sambungan dr blog lepas..
tiba-tiba...tgh2 tidur, aku terasa sakit mcm contraction yang
kuat..aku tgk jam pukul 12.30am..maknanya baru 3 jam tidur..mula2 nak ignore
sbb agaknya sj kot sakit ni nak main-main..tapi sakit makin kerap..aku kejutkan
suami, dia tak dgr dan mamai2 sbb letih beraya seharian..aku bangun dan kejut
jgk smp dia jaga..terus dia kata nak ke hospital ke??aku tgk ke arah
haziq..kesian pulak nak tinggal dia..mst tgh malam dia cari aku nnt..tp kalau
dah adik nak keluar tak kan nak biar kan..hehe..aku suruh suami kejutkan
umi..nasib abu umi masih di taman uda..tak la rasa lonely sgt..
umi suruh aku makan dan bersiap..aku masih terasa kekenyangan sbb
makan banyak time raya tu..aku pg mandi dan siapkan barang..mmg sakit makin
terasa sakitnya..umi urut2kan tulang belakang aku..if contraction, urut tulang
belakang supaya reda sakit..tp tak la reda mana sbb sakit makin kerap..mmg tak
terkata sakitnya..air mata meleleh tu tak terkata la..aku tau ini mmg sakit nak
bersalin..mmg takde turun tanda tp hanya contraction ja..aku pg amik buku yg
umi hadiahkan dulu...'diari ibu Hamil'..aku tgk tanda2 kelahiran..ada
3..1:keluar darah 2: keluar air ketuban @ 3: contraction yg
berpanjangan..so mmg sah ini tanda bersalin..
umi tak ikut ke hospital sbb nak tgglkan Haziq dgn umi..zaharan
dah kol mak mertua bgtau km nak ke hospital..aku dah minta maaf pada suami
supaya halalkan semua makan minum aku..if aku tak dpt diselamat or senang kata
meninggal ke, jagalah anak-anak baik2..bg ilmu agama secukupnya utk anak2..mmg
sedih dan pilu..mana nak tau kan masa depan apa nak jadi..
berkali-kali aku cium Haziq yg tgh tidur nyenyak..sayu jugak nak
tglkan dia tidur sendirian sbb dia mungkin akan cari aku tgh malam..aku dah
pesan pada umi mana susu dan botol dia..harap dia boleh sesuaikan diri aku
takda nnt..aku bisik kat telinga kata "mama nak pg hospital dah ni..Haziq
nak jadi Abg tak lama lagi..jaga diri baik2..mama sayang Haziq..jangan
nakal2..nnt besar boleh jaga adik." sedih kooott time tu..
aku bergerak ke hospital jam 3am..smp di hospital mmg tak boleh
nak berjalan dah..mcm haziq dl boleh gagahkan kaki nak jalan..kali ni sakit
sangat2..aku tak heran dah org keliling nak tgk dan kata apa..suma tau kot aku
nak bersalin..huhu..smp je wad tgkat 2 tu, tak ingat apa nm wad dia..PAC
kot..lupa dah..terus dftr dan masuk dlm tu..tp tak leh nak check lg keadaan
baby sbb kena tgu turn..tgh tunggu turn tu mmg sakit lagi teruk..kejap picit
dahi..kejap urut belakang..bila dtg je contraction tu mcm nak menjerit
je..sakiiiitttt..
malam tu doktor melayu ada sorg 2 ja..yg lain suma cina ja..sbb
raya puasa kan..so suma cuti..aku mcm nak bgtau je kat misi tu kata sy sakit
sgt2..tp tak terkeluar sbb sakit sgt...kat bawah ni rasa mcm baby nak terkeluar
dah..mencucuk2..ntah2 kalau baring tu boleh terpush sendiri mcm haziq dl..tiba2
dgr namaku dipanggil..bila naik atas katil tu, nak gerak badan pun tak
boleh..sakit teruk ni..bila doktor cek laluan, dia kata dah buka 8cm..Ya Allah
cepatnya jalan buka..aku bersyukur sgt sbb saat kelahiran makin dekat..tak
perlu nak tunggu lama..
terus doktor booking satu Labour room utk aku..aku suruh misi kol
zaharan sbb tak tau dia kat mana..bila misi keluar cari dia takde..diorg kol
nak suh bg brg aku etc..aku terus ditolak masuk ke LR..aku tgk jam around
4am..aku tertunggu2 jugak mana zaharan ni tak masuk pun..yg dtg bukan dia, tp
air selusuh dan air bunga siti fatimah..agak hampa jugak sbb dia tak masuk
jugak kali ni..aku dah tak heran sbb sakit sangat..
Midwife yang sambut aku kali ni melayu..aku tgk jam kul 4.20am dah
start PUSH dan kul 4.40am aisyah selamat keluar..dia takde gunting kali ni
mungkin sbb dah ada jalan utk baby keluar..rasa mcm nak bgtau zaharan kata dah
bersalin..aku tak sabar nak tau gender baby sbb was2 lg sebelum tu boy ke
girl..aku tanya midwife tu..dia kata "tunggu ya..nnt sy tunjuk"..haha
nmpk sgt tak sabar..bila aku dgr je suara aisyah menangis tu, lg tak sabar nak
tgk..muka mcm sapa kan..dah lega bersalin tu, midwife tu angkat aisyah dan tunjuk jantina dia..dia tanya anak sulung anak apa? aku jwb lelaki..dia kata ni anak apa? aku jwb girl..syukur Ya Allah..dia kata tahniah dah dpt sepasang..
Doa aku dimakbulkan..syukur sangat..tak sabar nak bgtau kat zaharan..mesti dia tak tau lg sbb diaorg selalu tak khabarkan pada family sbb busy sgt..katanyaaa...tgh aku menunggu dlm LR tu, aku dgr ada mak ni dok menjerit kesakitan..aku mcm nak kata je kat dia..sabar la skit..mmg sakit bersalin mcm tu..menjerit tu sungguh2..tak tau melayu ke tak..tp cara ckp tu mcm fasih je melayu..sabar la sikit..dia menjerit kuat2 kata "misiiii..tolong sayaa..sakit sangat ni..misiiiiii tak nampak ke saya sakitt..tak kesian kat saya ke? tolonggg"...misi yang lalu jawab kat dia "kalau kami tak kesian, dah suruh kamu balik rumah? kena tunggu la..jalan tak buka lagi"..aku mcm nak marah je kat perempuan tu..tak malu ka..ish anak dok dgr dlm perut tu..emmm cuba la berzikir ke apa ka kan ..menjerit lg la sakit..nnt nak push takde tenaga..emm sabaq jaaa la..mcm2 perangai org..
Misi bagi Aisyah dok tepi aku..bg dia breastfeed..rasa syok sgt..kulitnya putih dr abangnya..ikut sapa ni??hehe..aku dok belai2 pipi dia..dan aku nmpk ada lesung pipit sebelah kiri..ehh comelnya ada lesung pipit..dalam la jugak..ikut mak mertua ni sbb mak ada 2-2 belah..hihi aku penah berdoa supaya anak ada lesung pipit..sekali lg doa dimakbulkan..tq Allah
Aku keluar dr LR dan ditolak ke wad jam 7am..emm lama tu dlm LR..just rehat je selepas berhempas pulas td..aku nmpk ayah, mak, dan seorg perempuan..aku tak nmpk pulak zaharan..mana dia ni...emm aku ingat yg perempuan tu Dr Filah..sbb mata rabun tak pakai spek..aku just angkat tangan dr jauh..masuk je wad rupanya Fahimah..(biras a.k.a 2 pupu aku)..tanya zaharan mana? mak kata p toilet..
Mak siapkan katil dan bantu apa yg patut..semua dok kerumun la tgk org baru..hehe..cucu perempuan pertama sebelah saya dan suami..happy sangat..tghari tu Filah datang melawat..kebetulan dia kerja aritu..
Tgahari ada doktor melawat kata if nak bg balik arini mau dak??ohh mesti la nakkkk..sy mls nak bermalam kat hospital..rumah lagi selesa..bila aisyah dah kencing dan berak mmg lg happy la sbb itu syarat nak keluar hospital..malam tu lps maghrib aku dibenarkan pulang..tak sabar nak tgk reaksi haziq tgk adiknya..tunggu saya di rumah naaaa...
mari tengok gambar baby baru...
1st reaction Haziq bila bergelar abang...
cewaahhh..wan dgn cucu barunya..
pelawat pertama..syed noor, nisa dan baby darwisya
1st gaun yang aisyah dpt
besar ni..bila aisyah boleh pakai ni..cantik sgt
wajah yang menenangkann..
haaa..kalau dah lapar, beginilah jadinya..