Monday, December 13, 2010

Sungguh seronok sekali

dari hari khamis sampai sabtu aktiviti full..khamis petang balik dr ofis terus siap2 nak balik bertam..baju dah siap packing dr malam rabu lg..haha..punya semangat padahal bw blk 2-3 helai ja..semangat tu penting..hehehe

dah plan ari jumaat nak berjalan satu hari dengan umi..bukan senang nak spend masa lama-lama..abu p keja so leh la kami jalan..nasib la en suami tak kisah kami takdak kat rumah sebab dia ada keja perlu disiapkan sebab Menteri Pertanian nak p MADA ari ahad..ondaway blk keja pun boss tepon tanya keja dah siap ke belum..so dia mls nak follow kami keluar..kalau dia ikut mesti bosan sebab kami nak p survey brg..hehehe..perempuan ni hatta survey brg pun dah rasa syok..laki tak suka..survey terus beli je..so lepas breakfast terus siap2 kuar..mula p rumah mak cik ani, tailor yang setakat ni aku puas hati jahitan dia..murah dan kemas..then p kedai R.Ulong di tasek gelugor..kedai ni banyak jual brg2 dr hasil kekabu..aku nak survey tilam kekabu untuk baby..hehe..semangat gak ni..plan nak beli satu set tp design kain tak cun..tak mau..so beli tilam dah bantal..nnt nak beli kain nak antar tempah..dan lagi nak buat..ada 4 bulan lg..saja nak bawa umi time ni sbb nnt kalau kakak dah bersalin, payah pulak nak ajak berjalan..so beli terus..lega dah jumpa..nnt nak cr kain yang comei-comei..hehe

blk dr R.Ulong p kedai Miki Babyland nak cari hadiah untuk anak Kak Na..baby girl so mmg rambang mata nak pilih apa..suma nampak cantik..mula la dok berangan ada anak nnt..nak beli itu ini..smbil2 dok survey gak brg baby..hehehe..balik tu singgah kedai cat nak beli cat untuk rumah taman uda dan p kedai kain Gaya di kepala batas nak cr kain cotton untuk sarung tilam tp takde yang menarik hati so plan nak p nagoya ptg nt..maybe pilihan lagi banyak..blk singgah di an-nur beli lauk for lunch..fuh..nasi beriyani dan dpat ayam madu mmg terujalah..goo pulak dngn kurma kambing, mmg menambah selera..aku makan 3 kali tambah..haha...smp rumah dah 12.30 terus nak makan sbb dah lapaq sangat..en suami nak siap p solat jumaat..dia tak mau makan lg sbb kata makan pagi td still kenyang...ishh tahannya perut..kami ni dah lapaq mcm apa..so kami makan dl la..dia nak makan lepas solat..

dah masuk zohor terus solat dan kul 2 kuar pulak ke sungai petani nak tgk Kak Na dan baby girlnya..Nur Azzmina Zahra..comel..baru 25 hari tp cara tidur mcm org besar :) kuar dr rumah Kak Na dah jam 3.30 then terus pergi Nagoya dan Kamdar nak beli kain cotton for tilam baby.beli siap2 senang nnt tak yah pikiaq dah..jumpa kain yang menawan hati di Kamdar..kami dok rush balik cepat takut zati dah sampai ke rumah..dia janji nak mai lepas asar..tunggu punya tunggu dekat maghrib baru dia mai..sabor je la budak ni..

lepas zati balik siapkan makan malam dan mata dah ngantuk sangat-sangat..letih berjalan..tp tidur lewat gak dok sembang santai dengan abu dan ummi..bnyk pesanan dan petua yang abumi turunkan..insyaallah akan ambik sebagai pengajaran..

pagi sabtu kami makan capati di restoran yang baru buka di bertam..sedap..aku makan 2 biji..haha..balik tu bersiap2 nak pulang ke alor star..emm terasa sat ja..kami punggah cari blk hadiah2 kawin nak angkut p letak di taman uda..penuh bonet dgn barang..

sampai di alor star, letak brang dan kuar pulak cari tikaq getah..makan masa smp sejam setengah nak pilih 2 jenis tikaq getah..pening ooo..byk sgt pilihan..nak pilih yang cantik kena amik masa lama sikit..zaharan ni taste dia boleh tahan gak..sesetengah laki tak kisah..serah semua pada isteri..at last dia pliih satu jenis, aku pilih satu jenis..adil..hehe..tp kedua-dua pilihan kami sangatlah puas hati..tak sabar nak tgk tikaq getah tu dibentang di Taman uda...hehhe..smp rumah dah masuk asar..

dua hari yang memenatkan..lepas ni boleh relax cr brg2 yang kecik2 je kot..tak amik masa lama sangat kot..lepas masuk rumah shopping brg baby lak..hehehe..lagi teruja....


Tilam kekabu dari R.ulong..beli tilam yang takde sarung

comel tak kasut untuk anak Kak Na..geram tgk...

tgk gaya budak kecik ni tidur..baru 25 hari..sedapnya tidur..

haa...ni sebahagian hadiah kawin yang nak bawa ke Taman Uda

penuh bonet dengan hadiah kawin





Sunday, December 12, 2010

penat tapi lega

bulan nov dan dis kami agak sibuk..setiap hujung minggu ada je agenda..dah lama tak balik bertam.selalunya 2 minggu sekali mesti balik..start minggu lepas banjir smp ke minggu lepas, setiap minggu abu umi blk ke kedah..so tak dapat la nak blk ke sana..aku nak cemuih dok pusing area alor star..dulu dok bertam ada gak masa p melilau mana-mana..umah mak tok pun smp tak dan nak pergi..sibuk je..padahal anak takde lagi..hehe..balik keja dah smp rumah kul 6..malamnya lepas insya dah terus tidur..kdg2 tertidur lepas maghrib sebab letih sangat..

tambahan dengan persiapan nak masuk rumah baru..eh salah..rumah lama yang diberi nafas baru..hujung minggu mai jumpa abu umi kat taman uda..wahh..mcm abu umi dok taman uda je rasanya..abu dok repair mana2 kerosakan yang teruk untuk memberi keselesaan pada kami.alhamdulillah abu yang boleh bertukang serba serbi menyebabkan banyak duit boleh save..ye la..paip rosak dan bocor buat sendiri, dinding rumah pun cat sendiri..serba boleh la katakan..tak yah penat2 nak tunggu org mai baiki..harap zaharan pun mcm tu..hehe..

tiap minggu kalo ada masa lapang je, saya dan zaharan akan keluar mencari perabot rumah..wahh..terasa mcm nak pindah esok je..tak sabar..dok membilang je berapa hari lg nak pindah..baru la rasa mcm luas skit kawasan..sekarang dok rumah emak mmg la best tp biasalah dok ngan mertua, pergerakan agak terbatas..nak makan apa2 pun ssh nak masak sndiri..bukan mls tp guna dapur mak mcm segan gak..kdg2 apa yang kita masak tak kena taste adik2..so jadinya aku hanya tlg2 mak buat keja ja..nnt dok rumah sndiri syok gak leh buat sndiri semuanya..bilik pun akan bertambah luas sbb brg2 yang ada dlm blk sekarang akan disimpan di 2 bilik kosong nnt..hehe..ohh sukanya...umi dah cup bilik belakang..siap bawak toto n bantal2 nak simpan dlm tu..hehe..

minggu lepas masa cuti awal muharam aku kuar dr jam 10pagi smpai 7pm cari brg2 rumah..kami ke kedai perabot BIG SHIP di Bukit Pinang..banyak dan besar kedai tu..actually dia kilang..so harganya sgt berpatutan..byk choice..kami dah jumpa set almari dapur..dapur yang comel so perabotnya kena yang comel jugak..satu lagi brg ialah kabinet tv yang diperbuat dr kayu..kami berdua sukakan perabot kayu so byk fokus pada brgn kayu..kebtulan jugak nak duduk pun rumah kayu..hehee

dah selesai cr 2 benda asas tu kami ke kedai elektrik pulak..dapat la sebiji peti ais yang 2 bpintu..paksa gak zaharan nak amik 2 pintu..senang nak simpan susu utk anak nnt..insyaallah plan nak BF anak nnt..zaharan dok suh beli satu pintu..katanya dok berdua ja..nasib la mak mertua jugak menyokong suh beli 2 pintu..senang tahan lama..hehe..so 2 lwn 1 ..mesti lah kaum Hawa menang..hehe..pastu dpt satu mesin basuh..toshiba 7kg..aku nak beli auto..bukan rajin sgt nak manual..tp zaharan nak suh amik semi auto..aiyoo..mau asyik nak ngadap mesin je kalo beli jenis tu..dia kata mesin ni tahan lama..mmg la tahan lama abg tp sy ni bukan rajin mcm org lain..hehe..kalo tak keja takpe gak..kali ni mak juga menyebelahi saya dan dapat lah sebiji mesin basuh fully auto..hehe..dengan harga yang berbaloi..p beza dgn kedai2 lain, harga yang kami dpt utk mesin dan peti ais sgt la berbaloi..

ptgnya p pusing pekan cari tikaq getah pulak..jumpa satu kedai pakistan ni..ada la yang berkenan tp tak beli lg..nasib tak beli lg sbb zaharan p pekan cina esoknya, jumpa lagi bnyk pilihan dr kedai pakistan tu..harga kat situ lgi murah..so plan ari sabtu nak p bali tikaq getah tu..
balik rumah mmg betul2 penat..dok plan nak tunggu insya baru tidur tp tertidur smp ke jam 3am..baru perasan tak solat insya lg..zaharan kata dia dah kejut tp tak terjaga gak..letih sgt la tu..nasib la bgn gak nak solat..

ni antara barang-barang yang dah dibeli selasa lepas

mesin basuh toshiba

kabinet dapur

kabinet dapur


peti ais sharp

barang suma yang basic-basic je..kumpul duit lagi nnt leh tambah barang baru..hehe..kalo nak beli semua, nnt kikis cat makan hari-hari..hehe

Wednesday, November 24, 2010

kisah hari ini

dah lama betul tidak meluangkan masa di ruangan ini..lebih suka membaca blog org lain dr menulis blog sendiri..bukan apa ada je idea nak menulis tp masa pulak takde..

awal bulan ni sibuk dgn banjir di rumah maktok, umah taman rakyat..dah abis kisah banjir, sesi untuk mencuci dan mengemas rumah kembali..kalo sebut banjir mmg sgt memenatkan..seorg kawan sy di taman uda tersangat inginkan banjir..manakan tidak, kawasan lain di kedah byk kena banjir, kawasan dia tak kena..sekali esoknya kawasan rumahnya dinaiki air..nak sgt rasa banjir, Allah dah makbulkan doa dia..Hari raya korban yang lepas, dia msg pada sy yang air dlm longkang dah penuh disebabkan hujan sepanjang hari tanpa henti..sy bls msg dia,"raya dalam banjir la nnt"..terus dia balas,"raya tu takpa, tp jangan banjir dah..letih.."..yaaa..bila dtgnya banjiir sgt meletihkan..semua tenaga perlu dikerah untuk mengangkat semua brg ka tempat yang selamat..siapa yang belum pernah rasa mmg tak tahu..bg ku yang setakat ni dah mengharunginya sendiri selama beberapa kali mmg kalau boleh tak mau banjir ni..tp banjir ini ada hikmahnya..Allah nak uji keimanan kita..bila Allah nak bg rezeki, kita kurang bersyukur dan kurang menghargai nikmat itu, tp bila Allah dah tarik balik, baru terasa apa yang diusahakan selama ni hancur begitu sahaja..jangan lupa itu semua nikmat kurniaan dariNya..kita baru hilang harta benda, bukan lg hilang nyawa..

ini di taman uda..dr pandangan sawah belakang rumah pakcik..terukkann..dah mcm lautan..

ini dalam rumah maktok..malam sebelum air naik..paling teruk..kali ini sampai ke dagu

minggu ni kami (keluarga di sebelah mertua) sentiasa menantikan kelahiran anak sedara sulung dr pasangan Zariffi dan Fahimah..due datenya 23hb Nov 2010..arini dah 24hb tp still takde berita..kelmarin fahimah pergi ke hospital check up tgk apa doc nak kata..nak suh induce atau biar bersalin normal..bg fahimah baik bersalin normal..tp disebabkan baby nya skang dah 3.8kg..agak besarkann??doc nasihatkan supaya di induce kan arini supaya boleh bersalin normal..kalo nak tunggu sakit sendiri takut anak semakin besar dan tak boleh nak bersalin normal..semalam Fahimah dah ke hospital utk masuk wad tp disebabkan wad penuh, terpaksa lah balik bermalam di rumah..pg ni baru pg pulak..aku dok tunggu ja..apa cerita dia di sana..sms sudah dihntar tp masih tidak menerima jawapan..harap2 fahimah selamat bersalin..tgk dia sgt cool...skang ni kalo balik rumah mesti berkisah bab bersalin..aku pun naik gerun..bukan apa..ada yang kata sakit, ada yang kata biasa..aduh..harap2 aku nnt senang nak bersalin supaya takde rasa trauma nak bersalin for next baby..(waahhh...dah planning for next)..hahaa..kalo ada rezeki kan..

comelkan baby ini..tak sabar nak tunggu lagi 4 bulan...

anak penyejuk mata...

"saya sentiasa doakan supaya anak saya sentiasa sihat..diberi akal yang sempurna..iman yang sempurna, akhlak yang sempurna..tubuh badan yang cergas"


Monday, November 1, 2010

Risaukan bila hujan...

hujan dah 2 hari turun tanpa henti..walaupun tak lebat tp ruang depan dan belakang rumah di taman rakyat dah jadi kolam..aku terjaga jam 5am tgk hujan lagi..terus automatik teringat keadaan rumah mak tok..rumah mak tok yang dekat dengan sungai dan kawasan yg agak rendah membuatkan semua org risau bila hujan turun tak henti-henti..

rata-rata jalan di jitra hingga ke changlun dah banjir teruk..dpt berita dr kawan td..risaunya..zaharan call bgtau td..org mada kata sg belakang umah mak tok di paras bahaya dan akan banjir kalo ujan tak henti-henti..ohh..sejarah berulang kembali..nak angkut brg yg masalah..dan keadaan wan yang memerlukan bantuan tongkat membuatkan lg kerisauan di hati ni..kalau aku dok risau apatah mak tok..harap-harap tak jd la banjir..budak-budak suka la main air..bila nak angkut brg dan basuh tu yg sakit..

malam ni kena blk titi gajah sat la tgk umah mak tok..abu umi pun still kat sana lg nak tunggu keadaan air ni..

Wednesday, October 27, 2010

Craving of something

arini terasa mcm nak makan bihun sup umi..tiba-tiba dtg pulak bau dr pasar tani sebelah insaniah ni..mcm bau bihun sup..terus teringat bihun sup umi..bila la nak dpt yek..smlm kakak dok bercerita pasal kuih umi..arini nak cerita pasal masakan umi yang 'base'nya berkuah..

ni la bihun sup yang dok terasa nak makan...

laksa ni mmg fevret setiap hari..

soto umi mmg sedap

inilah antara 3 menu utama yang selalu disebut2 oleh anak-anak umi..dulu puas dah sebelum kawen, bgtau je kat umi..esok kita buat bihun sup..terus esok p beli bahan2 nak buat bihun sup..tulang tau dah nak cr mana..sanggup bangun awai nak p dpt tulang yang ada isi..lambat je mesti habis..takkan ari2 org buat bihun sup mcm kami kot..hehe..kat umah kami mmg jarang makan nasi..bila blk umah mak tok pun sama..kdg2 mak tok akan hidangkan bihun sup or makanan berkuah yg lain..ari2 makan nasi pun cemuih gak..

dulu bila buat laksa kat umah mak tok mesti ada buat nasi gak..sbb pak lang tak makan laksa..so skang ni turn aku lak jd mcm mak lang..ke suma yang jd mak lang, pak langnya tak makan laksa??haha..skang ni kalo nak buat laksa or sup2 ni kena pikiaq byk kali sbb zaharan pun kurang gemar laksa dan benda2 berkuah..adesss..tu yg dok teringin nak makan menu berkuah umi..(alasan..)

ada sekali tu bgtau mak nak makan laksa..pastu balik keja tgk laksa dah siap seperiuk..pergh terharu..makan2 mmg sedap la kan..mak tanya ok ke rasanya??aku kata ok je..mcm selalu la rasanya..rupanya mak kata itu la pertama kali dlm hidup mak buat..hahha..aku camm tak caya..biaq betoi..aku setakat hidup 24 tahun ni beribu kali dah kot buat..hehe..sbb mak kata kat umah sapa pun tak minat, so mak pun tak penah buat..dpt pulak menantu yg hantu laksa, mak saja try..tu pun tgk resepi dlm buku..cayalah mak..mak hebat..tp tak leh lawan gak laksa umi..(mak dgr mesti kecik hati)..hehe..air tangan umi kan yang paling best in the world..mana leh lawan org lain..tulah hebatnya seorang ibu..kasih sayang ibu dan anak terikat oleh air tangan ibu..p la cerok mana pun dlm dunia ni mesti takkan jumpa makanan yang sama rasa mcm umi masak..percaya lahh..

buat masa sekarang ni still craving nak bihun sup umi....uwaa...bila nak dpattt???



Sunday, October 24, 2010

BILA LAGI NAK MERASA


saya mmg suka makan..sejak berbadan dua ni lg suka makan..tp bukan makan byk pun..teringin je..yang paling nak rasa makan adalah ini...NASI SILA, MEE UDANG PULAU SAYAK, NANDOS tak lupa juga...CHOC STICK AUNTIE'S ANNE...sbb apa yng teringin sgt nak makan??sbbb...semua makanan ni hanya ada di penang..kat kedah takde..dah puas dah makan makanan di kedah..so dok kecek la mr z ajak blk..sbb dah lama tak blk..last pun masa raya tu..last week nak blk gak tp ummi takdak kat umah..so kena tahan skit nak balik gak minggu ni..pujuk punya pujuk, dpt la green light dr si dia..wahh..mood hepi..tu pun dah ondaway blk ofis ari khamis baru
dpt jawapan..so tak tau la dpt mkan nasi sila ke tak sbb selalu kami p awai..pastu msg bgtau umi..umi kata boleh p gak nasi sila..p pukul 8..tak sure la kan leh smp kul 8 ke tak ..sbb
bnyk agenda sblm blk tu..nak singgah umah pakcik etc..

so bertolak dr tol utara pun dah kul 7..mana dan nak p kul 8..singgah di gurun solat maghrib dan smp bertam jam 8.40pm..haaa..dok rasa tak p dah nasi sila sbb abu pun p masjid..pastu tgk umi dah siap berbaju kurung dan umi tanya..."jadi dak nak p nasi sila?"..aku dgr2 terus jawab "naaakkk..."..hehe...so terus la bergerak ke sana..org tak berapa ramai ..kena la beratur sat tp takpa..makan punya pasai..sanggup tunggu..zaharan ni jenis tak makan malam..sekali jamu nasi pulak..mesti dia tak setuju..suh dia rasa dl apa yang HEBATnya nasi sila ni..bila dia makan je gulai ikan dia..fuhh..mmg tiptop..dia kata ni lagi sedap dr Gulai yang femes kat alor star sana..apa ntah nama kedai tu..haha..baru tau betapa sedapnya nasi sila yang aku dok sebut selalu..hehe..balik umah dah kekenyangan...tdur smp pagi perut dok rasa sedap je..kihkih..puas la anak makan malam tu..

pagi esoknya buat cekodok..dok tgh breakfast tu umi tanya pulak nak p ka makan mee udang??haha..pantang diajak..aku terus jwab nak la..abu dgr terus kata.."hampa ni takdak keja lain, asyik nak makan jaa"..hehe..aku jawab,"hidup untuk makan"..hehee...bukan sng nak dpt peluang mcm ni..abu pun dok teringin nak p..sampai naik atas nak bersiap pun leh tanya nak p kerja ke dak sbb nak ikut kami p pulau sayak..hehhe..tp abu p jugak keja ari tu..so kami p berempat ja..plus Aunty Jel..teman rapat umi di bertam..baik aunty ni..p sana kul 9am..kami sampai sana takda org so puas hati la nak makan..tak yah tunggu lama...aunty jel tgk pantai tu dah geram..dia kata nnt nak mai sekali lagi bwk uncle dan anak2..mesti depa nak main ayaq..hehe..mcm tu la bila bawa zafran..main ayaq itu wajib..pantai tu tarikan untuk pelanggan juga..mee udang pulau sayak ni tempat nelayan dok naik turun tangkap ikan..waktu operasinya dr jam 6.30am-10pm..tatkala nelayan nak turun p ke laut, mai singgah makan dl..so bila2 nak p pun takpa..bestt..angin pun sepoi2 bahasa..zaharan order mee udang special..aku amik mee udang ngan nasi udang..hhaha..makan banyak..memang puas makan aritu..nak pecah perut..

nak promote mee udang pak cik usop

bot nelayan

mee udang yang tiada tandingan sedapnyaa...

dok sembang2 smbil makan tu, aunty jel dok cerita pasal resepi Roti Boy aka Mexican Bun..dia nak try buat tp takdak masa lg..so umi kata, buat la petang ni..mai buat di rumah..hehe..so ptg tu lps solat zohor kami dok buat lak roti boy..makan lagi..haha...inilah hasilnya...sedap okayy..pasni leh try lagi..senang je..zaharan suka makan bun so boleh la buat lagi..
inilah hasilnya...Roti Boy..sapa nak resepi boleh minta pada ummi..

then petang tu dah berjanji dgn harith kami nak p ke Jusco Perda..saja jalan nak cari barang skit..aku n zaharan tiap minggu kalo takde apa2 nak buat kat rumah mesti kuar jalan-jalan..kalo kat alor star tu dok p Pacific je la..bukan beli apa pun..abih2 p makan dan beli brg2 keperluan..ni dah ada di bertam, nak ajak la p tgk Jusco sana ada apa yng menarik..hehe..Jusco tgh sales..so agak sakit mata di situ..tgk brg suma nak..hehe..p tgk brg2 baby..dok bajet apa yang nak dibeli nnt..excited seketika..emm...anak first kan..mesti la terujanya lain..dah puas menyopping, baru sedar perut dah lapaq..hehe..so sebelum balik nak kena la makan dulu..zaharan tanya nak makan apa??nandos pun ada kat sini..emm..dan di depannya ada A&W..emm..2-2 menarik..nandos dah makan dulu so boleh di hold sat..zaharan kata dia dah lama tak makan A&W..10 tahun dah kot..so mcm nak makan tu..ok..kami decide p la makan A&W..emm..kenyang pekena float root beer gelas besar..puas hati cuti kali ni..asyik makan je..smp umah dah kul 10.30pm..abumi blk umah mak tok ptg tu..so kami bertiga je di bertam..

tgk aku punya gelas besar dr org lain..hehee...sedap sungguh...zaharan tgk teringin je..

gigih dok menghabiskan float tu..penuh perut dgn air

harith syok leh jalan-jalan..dia kata dok umah takdak kawan..sian adik aku sorg ni..

esok pagi tu plan nak suh harith p beli ja roti canai kat mamak pakistan tu...tp aku ubah plan sng makan je kat pasar tepi tuisyen puji tu..makan byk gak..roti telur dan roti bom..haha..dpt pulak tapai pulut satu..kihkih..mmg bersyukurr sangat2..then siap2 nak blk ke utara sbb nak p makan kenduri kawan zaharan kawin di perlis..makan lagii...ptgnya p pulak kenduri kawan smkak di lrg pipit..aku balun bihun sup 2 kali..haha..sedapp..so minggu ni aku kepenatan sbb berjalan cari makan...puas hati sebab dapat apa yang dok teringin lama dah..terima kasih suamiku sbb rajin melayan kerenah saya ini...selalu bagi alasan kat dia bila teringin nak makan..."anak nak makan bukan maknya.."..kihkih...boleh caya kaa??










Wednesday, October 20, 2010

Amukan gorillaa

sedikit tertekan pagi ini..pagi yang indah tak terasa indah bila student yang nak amik practical test kitchen mai lewat..mmg suka buat hal budak ni dari awal semester..datang kelas lambat,dlm kelas main-main,buat lawak bodoh dlm kelas,tak reti nak hormat lecturer..tau la lecturer suma muda-muda dan comel..emm..dl masa aku mengaji ada ja lecturer yang muda tp boleh je nak hormat..

bila mai lewat nampak sgt tak berminat..dlm kelas kitchen paling menyesakkan perut ni..kawan-kawan dok buat kerja berkumpulan,dia dok main p kacau group lain..takkan nak suh aku ajar mcm budak tadika..rasanya budak tadika elok dan behave banyak dari dia..aku senang ja..bila tak ikut peraturan kitchen aku deduct je markah..dah kata exam..takkan tak paham-paham lg peraturan..umur dah 20 kot..nak kena ajar abc ka..haa geram dahh..nasib dah last kelas..sem dpn tak jumpa dah..

kita dok pulon la ajar itu ini..demo satu persatu dlm kelas..time demo hilang,lesap p mana tak tau..aku mls nak amik port..kalo tak berminat sila berhenti belajar..jgn nak menyusahkan mak ayah..mak ayah beli motor nak senang, ni dok merempit buang masa..suma kami dah selidik budak-budak ni.mak antar ngaji kat INSANIAH nak bentuk jd insan yang berguna pada agama dan negara, ni nak jd kot lain..

dari mula test pagi td aku dok tgk apa dia akan buat..sbb dlm kelas tak fokus..nak main ja..mula tu tgk sayur pun tak basuh..ok..aku tgk lg then bnda2 lain baru dok gagau nak buat apa..kelam kabut la nak tanya kwn2..kwn2 tak mau layan la depa pun nak buat dish depa..dah tu bila smp je masa nak judge..mmg aku, syed dan aizad nak tanya lebih pada dia..nak test ilmu kitchen..emmm..baru tergagap2 nak jawab...paling menyedihkan bila tanya mcm mana nak buat breaded chicken ni??tak reti nak jawab..kena ada telur pastu benda merah tu..haa..benda merah apa??tak tau nama benda merah tu...ishh..ada ka patut..bread crumb tu pun tak tau..bnda asas tu..dok sebut dan guna hari-hari..emmm..aku yang ngajar ni agak sedih sbb nmpk sgt dia tak berminat..tak tanya cara masak lagi..mood sedihh...

last-last dia ngaku dgn jujur..sebenarnya dia mai KUIN ni sbb mak yang suruh mengaji..dia tak mau..pastu mula la buat perangai..bila tak berminat jd mcm ni la..dok kacau org..dok bergelak 24 jam..sayang nya..budak ni pandai..tp hampeh gak kalo tak guna kepandaian dia..dia kata kalo tak boleh nak go on mak dia suh berenti dan buka bisnes..modal mak dia dah sediakan...pastu apa lagi kena sound la dgn aizad..dah kata nak buka restoran, belajar la bg pandai..dah ada ilmu esok boleh la buka restoran..emm..tak pandai ambik peluang...tension aku dibuatnya..dah marah dia seround buat darah naik dan hangin satu badan..aku cuba control sbb nnt effect pada baby kann..emm dugaan..nasib la last kitchen..rasa mcm budak exam pulak..nak melompat lepas habih kelas ni..nsb budak-budak ptg tak buat perangai mcm group pagi..cool skittt...tp mmg aku amuk arini..asyik nak marah je suma org..kesian pada budak yang baik dan aku marah jugak..hahha..sori la ye semua..puan kauthar hangin sbb kawan kamu yang sorang ni...