil kak chaq..ada satu masa tu,dia panggil kak chaq dan aku terpusing tgk dia..seperti aku mengiyakan panggilan itu..so lps2 tu la dia panggil kak chaq..dia kata sesuai la gelaran tu dgn aku..mula-mula mmg aku kurang suka sbb aku tak suh pun panggil kan..tp bila dah melekat satu kelas panggil nama tu..aku terima ja la..hihi..

kwn-kwn ikram pun sebut nama tu..macam satu uitm pp dah tau nama aku kak chaq..wahh glamor satu uitm..yer la..uitmpp comel ja..p mana2 dah kenal nama setiap org..huhu..smp student abu pun panggil aku kak chaq..padahal tak kenal pun..punya la glamor kan aku time tu..hahhaa..perasan..

bukan setakat student, smp lecturer pun panggil kak chaq kat aku..adoi..segan la jugak sbb bkn nama sebenar kita kan..ingat lagi masa kelas english..Sir Yeoh nak suh buat public speaking kat depan..dia tnjuk aku..then dia tanya nama..kawan2 suma kata 'kak chaq'..dia buat muka pelik..dia kata"apa?kacang??"..hahaha..apa lgi ghenggah satu kelas gelak..aku time tu segan la kan bila suma gelakkan nama tu..tp buat2 cool la kan..satgi kata tak sporting..tp diam je..

then bila masuk degree kat shah alam..masih menggunakan nama tu..sbb half of my classmate are form UiTM PP..so nama tu tak terkubur di penang..bawak smp ke shah alam..so skang kawan2 UiTM Shah Alam pun dah panggil 'kak chaq'..maybe smp bila2 la kot kena pegang nama tu..yg bestnya mak ayuni siap panggil aku kak chaq..ingat kawan2 ja..rupanya dah melekat pada mak dia..huhu..

bkn bdk culinary ja panggil, kwn2 SHOCAM pun panggil jugak kak chaq..tp ada yg slh dgr n maybe lidah kl and org selatan kan lain skit.ssh nak sebut mcm org utara..nak sebut kak chaq jd kak cha..emmm..iyakan je la suma..huhu..lawak bila ingat kisah2 nama ni..itu la serba sedikit cerita pasal nama tu..nak kata tak setuju,kawan-kawan dok panggill..iya kan je la..haha...

Tuesday, May 4, 2010

i'm back...

yeaah...saya muncul kembali..sedar tak sedar dah 2 bulan dunia my heart draws a dream menyepi..bukan terkubur yee...hehhe..atas permintaan ramai,sy gerakkan hati nak tulis skit..last update masa birthday kakak..haha..lama dah tu..ampun..busy yg teramat..terkejar sana-sini nak menyiapkan byk perkara..masa yg ada boleh nak isi dgn updating cite kat fb dan baca blog-blog org..nak tulis..oohh..tak dan...

ada la org tu kan dok suh update blog,tp dia pun tak update blog dia..keji..huhu..sejak dua tiga menjak ni tidur pun dah tak senyenyak dulu..dulu boleh la nak tidur siap mimpi2..skang ni nak tidur lama pun tak sempat..takut takde masa nak setelkan hal yg besar..haha..nsb la ada tukang kira hari kan..so boleh la nak budget apa nak buat setiap hari..thank schumil...hehhee..

nak kongsi satu kisah menyedihkan bg diriku..2-3 malam lepas sedang mengemas2 almari baju tetiba kezutann...zaaapp..menyiat hatiku..jantung terhenti..rasa mcm nak pitam..baju yg disimpan elok di dalam plastik kena gigit dgn lipasss....aaarghh..nak nangis..ada ka patut??dlm byk2 baju yg lama dia tak mau..baju yg tak pakai lagi dia nak gigit..geraamm..grrr...bila jd mcm tu terus panggil umi..tnjuk kat umi,umi pun terkejut..ishh..geram..dah la dok dlm laci,pastu dlm plastik lak tu..ada ka lipas ni nak asah gigi kat baju aku??adoi..msg kat kakak,kakak dah tidoq..then kul 12 kakak mai dgn muka mamai2 tanya awat..tnjuk kat kakak,kakak pun laaa..awat mcm ni??terus terbuka mata dia..rasa down sekejap..fuh dugaan ni..kena tabah..kena cr solution utk mslh ni..syg la kann..then aku dok kutuk2 la lipas tu..umi kata,"dok kata satgi lagi dia mai'...haa..tak kata dah..pagi td pun dok punggah satu almari nak tgk kot ada lg bnda2 lain dia gigit or makan..tak de apa yg rosak...tp dok seriau dia p makan bnda lain..bilik aku dah la mcm2 ada..jgn la dia buat hal lg..

minggu ni last class utk OUM..nnt cuti 3 minggu..yeahh..suka..boleh la nak setelkan apa yg patut..dan 11 mei kuar result dpli..kalo dimurahkan rezeki mana la tau dpt teruskan cita-cita nak jd cikgu..dulu cita-cita nak jd cikgu math tp tak kesampaian,nak tukar jd cikgu lain plak..hhehe...

Saturday, March 6, 2010

kakak..happy birthday...

kakak...happy birthday..just note to wish you all the day joy today can bring happiness through out the year ahead..I pray to ALLAH to fill your life with all the thing that you wishing for..and I also pray to ALLAH to brighten up your days and fill your heart with "iman" and happiness..miss you so much..I always wish to celebrate your birthday together but always never get a chance to fulfill it..hope to see you around for us to gossip and chit-chat all day long..hihihi..May you get blessing from ALLAH...amin..


Here are from me to you,


A sister is someone who loves you from the heart,
No matter how much you argue you cannot be drawn apart.
She is a joy that cannot be taken away,
Once she enters your life, she is there to stay.

A friend who helps you through difficult times,
Her comforting words are worth much more than dimes.
A partner who fills your life with laughs and smile,
These memories last for miles and miles.

When she is by your side, the world is filled with life,
When she is not around, your days are full of strife.
A sister is a blessing, who fills your heart with love,
She flies with you in life with the beauty of a dove.

A companion to whom you can express your feelings,
She doesn’t let you get bored at family dealings.
Whether you are having your ups or downs,
She always make you smile with no more frowns.

With a sister you cannot have a grudge,
She is as sweet as chocolate and as smooth as fudge.
Having a sister is not just a trend,
It is knowing you can always turn to her, your best friend.



Monday, March 1, 2010

special wishes for RAIHAN on her 24th birthday...

gambar meriah kami suma bersama-sama menyiapkan
karipap utk berbuka puasa..sgt suka saat ini...

saat ini jam 12am,2hb mac 2010,genaplah umur raihan 24 tahun..seperti biasa lang lg muda dr raihan..hehehehe..bila masuk ja awal tahun 2010,kepala dah set semua tarikh2 penting dlm family especially nya..takut ada yg terlepas pandang dan tak mau jd org yg ucap belated birthday..kalo boleh nak sentiasa jd yg terawal..hihi..so date utk kezen sorg ni sentiasa dlm kepala..cukup ja waktu kena wish..hehe..

dari kecik sampai ke saat ni aku dan raihan sgt rapat..setiap tahun bila rehan blk ke malaysia,kami akan cari satu masa yg sesuai utk menghabiskan masa bersama..last year adalah tahun aku,raihan,nabilah dan nawal melawat kelantan..seperti biasa kalo p kelantan ni tak abihkan duit kat kain baju mmg tak sah..so,kami stick one day utk memborong kain tudung dan baju2 raya di pasar MPKB..smp tak muat2 la beg..kena beli beg tmbh..hehehe..raihan antara org yg byk borong tudung..maklum la nak beli kat ireland mana ada kan...so,dpt peluang keemasan ni borong byk2..dgn harga yg murah..pastu yg paling tak leh ingat bila beli baju pada sorg tauke cina ni..dia punya lyur kata harga murah la kain kualiti la...kain kristal betoi la..mcm2 la..so kami yg dah berkenan ngan kain tu beli ja..bila time nak cr tudung nak match ngan baju tu,baru dpt tau kain tu sbnrnya murah dr hrga yg tauke cina tu bgi..rasa membara la skit dlm hati kena tipu kan..tp apakan daya..dah beli pun..huhu..so terima dgn hati yg terbuka..dah jd baju pun kain tu kan..so raihan..bila pakai ingat la muka tauke cina tu..hahaha..lang ingat smp skang..rsa nak bakar kedai dia pun ada...hahaa..jahat perangai..

30hb 8 2009..aku ikut sama p antar raihan di airport penang..mmg syg nak berjauhan dgn raihan sbb bila blk malaysia,masing2 ada agenda tersendiri dan masa sgt sedikit utk bersama..so bila dpt peluang nak antar dia p airport aku rasa puas hati..masa tu raihan dok gaduh sakit perut..maybe salah makan ka apa ntah..so aku dgn baik hatinya bg bam gel kesygan ku pada raihan..gel ni aku syg sgt sbb bila guna ja mmg sgt berkesan..tp disebabkan syg pada kezen sorg ni,aku bg terus pada dia..hope dlm plane tak sakit sgt..raihan agak diam pagi tu..aku dpt baca fikiran dia..ya la nak pg jauhkan..sapa tak sayu..muka nmpk ceria tp dlm hati sapa tahu kan..raihan..rindu la kat raihan..huhu...

tingat satu kisah di mana kami nak tetapkan tarikh utk majlis aku nnt,rehan org pertama aku btau sbb baru dpt berita dr ummi mlm tu..berita yg aku nak smpaikan sgt la berat sbb tahu akan mengguris hati insan yg jauh di bumi dublin sana..tp apa kan daya.aku sudah merancang,tp bila ALLAH dah tetapkan benda...mmg agak memberi harapan di awalnya tp apa kan daya...mmg tak leh nak cr masa yg sesuai dah..2-3 malam aku berendam air mata..hati ni rasa mcm2..serba serbi tak kena..tp dah lama2 tu raihan tegur aku..aku rasa cam happy sgt..walaupun mata ni dah bengkak2 dan ngantuk,aku layan jugak raihan..nak teman dia hilangkan rasa sunyi tu..kami nangis lagi sama2 mlm tu..hahhaa..sgt best..tp mlm tu menangis kegembiraan sbb raihan dah cool..rehan siap kata..tak tau lang nak kawen tahun ni..kalo rehan tau,tahun lepas dah spend byk masa dgn lang...haa...mmg la kan..sapa tahu masa depan..aku pun tak sangka nak tukar status tahun ni..jodoh suma di tgn ALLAH..jgn risau,insyaALLAH walaupun dah tukar status tp hubungan kita tetap akan baik mcm dulu..dulu,kini dan selamanya..

sempena 2hb 3 ni,lang nak ucap selamat hari lahir ke 24..setiap pertambahan umur itu,akan bertambah la tanggungjawab dalam diri kita..semoga segala impian raihan selama ini akan tercapai suatu hari nnti..lang doakan yg terbaik utk diri raihan..dah tak lama kan nak pegang title DR tu..hehe...lang sentiasa doa pada ALLAH supaya raihan dipanjangkan umur,murah rezeki hendaknya..semoga dgn pertambahan umur ini,akan bertambah juga kebijaksanaan dan juga iman..amin...







Wednesday, February 24, 2010

time to rest...

minggu ni tamat la sesi semester aku mengajar kat OUM Sg Petani dan Alor Star..cuti 3 minggu..yeah..then sambung lagi semester depan..sempat la aku berhuya-huya nak buat rutin yang dah tinggal lama..dalam kepala ni macam-macam nak buat..masa dah tak lama..tgn ni terasa gatai nak do something..yeahhh...tak sabar nak abihkan ahad ni dah fokus pada benda lain..sgt best...

apa yang dalam kepala aku:

  • nak masak makanan macam2(tiramisu,kek coklat,popia,sardin roll,cream puff etc)
  • nak buat kerja2 seni (walaupun tak kreatif..haha)
  • nak p joging..(asyik terperap dlm umah..tak berkembang otak)
  • nak kemas bilik yg 10x sepah dr biasa...
  • nak abihkan novel yg byk (shopaholic..oh..i like..)
  • nak layan movie yang best (penat download,kena tgk)
  • nak tgk tv puas-puas..(amazing race,csi etc)

setiap minggu kalut dok travel ulang alik bertam-sp-alor star..selasa ke sp..sp ke alor star..bila khamis or jumaat alor star-bertam..bdn pun naik lemah..nak joging pun tak dan..smp sakit2 la suspect gastrik dan kurang calcium..makan pun dah lari masa..bila badan dan otak dah penat..apa yg ingat hanya tidur..mkn letak tepi..smp pak lang kata.."awat yg nmpk kurus sgt?diet ka menunggu hari???"...hahha..mana ada..aku tak nah terpikir sgt bab diet ni..not work with me..makan p la byk dan sikit pun..bdn tetap dok maintain berat tu..so baik aku makan banyak2 kan..haha..

leganya dah smp mgu ke 7..esok last kelas kat alor star then siapkan all the carry marks n setel keja..jumaat n sabtu prepare apa yg patut utk kenduri tahlil di rumah mak tok...best..lama tak kenduri..tp takde geng..jd tak best nak bersuka ria..dulu kalo setiap kali kenduri mmg sgt happening...ada kakak,kak ngah,abg,raihan,nawal,nabilah...skang ni aku tadak geng..geng ngan budak kecik..adoi...tak best...hope sgt kakak,kak ngah,abg,raihan,nawal,nabilah kakak time kenduri umah mak tok..hahha..dreaming la kan nak dpt mcm tu...hehee..tp mereka tetap di hati ku ini..jauh di mata,dekat di hati..bila la dpt kumpul ramai2..bulan 6 dan 7 la kot kan...