Monday, November 12, 2012

Lama kan tak update

Hai uols...mmg berbulan la nak boleh update news baru sbb anak 2 kan..ohh alasan semua tu Kauthar oii..bukan apa bila dah pantang 2 bulan dan tmbh cuti 9 hari lagi bt sy terkejan-kejan di rumah buat itu ini..nama ja cuti tp keja di rumah bertimbun..bangun seawal pagi dah siap mandi suma sbb bila en suami pi kerja, takda org nak tgkkan anak kecik berdua tu..dan masa yang ada diisi utk masak tghri, kemas rumah, mendobi dan etc..huhu..kdg2 tu terpostpone keje2 tu bila anak kecik dh jaga..

Ok kat sini mls nak cite lg pasai keje2 tu..sy nak stori dan kongsi kisah sy melahirkan baby Nur Aisyah Safiyyah yang comel tu..haha..pasan anak comel..mesti la puji anak sndiri..bangga dgn diri sendiri sbb dah lahirkan sepasang cahayamata..tak semua org dpt peluang seperti ini..syukur Ya Allah dgn kurniaan-Mu...ok stop melalut..nak fokus pada saat kelahiran Aisyah..jom layannnn...

Tarikh jangkaan kelahiran Aisyah sepatut jatuh pada Hari Raya Puasa pertama iaitu pada 19hb Ogos 2012..aku berdoa hari2 supaya dia keluar lambat skit sbb aku nak raya dulu..haha..kalau pantang awal, telan air liur je la tgk org makan ketupat etc..geram la kann...setiap detik nak abis bulan Ramadhan tu mmg suspen je..takut tiba2 sakit nak bersalin..barang dah packing awal tp tak complete mana pun sbb instinct mcm tau dia nak keluar lmbt.haha..baju raya pun aku cr dah 3 hari nak raya..tu pun puas pusing kat City Plaza etc nak cr jubah yg ada size dgn perut yg besar ni dan nak matching dgn baju tema kami tahun ni iaitu warna Pink Belacan..nasib jumpa gak baju jubah yg ikut apa yg aku nak..syukuur..
 Malam raya tu ramai2 berbuka puasa di rumah mak tok dan aku makan dgn sukanya sbb dpt lg berkumpul ramai2 dan aku makan tak hingat dunia sbb berbuka dgn Laksa Din..hhaha..terbaiklah..mkn puas la sbb lps ni setahun la jgk kena pantang mkn laksa tu..malam tu balik ke Taman Uda..tak jugak ada tanda2 nak bersalin..aku ckp kat baby jgn kuar lg tau..mama nak raya dulu..hehe..baby aisyah mmg dgr kata.esoknya 1 Syawal, tak jugak dia keluar..so boleh la mama raya..termakbul doa aku..tq Ya Allah


Esoknya seperti biasa beraya di Taman Rakyat dulu dan lepas bersalam raya dgn Mertua, kami bergerak ke Titi Gajah..lepas makan2 dan bergambar mcm biasa dan of cos la kena minta ampun minta maaf tu sbb hari raya kan, kami bergerak beraya ke rumah sedara di area Alor Setar ni..emm penat tak terkata sbb dgn perut yg besar ni, kaki yang lenguh bila jalan byk dan anak sulong, Haziq ni bt diri ni penat sungguh..pukul 9.30pm baru km smp di rumah..lepas mandi dan semayang terus aku tidur dgn Haziq..en suami pun tidur terus..penat berjalan..tiba-tiba.....jengx3....(smbung ke next blog)..

tema raya kami..pink belacan..

 ni je gmbr yg agak2 elok utk raya bertiga tahun ni..haziq tak mau dok diam..huhu


wah..ala2 model baju mengandung gitu..suma nak kerumun nk pegang baby aisyah..hahha


Thursday, August 9, 2012

Perasaan yang pelik...

Saya tak sure mcm mana nak gambarkan perasaan buat masa sekarang..gembira atau sedih??hidup saya gembira ja sekarang sbb nak tunggu kelahiran orang baru dalam hidup..byk benda yang ingin tahu..jantinanya apa? mukanya mirip siapa? apa nama yang bakal diletakkan?bila tarikh lahirnya? brapa saiz dan berat badannya??semua tu buat saya teruja dan menanti setiap hari..kebetulan pulak sekarang kita di bulan Ramadhan..mungkinkah saya beraya dalam berpantang atau saya sambut raya dl then baru pantang??semua soalan tiada jawapannya..hanya Allah je yang tahu..suma tu buat saya rasa gembira nak menanti kehadiran DIA di sisi...

tapi jauh di sudut hati saya juga sedih..emm sebab apa nak sedih pulak??saya sedih sbb lepas ni saya tak boleh nak bg 100% perhatian kepada LUTHFIL HAZIQ..setiap malam boleh ka saya nak peluk dan tidur dgn LUTHFIL HAZIQ saya bersendirian..mungkin ada masa tu tapi banyak mana masa itu yang boleh saya spend dgn dia..setiap malam semasa tidurkan Haziq dia begitu manja sekali berbanding sebelum ni..mungkin dia tahu masanya nak manja2 bersendirian dgn saya tak lama..sebelum ni kalau nak tidur dia akan habiskan susu sebotol sambil sy tepuk dia akan tidur dgn sendiri..skrang ni bila abis je sebotol susu dia automatik akan pusing dan peluk saya..letakkan kepala di bahu smbil kaki memeluk pinggang saya..habit baru dia yang buat saya lg sedih ialah kalau dia betul2 tak ngantuk lgi dia akan tarik baju sy if ada butang dia akan gigit2 butang baju saya..kdg tu smp tercabut butang tu dr baju..mungkin gusinya gatal dan dia perlu tempat untuk hilangkan kegatalan tu..sy relakan aja sbb itu salah satu masa saya nak enjoy bersama dia..tak nak kecikkan hati dia..kadang tu if baju tak butang dia akan gigit hujung kolar baju..hhaha..funny la haziq ni..nak gak gigit..mungkin ralit nak tidur kot smp kena gigit macam tu..bg teether tak mau..tak syok.nak hat natural dr mama jugak kot..emm saya terasa sedih brapa lama dia boleh peluk dan tidur dlm pelukan saya??sbb tu saya minta adiknya supaya keluar lewat skit..maksud saya sehingga betul2 due date nya..sbb saya nak spend masa dgn Haziq puas2..mmg org kata "bukan nak p mana..haziq tetap anak kita"..mmg dia anak kandung saya tapi saya takut lepas ni saya tak boleh nak buat macam mana saya beranak satu mcm sekarang..

pernah sekali semasa buka puasa di rumah Mak Tok, pak cik saya mengusik saya bila Haziq minta saya dukungkan dia..dgn perut yang besar dan Haziq yang makin hari makin berat mmg agak membebankan saya tp sy gagahkan juga atas permintaannya sbb nnt dlm pantang mungkin saya tak boleh nak dukung dia mcm sekarang..mungkin masa tu bila dia dtg merengek minta didukung, air mata saya akan menitis sbb tak dpt nak fulfillkan permintaannya..sian dia kan..emm berbalik pada apa yang pak cik saya kata sehingga saya terasa hati sedikit..actually ayat biasa  ja tp saya tersentap dan tersedar masa saya sudah tak lama..huhu..pak cik saya kata " haa kaih dukung selagi boleh..berapa hari ja lagi mama boleh dukung tu"..saya tak marah pada pak cik sbb pak cik mmg kuat mengusik tp saya sedih mcm yg sy ckp kat atas td..emm lps ni mungkin saya akan ignore bila dia minta didukung..apa perasaan dia yaa??semua tu kdg2 bt saya sedih..sob sob

tak leh nak bayang lepas ni bila beranak dua macam mana situasinya? sy mungkin lebih sibuk dan takde masa dgn anak sulung..ramai yang ckp mcm tu..anak sulung akan berubah perangainya sbb dia juga terasa hati dgn perbuatan ibu dan ayah dia tak hiraukan dia..dia akan terasa kehidupan berubah bila dia ada adik..saya harap sangat saya boleh cope dgn this situation..lepas ni saya perlu jarakkan sedikit umur anak saya..sbb saya tak nak perkara mcm ni berulang lagi..haziq baru setahun 4 bulan..tak puas lagi saya nak bermanja dgn dia..dah ada adik pulak..saya terima kehadiran orang baru dengan seadanya..semua yang Allah bagi, ada hikmahnya..DIA akan bagi pada siapa yang dah bersedia nak terima cabaran besar ni..mungkin sayalah orangnya..insan terpilih gitu..

dan setiap saat saya berdebar2 bilakah saat itu??saat nak menuju ke hospital dan melahirkan zuriat saya dan suami..semoga Allah permudahkan segala proses kelahiran anak kecil ini dan buatkan ikatan kasih sayang saya terhadap suami dan Haziq semakin erat dgn kehadiran insan baru dlm hidup kami..AMIN

Monday, June 11, 2012

Happy birthday to My Hero and me..

Sepatutnya entry ini perlu dimasukkan 2 bulan lpas..hehe..sbb today dah 11 Jun bersamaan dgn 2nd Anniversary kami..

2 bulan lps mmg ada niat nak tulis pasal hero saya seorang tu tapi masa tu sangatlah bizi sbb student nak exam etc so haruslah postpone day by day..penat penat smp memori yang berlaku 2 bulan lps kena refresh balik..nak jgk tulis sbb nnt anak dah besar, suh dia baca blog ni apa yang berlaku masa 1st birthday dia..hehe..mak zaman IT kan..tak perlu diari bagai nak tulis..tekan je keyboard ni dan save..huhu senang bangat..

Setahun dilahirkan mmg nampak perkembangan Haziq sangat baik..aku mmg fully breastfeed haziq selama 6 bulan secara esklusif..mmg saya sangat support breastfeeding ni..tak payah nak usung botol, susu dan air panas ke merata tempat..anak lapar je boleh minum terus..haziq start minum susu formula bila umurnya 11 bulan..plan mmg nak proceed lama tp disebabkan stock EBM dah kurang dah Alhamdulillah rezeki 2012 utk kami, so kena lah slow2 bagi dia susu formula..mama terpaksa sayang..insyaallah plan lps adik lahir ni mama nak campur balik haziq minum susu yang berkhasiat ni..hope Allah permudahkan urusan itu nanti..

Ok nak cerita apa yang berlaku masa 12.4.2012..aku plan mcm2 nak buat utk sambut birthday haziq ni tp disebabkan Abahnya terpaksa berjauhan selama 2 minggu sejak 6.4.2012 so mcm tak nmpk nak proceed plan itu..sob sob..tak dapat nak potong kek tu suma, aku ubah plan dengan plan nak buat kenduri di Surau taman Rakyat diikuti dengan bacaan Yassin selepas Maghrib..nmpk simple tapi harap keberkatannya diterima Allah..aku doakan haziq jadi anak yang soleh, sihat tubuh badan, pandai membaca Quran dan sentiasa dengar kata kami nanti..

Disebabkan kena tinggal oleh Mr Z yang kena terbang pergi ke Denmark dan London selama 2 minggu itu so terpaksalah aku buat plan dengan ummi..hehe siap plan cuti lama utk birthday saya jugak yang jatuh hanya 2 hari selepas Haziq..sangat bermakna setiap bulan April setiap tahun tauu..plan asal nak ajak Mr Z pegi vacation ke apa kan tp dah dia takde disisi so kena la vacation bersama abu umi..hehe..

Plan punya plan, kami decide nak bawak mak tok ke Cameron Highlands..yeaaa...dpt makan Strawbery fresh..tambah pulak org mengidam ni..nak je makan ape saja..hehe..Kenduri pada 12.4 dan saya minta Pak Mertua antar balik ke Bertam..masa smp tu Ummi bagi birthday present untuk kami berdua..yeaaa tq Ummi for the Gift..ummi mmg suka bg gift pada anak-anak..so saya sekrang pun terikut2 nak buat mcm tu..pg mana2 mesti ingat nak bagi apa kat sapa2..huhu..

Kami bertolak ke Cameron Highlands pada Hari lahir saya.. 14.4.2012..kat sana takde la nak makan kek ke apa tp special sikit sbb dpt makan Aiskrim Strawberry, Strawberry with chocolate, Strawberry with vanilla ice cream..ohh semuanya sgt sedaappp...mana nak cr kat Kedah sana nu..

Haziq pada umurnya satu tahun dah boleh macam2..3 bulan dia dah boleh meniarap, 5 bulan dah merangkak tanpa melalui proses menyulur, 8 bulan dah bangun berdiri, 9 bulan dah mula menapak tapi jatuh bangun gitu dan akhirnya 10 bulan dah boleh berjalan tanpa jatuh2..aksinya yang pelbagai buat hati ini sentiasa rindukan gelagatnya..bila berjauhan mmg tak dapat nak kawal emosi..ohh sy mmg emosi orgnya..air mata ni lagi lah laju nak kuar..hehe..haziq jgk mcm tu..Mr Z kata ikut sapa ntah..hahaha..(oppsss ikut saya ke??)

Tapi je yang saya notice, haziq ni mulut nya lambat sikit nak boleh sebut perkataan..mungkin sy tak sabar nak dengar dia berceloteh kot..haha..bila sebut benda, dan sy expect dia ikut tp tak pun..perkataan biasanya ialahh OOO...EEE..Uwaaa...woowww..mcm tu je la yang kuar dr mulutnya..takpe org tua2 kata budak2 yang jln cepat, mulutnya lambat sikit dan vice versa..so sy sabarkan diri tunggu bila dia boleh bercakap..tak sabar sungguh..

Apa yang penting dia dapat menyebut Maamaa dan Babah dengan baik..dia kenal setiap benda yang kita sebut seperti bila ditunjuk bird, dia akan mendongak ke langit mencari burung yang terbang..bila disebut aeroplane, dia akan membuat bunyi dan tgk ke atas, sebut car sibuk nak ke pintu, nak ajak kuar cr car babah..so clever..dan lately dah pandai sebut Neneneenen bila laparkan susu..kadang tu tengah malam dia akan turun dari katil dan pergi ke bakul susu nak suh saya buat susu utknya..emm sgt tersentuh dengan semua perkembangan Haziq yang bagi saya luar biasa..Allah anugerahkan anak yang bijak kepada saya..saya sangat bersyukur..

dan paling terkini, semalam dia memakai kopiah Wan nya dan bila saya sebut Allahuakbar, dia dengan segera tunduk dan sujud ke lantai..saya terus pergi dan memeluknya..anak mama dah pandai sembahyang..dulu ada jgak menyebut begitu tp dia tak respon dan semalam tiba2 dah boleh ikut..mana tak bangga kan anak dah pandai mcm2..Saya mmg plan nak antar dia pergi kelas tahfiz Al-quran yang berdekatan dengan rumah mertua..biar hafal Quran dulu dan lps ni baru fokus pada ABC dan 123..bila kita dah hafal Al-Quran bg lah pelajaran apa pun, insyaallah semua boleh..sy nak Luthfil Haziq saya jd Hafiz satu hari nanti..itu buat bekalan dia dan doa utk kami bila kami dah takde kat dunia ni nanti..

jom kita layan gmbr sekitar 12.4.2012...


Dari sekecil ini..

Dah jadi sesihat ini..Alhamdulillah


Ini koleksi hadiah kami berdua..hehe..seronokkk

Kami di tengah-tengah Ladang teh

Sedang memilih kaktus mana nak bg hadiah kat abah

Gambar bertiga sebelum abah berangkat ke Denmark

Birthday mak tok jgak pada 17.4..kami sambut sekali

Kedua-dua insan ini buah hati saya...

 Hero saya, Luthfil Haziq


Monday, May 21, 2012

Bibik oh Bibik

Bila disebut je bibik mesti tahu dah asalnya dari negara jiran, Indon..saya tak pernah ada bibik..selalu dgr kisah yang 1001 macam perangainya dr majikan2 yg pernah menggunakan perkhidmatan mereka..keputusan Mak Tok utk mengambil bibik ni sejak Wan disahkan strok dan susah mak tok nak buat kerja menguruskan wan sendirian..anak2 sumanya bekerja dan boleh balik teman mak tok pun semasa hujung minggu..last2 semua anak2 sepakat nak ambil bibik ni..so mula dr situlah pelbagai ragam mereka kami dpt kenal..

Gambar ni takda kaitan pun dgn bibik..hehe..letak je sbb tak de gmbr bibik

Bibik pertama datang dah kira bagus sbb umurnya agak tua dan cekap menguruskan kerja rumah..tp malangnya bila terpaksa balik kononnya nak renew VISA ke apa ntah, terus hilang mcm tu aja..duit dah habis ribuan ringgit tp dtgnya sekejap sahaja..emm masalah lagi..so ambil keputusan nak ambil anak kepada bibik Pak Njang utk kerja disini..datangnya dr Bandung dan kehidupan di bandar buat dia ni mengalahkan majikan pulak..handphone ada dua.(hebat dr aku ok)..tgh bekerja smbl dgr lagu yang disumbat headset ke telinga..bermesej dan bergayut aje kerjanya..tp kerjanya bagus dan sgt teliti..cuma terlebih advance..siap bawa laptop utk main game..huhu..senangnya bibik ni..bila keluar umah agak berfesyen..kalau org tgk tak mcm bibiklah gayanya..umurnya pun sebaya dgn cucu mak tok dan buat dia tak rasa mcm dia bibik..huhu..tp terpaksa balik juga sbb anak2 tak dak sapa yang jaga.padahal kontraknya sehingga Oct 2012..emm buang duit lagi..sian mak tok dan anak2..

Dan yang terkini ni lagi la syok ceritanya..dtgnya dr Acheh..mmg sgt org kampung..berhabisan sebanyak rm6000..tp kualiti kerjanya sgtlah tidak puas hati..kesian mak tok..mcm mak tok lah bibik di rumah sndiri..bibik ni langsung tak pandai nak guna alatan eletrik..tak tau la saja2 atau betul sbb mak tok kata tv pandai pulak nak pasang..bila nak ajar guna mesin basuh kata takut rosak..so mak tok lah kena basuh sndiri dan bila siap baru dia amik pi sidai..nak iron baju mak tok pun, mak tok yg kena pasangkan wire semua dan dia duduk nak iron ja..emm sian mak tok..smp mcm tu sekali..sng kata dia ni kurang sungguh common sense..mls nak komen panjang sbb bukan bibik i pun tp kesian kat mak tok..tu yng nak cita sikit..hehe

Sebenarnya nak cita aku dah 2 kali antar Haziq kat umah mak tok..sbb Mak Mertua p KL ada urusan dan setiap kali mak takda la kami antar dia kat sana..boleh jgk mak tok bermain dgn cicit..hilang sunyi rumah..masa antar 1st time tu ok la..dia asyik tidur dan tak meragam..haziq ni jenis nak dan mudah mesra dgn suma org..so mudah aku nak tinggai dia kat sapa pun..tp mak tok kata dia tak mau makan makanan yang aku bw..aik..tak mau makan pulak..padahal mlm sblm tu dia mkn punya banyak..tmbh2 buat sup lg la dia suka..mak tok kata dia jamah nasi yg maktok makan..smbl2 suap dia..so ok la janji dia makan nasi jgak instead of susu je..ok la so aku bwk blk sup dia ke rumah..

For the 2nd time tu antar lg..last week sbb mak p KL lg amik adik kat UNISEL..so smp ptg aku p amik dia..kebetulan hari khamis, aku decide nak stay sat smp lps mkn mlm..masa maghrib tu haziq nangis nak kacau aku semayang..so bibik ambil dukung dia..lega la skit..lpas semayang tu Mr Z mai cari aku dan dia kata "cuba tgk bibik bagi Haziq makan apa?"..eh apa dia ckp ni..bg makan apa?aku cpt2 jalan p dapur..tgk dia tgk suap Haziq..aku agak terkejut sbb dia suap tu moi yang aku buat dan dia suap Haziq MOI YANG FRESH DARI FRIDGE!!!!...apakah??sian anak mama..makan nasi sejuk..aku cepat2 kata "eh tak dipanaskan dulu ka?"..dia jawab, "perlu dipanaskan ka?"...adoiii...bibik ini buat onar sungguh..aku bukan nak kondem byk..bukan aku byr gaji dia tp mcm....takkan benda mcm tu pun tak reti..ada ka nak mkn nasi sejuk gedi..kalau kita pun tak lalu..tp tgk Haziq makan je sbb mungkin dia lapar dan sbb tu menangis tadi..bila aku amik nasi tu dan panaskan Haziq nangis la sbb tak bg dia makan..emm sian anak mama..lapaq rupanya..lps panaskan aku suap dia makan byk..

Ini jugak bukan bibik..hehe..gmbr hiasan dr rumah mak tok

Patut la sebelum ni mak tok kata Haziq tak mau mkn nasi dan sup aku buat ..ntah2 dia jamu sup sejuk gedi..mana la Haziq mau makan..haiyaaa sedih aku..lps ni harap2 dia berubah la..kena belajar byk bnda lg tu..dapat bibik yang terlebih pandai pun payah..dapat yang tak tahu nak buat kerja pun payah..huhu kesian sangat kat Mak tok..

Sunday, April 8, 2012

Fragile sungguh

Hohoho...title apakah tu??fragile bukan bermakna barang mudah pecah aje tp sikap sy yg fragile ini..hehe..apalah nak melalut ni..emmm...sy ni mmg mudah mengalirkan air mata atau gelaran lain oleh kakak2 ku.."ratu ari mata"..haha..mmg lah betul sbb apa2 hal pun yang berkaitan dgn emosi mesti sy akan menangis sesungguh hati..kadang2 tu org lain yang sedih, sy lak yang menangis..seakan2 boleh mendalami isi hati org tu..aduhh..nak buat camna kan..bukan tak lawan tp dah cuba dan tetap tak boleh nak control smp skang..ingat dah kawen, hilang tp tak juge...

Teringat masa kakak kawin dulu dan abu berpesan pada kakak itu ini tentang tanggungjawab sebagai isteri etc, tup tup aku yang 'fragile' smp kakak kata "sapa yang kawin ni?"..hahha..hampesss...pelik sungguh aku..bila dlm halaqah keluarga yang abu selalu buat suatu ketika dulu, if pesanan dari abu kepada adik2 atau kakak pesan pada org lain, aku yang tak berkaitan ni mmg kena siapkan tisu kat sebelah awal2 sbb dah tau akan 'fragile' ngalahkan org lain..hehee...

Ingat lagi masa mengandung haziq dulu bila ada terasa hati dengan Mr Z dan selalu jugak la 'fragile' ni smp dia pun pelik..kenapa benda kecik pun nak menangis??dia kata jgn asyik menangis, kesian anak dlm perut tu..emmm so try control tp kalau dah 'fragile' tu nak buat camnakann..bila lahir je haziq ke dunia, dan bila dia menangis hingga mengalir air mata tu, Mr Z akan kata, haa ni nangis smp kuar air mata ni tiru sapa??sambil mata dok tgk saya..hahha..perli nampak...ok haziq dah tiru mama..kuikuii

Tengok ni makan sambil menangis..mengamuk apa ntah..


Jumaat lepas, sy, ummi, abu dan haziq hantarkan Mr Z yang nak terbang ke bumi Denmark selama 10 hari.kalau ikutkan 10 hari tu sekejap je kan tp terasa lama sbb jarak yang jauh dan konfirm dah mesti tak leh contact direct dan hanya berhubung dgn alam maya..kalau nak buat roaming mesti charge mahal dan sy rasa baik guna duit tu utk berbelanja di sana..hehe..so suruh dia kontek thru fb and email je la..sy suggestkan suh dia bawa laptop..tp dia yang bukan kategori IT savvy ni awal2 lg tolak kata susah itu ini..kalau sy, itu yg masuk dlm list dl..hehe..

Masa nak antar tu mmg cool lg walaupun terasa dah nak fragile..aku kuatkan hati dan bgtau diri jangan nak 'fragile' dpn2 org ramai ni..tp masa nak balik tu, salam dan peluk je dia, terus bergenang air mata dan apa lagi, kolam dah pecah..haha..malu seh..dia gelak je dan kata.."laaa, nangis buat apa, 10 hari je bukan lama"..haha..malu mak tau..mesti org lain ushar..belasah je la..ampa tak tau apa aku rasa..haha

Aku pun tak tahu sampai bila akn jadi mcm ni dan menjadikan ia satu kelemahan la jugak..bila emosi je, nangis..dah cuba selama ini tp tak berjaya jugak so biarlah kann..jd trademark utk diri..org kata kalau mudah mengalir air mata ni, rezeki murahh..wahhh kalau mcm tu nak amik cepat2..hehe...

Tuesday, April 3, 2012

Saya masih enjoy "breastfeed" anak kecil saya...

Hye semua..wah dah lama tak menaip dlm ruangan ini..sibuk sgt ke kauthar??emm sibuk la jugak..haha..ada je masa free sikit2 sebelum ni tp mls nak menaip..masa nak mengadap ruangan ini hanya di ofis..bila balik rumah mana boleh nak memerap dlm bilik dgn lappy lama2 sbb ada si kecil yang akan dtg merengek2 nak naik duduk di kerusi nak buat mcm mana mama dia sedang buat (refer pada mengadap laptop ni)..kalau dia duduk diam di riba sambil sy bertenet ni takpe, tapi bila depan lappy ni tangan dia mesti nak tekan2 papan kunci ni..kadang2 tu dengan drastik menghempuk2 dgn suka hati..huhu...mahai tau lappy tu wan beli kat mama..jgn la hempuk kuat2..sian dia..so kena la batalkan niat bertenet bila anak berjaga..huhu ...hendak di layan 101% dengan dia..layankan aje kan..siang dah tinggalkan 8 jam..malam hanya ada berapa jam sgt nak main dgn dia...kul 8-9pm dah tidur...

emmm anak ini mmg unik perangainya..kdg2 buat kita happy bila tgk keletahnya..kdg2 nak marah akan reda dgn sendiri bila tgk dia buat lawak or do sumthing yg tak masuk akal..lg 11 hari umurnya akan naik ke angkat 1 tahun..takde lagi bulan2 tu..huhu..masa sungguh cepat berjalan..sedar tak sedar dah 11 bulan saya breastfeed dia..saya bangga dgn status bf mama itu..walaupun tak 100% sbb sudah dicampur dgn susu formula..(susu sudah semakin kurang sbb rezeki saya 2012 ni) tp sy tak salahkan takdir..sy masih bangga sbb walaupun kandungan sudah 18 minggu tp susu masih ada dah sy teruskan mengepam di opis..sy tak kisah org nak kata bawa berbeg2 naik tangga nak usung semua perkakas bf ni..pump 1 beg, storage bag 1 beg, laptop 1 bag..haaaa ngusung la setiap hari..tp sy tak kisah pun berat semua tu sbb sy nak hasilkan yg terbak utk anak kecil saya ini..biar dia membesar dgn sihat dan hasil dr ibunya sendiri..sy lg suka nak susukan anak dr hasil sy sndiri dr bg susu lembu pada anak saya tp apakan daya..tak byk rezeki nak bg kasi dia smp 2 tahun..

doktor dah pesan suruh putuskan susu bila kandungan 7 bulan sbb nanti dia akan berebut2 nak df dgn adik dia..sy tgh confuse mcm mana nak stopkan bf ni..sedih pun ada..tp walaupun sy stop tp ttp nak bg stok ebm pada dia..Insyaallah..dah berjanji pada diri, if ada adik pun sy nak teruskan bg dia stok ebm ni..nasib dia nak minum jgk dlm botol..kalau tak, jenuh sy memikirkan camna la keadaan dia tanpa nutrient dr susu..hehe

Masa disahkan mengandung tu mmg nmpk hasil ebm ni makin kurang..ingat sbb stress dan cara pemakanan yang kurang betul tp bila tnya kakak dia kata mmg la mengandung, susu akan kurang so nak tak nak mmg kena campur formula jugak sbb stok ebm dah makin susut..so setiap hari bila di rumah mak mertua (haziq stay dgn maktoknya) mmg sy bekalkan susu formula dan waktu malamnya dan juga weekend mmg dia df je dgn saya..tp sejak dia meronta2 dan menjerit2 mcm tak puas hati tu walaupun dah df, baru sy mula perasan susu sy dah makin krg pada waktu malamnya..so nak tak nak sy kena gantikan dgn susu formula semasa di rumah..emmm lg sedih time tu..semasa 1st time nak bancuh tu terasa juga sedihnya sbb sy sanggup nak bg susu lembu ni pd anak sy sndiri..sy tak mampu nak bekalkan dia dgn susu ibu yng byk khasiatnya tp mcm sy kata td apakan daya, anak dlm perut ni juga perlukan nutrient dr sy ..sy pun fikir secara positive dan nak sedapkan hati kata sy kata dlm hati..emm takpe lah susu formula pun janji anak sy kenyang dan dpt nutrient jugak..so belasah je la susu formula ni..huhu..

sy rindukan hasil yang penuh mcm ni...tunggu next baby ye en freezer...hihi

so bermulalah hidup sy malam2 bila dia tak mau df, sy kena bgn malam dan bancuh susu utknya..sebelum ni sng je hidup..menangis je kasi df..tp hidup sudah berubah..huhu..nak g jalan pun kena bawa bekal bagai..1 beg baju..1 beg susu etc..haha..so lg kalut la bila nak kuar berjalan tu..dgn bekal air panas etc..huhu..haziq skang bila nak susu je mesti akan menangis2 smp menyebut AYIIEEE merujuk kepada susu la kot..mana mai ntah perkataan tu, sy pun tak tau..nak sebut AIR kot tp jd AYIEEE..hahaa...terharu hati sy bila dia nak ayiiee, sy bancuhkan sebotol susu tu tp dia menangis2 tak mau jgak..sy dah tak keruan..bila diberi df baru dia hisap dgn happynya smp tertidur..emm nak ayiee df rupanya..so sy tau dia masih nak bergantung pada df ni walaupun susu tak berapa ada pun..tak selaju dl memancut2..huhu..

sy teringin nak tgk freezer sy full dgn stok ebm tu..skang ni bila nak buka freezer pun rasa tak mau je sbb freezer kosong dan penuh dgn benda lain..hahaa...sy masih enjoy mengepam walaupun hasilnya amatlah sedikit setiap kali pam..tp ttp sy happy..sedikit2 lama2 jadi la bukit..betul takk???

Monday, December 26, 2011

Kita ber'jusco' dulu..

Awatnya tajuk serupa di atas??haha..al-kisahnya last weekend kami pulang ke Bertam Ketam..emm..ummi ada bgtau kat jusco ada Pameran Petrosains Dinotrek kat Jusco Seberang Perai..so apa lagi..kalau balik je bertam mesti nak p Jusco..sebab apanya cik kak oii...sebaaaabbb ana dah boring asyk dok ulang alik Pacific je (hanya itu yang best di kedah ni)..tiap kali nak balik bertam mesti ajak Mr Z p Jusco sampai dia naik heran apa yg syoknya Jusco tu..kdg2 takde apa nak beli pun..dan tiba2 terus kena create alasan yang munasabah kata nak beli barang..haha..brg apa tu??emm nak cari baju haziq..hahha..nak auntie's anne??mcm la kedah takde jual baju baby..ahha...alasan uols..

So khamis lepas kami bertolak balik selewat jam 9pm..hhaha..selalu balik petang..smp mak mer tanya nak blk jugak ke malam2 ni??dgn tenang anaknya menjawab.."la mak ni..bertam sejam ja"..huhu..blk malam2 ni syok jugak sbb haziq tak membuas dlm kereta..kalau tak, nak main, pusing2 merata..nak duduk kat bawah dan kutip semua benda yang dia nmpk menarik dan masuk mulut nak merasa..hahhaha...malam tu dia tidur sepanjang jalan..cayalah haziq, tenang je mama jaga kamu malam tu..

Esoknya bersemangat bangun awal sbb nak p Jusco..haha..haziq kena tidor seround sbb satgi kita nak p main..emm..mamanya bersemangat lebih entah2 anak tak tahu pun dia p tgk apa..ok..ni mama nak exposekan haziq pada binatang bernama dinosaur..nnt besaq takde la tanya dinosaur tu apa..huhu..

Kira tak rugilah p tgk pameran tu sbb tambahkan ilmu ni sikit..walaupun tak banyak mana dinosaurnya tapi cukuplah nak menghiburkan hati zaffran yang kena tinggal dek ibu dan abahnya yg p hanimun dan haziq yg tak tau apa2..tau nak makan pasir..hehe..tapi haziq agak kagum bila tgk dinosaur yg bunyi kuat dan besar dari dia tu..jom layan pics ni..

....................................





Tembak jangan tak tembak...

Makan budok ni??

Haziq nak jadi ahli kaji bumi tak??

emm...makan pasir tu lagi best dr cari tulang dinosaur

Affe control the dino



--------------------------



bila dah penat kami layan ni pulak..huhu..jgn jeles